Thursday, March 28, 2013

Siaran Langsung ATM Vs Kelantan 29 Mac 2013 (Live Streaming Liga Super)



Siaran Langsung ATM Vs Kelantan 29 Mac 2013 (Live Streaming Liga Super) | Malam ini satu lagi perlawanan Liga Super 2013 bakal berlangsung di mana pasukan Kelantan akan turun menentang pasukan ATM bagi membawa pulang 3 mata penuh.

Perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi Negeri Sembilan bermula jam 8:45 Malam. Setelah berehat pajang dalam Liga Super, perlawanan minggu ke sebelas ini pastinya memberikan persembahan menarik untuk tontonan penyokong kedua-dua belah pasukan.

Di atas kertas, ATM dilihat memiliki peluang cerah untuk menjinakkan pasukan The Red Warriors kerana mereka bermain di tempat sendiri tambahan pula prestasi mereka dalam Liga Super dilihat sangat memberansangkan apabila mereka menerajui Liga Super ketika ini.

Namun begitu, Dr Fuh berpendapat kedua-dua pasukan dilihat seimbang kerana pasukan Kelantan juga memiliki kelebihan tersendiri dan semangat juang yang tinggi. Pastinya tentangan sengit akan diberikan oleh kelantan untuk merapatkan jurang perbezaan mata dengan 3 pasukan teratas liga.

Perlawanan ini akan disisarkan secara langsung di saluran Astro Arena 801 kerana perlawanan ini adalah perlawanan tumpuan.

Bagi yang tidak dapat menonton secara langsung di saluran Astro, anda bolehlah menonton siaran langsung secara live streaming pada link yang kami pautkan di bawah ini. Sekiranya terdapat sebarang masalah, pihak admin memohon kemaafan kerana link ini merupakan perkongsian dari website live streaming lain.

No comments:

Post a Comment