Friday, March 15, 2013

Biodata Dan Gambar Terkini Aeril Zafrel


Biodata Dan Gambar Terkini Aeril Zafrel | Siapa yang tidak kenal pelakon tampan idaman gadis-gadis malaya ni. Aeril Zafrel merupakan nama yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan terutamanya dalam bidang lakonan. 

Aeril Zafrel mula dikenali menerusi filem Aku Tak Bodoh dan baru-baru ini banyak mencuri perhatian dengan drama bersiri Ramadan Terakhir, jejaka kelahiran Rengit, Johor ini semakin laris diulit tawaran.

Ditanya mengenai sampai bila Aeril hendak berlakon, beliau menyatakan "Saya hanya benar-benar aktif berlakon sejak 2010, masih baru. Tapi saya percaya, masa depan ada untuk saya dalam bidang ini. Jika saya fokus, tidak lupa diri dan usaha bersungguh-sungguh, saya juga boleh berjaya."


Watak Di Awal Pembabitan Dalam Dunia Lakonan


Khalayak yang banyak menyuarakan pandangan, bertanya kenapa saya asyik dapat watak remaja atau pelajar sekolah. Padahal, saya sudah berusia 20-an. Mungkin sebab badan saya tidak begitu besar dan wajah nampak macam remaja. Dalam drama Klik yang akan datang, saya menjadi pelakon paling berusia di kalangan pelakon-pelakon lain. Bagaimanapun, saya okey, bagi saya itu semua rezeki. Dalam Ramadan Terakhir, kiranya watak saya yang paling berbeza, lebih matang berbanding watak lain.

Berikut Adalah Serba Sedikit Latar Belakang Beliau

NAMA SEBENAR: Suhairil Suhari
PANGGILAN KOMERSIAL: Aeril Zafrel
ASAL: Batu Pahat, Johor
TARIKH LAHIR: 2 Disember 1988
ZODIAK: Sagittarius
KARIER: Pelakon
KELUARGA: Anak ke-4 daripada 5 beradik

DRAMA: Kisah Kaisara, Kasut Tumit Tinggi, Kita, Senja Permai, Durja Ningsun, Klik,Pelarian,Ramadan Terakhir,Putri Kayangan, Iqra dan Samson & Delaila

FILEM: Aku Tak Bodoh,7 Petala Cinta, Cinta Kura-Kura ,Hantu Dalam Botol Kicap,Hanya Aku Cinta Kamu Seorang (H.A.C.K.S),Pailang,99X Rindu

MULA BERLAKON: 2008

PENCAPAIAN: Finalis kategori Artis Baru Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)2011

**PERHATIAN!! Jangan terlepas Cerita Hangat, tips blogging, SEO optimize dan buat duit di SINI - HOT!!

Gambar-gambar terkini Aeril Zafrel








No comments:

Post a Comment