Friday, March 29, 2013

Johor Darul Takzim Vs Terengganu 30 Mac 2013 (Live Streaming)

Live Streaming Johor Darul Takzim JDT Vs Terengganu 30 Mac 2013 Keputusan.

Live Streaming Johor Darul Takzim JDT Vs Terengganu 30 Mac 2013 | Selain perlawanan T-Team menentang Pahang 30 Mac 2013 ini, satu lagi perlawanan Liga Super 2013 akan berlangsung iaitu di antara paskukan Johor Darul Takzim menentang pasukan Terengganu FA.

Perlawanan ini akan berlangsung pada jam 8.45 Malam iaitu bertempat di Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos. Perlawanan ini merupakan perlawanan tumpuan untuk gameweek ke 11 Liga Super 2013.

Mengikut statistik perlawanan, Terengganu dilihat lebih konsisten kebelakangan ini dimana mereka telah memenangi 4 perlawanan terakhir mereka biarpun di tempat sendiri mahupun di tempat lawan. Ini akan membangkitkan lagi semangat mereka untuk mengekalkan momentum kemenangan untuk bersaing 3 tempat teratas Liga Super.

Namun demikian, pasukan JDT bukanlah pasukan yang mudah untuk dijinakkan tambahan pula perlawanan berlangsung di kubu kuat mereka sendiri. Dengan mempunyai barisan pemain yang majoritinya bertaraf bintang, sudah cukup untuk membuat pasukan lawan rasa tak senang duduk sekiranya bertemu pasukan Harimau Selatan ini.

Diharapkan persembahan menarik dapat ditunjukkan supaya menghiburkan para penonton kerana perlawanan ini akan disiarkan secara langsung melalui siaran Astro Arena 801. Sehubungan dengan itu, kami sedaya upaya menyediakan link live streaming bagi memudahkan mereka yang tidak dapat menonton melalui kaca televisyen.

No comments:

Post a Comment