Monday, April 1, 2013

Hanya Di Sepanyol - Tradisi Pelik Gusti Dengan Kuda Ditemui


Hanya Di Sepanyol - Tradisi Pelik Gusti Dengan Kuda Ditemui | Setiap tahun, apabila tiba musim panas, penduduk-penduduk di perkampungan Galicia, barat daya Sepanyol akan berpusu-pusu memenuhi dataran pergunungan Sabucedo untuk menjalankan pesta tradisional yang dikenali sebagai 'Rapa Das Bestas'.

Festival ini memerlukan mereka untuk menangkap dan menundukkan kuda liar dengan tangan kosong, membersihkan serta memangkas bulu haiwan tersebut sehingga rapi.

Tradisi ini merupakan satu acara keramaian yang dijalankan sekali setahun oleh penduduk-penduduk di Galicia, yang mana mereka akan meraikannya pada hujung minggu pertama bulan Julai. la diadakan selama ripe hari berturut-turut iaitu bermula pada dan Jumaat dan akan berakhir pada hari Ahad.

Menjelang bulan Julai, beratus-ratus ekor kuda liar akan dikumpulkan di dataran komuniti Sabucedo yang terletak di dalam wilayah Pontevedra. Haiwan-haiwan ini akan dipilih terlebih dahulu dan hanya kuda yang telah mencapai usia matang iaitu berusia antara empat hingga lima tahun sahaja akan digunakan bagi festival 'Rapa Das Bestas' ini.

Apa yang menarik tentang ritual tradisional Sabucedo ialah penduduk-penduduk setempat dan para peserta yang terlibat hanya menggunakan tangan kosong untuk menjinakkan, bergomol serta bergusti dengan kuda-kuda liar yang dilepaskan.

Berbeza dengan 'Rapa Das Bestas' di temper lain yang mana acara ini kebiasaannya memerlukan peserta menggunakan peralatan lain seperti tali dan kain.

Berdasarkan kepada cerita lisan, pesta yang diraikan itu mempunyai sejarah dan legendanya yang tersendiri.

Penduduk-penduduk setempat menyatakan, ritual menangkap den membersihkan kuda liar di kawasan berkenaan merupakan salah satu manifestasi rasa syukur mereka pada dewa penaung Sabucecio yang dikenaii sebagai San Lorenzo.

No comments:

Post a Comment