Saturday, March 30, 2013

Fuh Hebat! Budak Ini Di Iktiraf Budak Paling Kuat Di Dunia [Video]


Fuh Hebat! Budak Ini Di Iktiraf Budak Paling Kuat Di Dunia | Ceritanya bermula apabila sebuah video di Youtube telah memaparkan tentang seorang kanak-kanak melakukan tekan tubi di atas botol kaca.

Ia telah menarik perhatian ramai orang.

Apa yang menakjubkan, Giuliano dapat mengimbangi badan dengan menggunkan empat botol kaca yang menyerupai botol arak tanpa mengalami sebarang kecederaan mahu pun terjatuh.

Memang menakjubkan!

Difahamkan, ini bukan kali pertama Giuliano Stroe melakukan sesuatu yang luar biasa.

Tahun 2009, budak terkuat di dunia itu pernah mencatat satu rekod ‘Guinness Book of World Records’ kerana berjalan sejauh 10 meter menggunakan tangan dengan kakinya.

Manakala pada umur 5 tahun (2010), dia melakukan aksi ‘Human Flag’ dengan kedua tangan memegang satu besi sambil badan ditegakkan seakan bendera!

Bapanya Iulian Stroe, 36, sebelum ini berkata: “Dia telah berlatih di gimnasium dengan saya sejak dia dilahirkan. Saya selalu membawanya bersama saya apabila saya ke sana”.

Kini, Stroe bersama dua anaknya, Giuliano dan Claudiu tinggal di rumah mereka yang terletak di Romania.

Saksikan video di bawah ini

No comments:

Post a Comment