Friday, March 29, 2013

T-Team Vs Pahang 30 Mac 2013 Liga Super


T-Team Vs Pahang 30 Mac 2013 Liga Super | Pada petang nanti bakal berlangsungnya perlawanan di antara 2 pasukan Liga Super 2013 iaitu pasukan PBKT T-Team Titans menentang pasukan Pahang.

Perlawanan ini akan di adakan di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah, Kuala Terengganu. Sepak mula dijangkakan pada jam 4.45 petang dimana pasukan T-Team selaku tuan rumah menerima kunjungan dari pasukan Pahang.

Dari atas kertas, melihat pada kedudukan tangga Liga Super 2013, Pahang memiliki kelebihan dari segi psikologi dimana pasukan Pahang kini menghuni tangga ke-7 berbanding pasukan T-Team yang berada di kedudukan 2 tercorot dalam carta liga.

Namun demikian, selaku tuan rumah T-Team sudah semestinya akan bermain dengan lebih baik kerana bakal mendapat sokongan padu dari peminat-peminat mereka di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah Nanti.

Apakah keputusannya sama-sama kita nantikan perlawanan pada petang nanti. Dr Fuh menjangkakan perlawanan akan berakhir dengan seri 1-1.

Keputusan Perlawanan

0"   T-Team [0] - [0] Pahang

No comments:

Post a Comment