Saturday, June 22, 2013

Diisytihar Darurat ?

Muar diisytihar darurat
Keadaan bandar Muar dengan bacaan IPU mencecah 421 pada jam 1 petang semalam.
SHAH ALAM - Muar diisytihar darurat pagi ini berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada di tahap setinggi 750.
 
Sementara dua bandar di Melaka mencatat bacaan merbahaya di tahap 300.
 
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel berkata, hari ini kedaan jerebu di tiga bandar telah mencapai tahap berbahaya.
 
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Datuk Halimah Hassan pagi ini telah meminta pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengisytiharkan darurat di Muar hari ini.
 
MKN dijangka akan mengeluarkan arahan kepada penduduk untuk tinggal dalam rumah dan mengarahkan sekolah di beberapa negeri terus ditutup.




Tuesday, April 9, 2013

Budak Sekolah ~ MUKA JAMBU TAPI Tunjuk Gengster ~!!! KANTOI ~






Berlagak Seperti Gengster ~ Lan todak 

Konon ~ Puiii . 

KAKI PUKUL LAIN YANG TERLIBAT

Buli pelajar lain diorang ingat sekolah tu tempat gaduh ke  ape ? adoi la , teruk betol perangai budak-budak sekarang.





JOM KITA SAMA-SAMA Sebarkan Video Dan Gambar ini , 

untuk memberi pengajaran untuk pelajar sekolah lain. Selain 

itu , diharapkan pihak bertanggungjawab mengambil 

TINDAKAN Yang Tepat  agar pelajar lain tidak meniru 

diorang...  KECIK DAN SUSAHKAN ORANG , BILA BESAR LAGITERUKKK ~!!!








MAKLUMAT SALAH SEORANG PEMBULI SMK TUN

HUSSIEN ONN, PENANG 


NAMA : IZZAT SYAFIQ BIN ABDULLAH


TWITTER : https://twitter.com/ijatsyafiq


BLOG : http://izzatashadiari.blogspot.com/http://izzatsyafiqloveeffanadheera.blogspot.com/


BUKTI : http://imgur.com/gWEINkh


BBPIN : 2A9E01F1


SEKOLAH : SMK TUN HUSSIEN ONN

#Sebarkan..

Saturday, April 6, 2013

Fuh Gila Bapak Besar!! Tikus Gergasi Di Temui Dalam Kedai Kasut


Fuh Gila Bapak Besar!! Tikus Gergasi Di Temui Dalam Kedai Kasut | Satu gambar yang menunjukkan seekor tikus gergasi didakwa dijumpai dalam sebuah kedai kasut di bandar raya New York, Amerika Syarikat telah tersebar luas dalam internet.

Imej tersebut dikatakan menunjukkan seorang pekerja kedai Foot Locker di The Bronx sedang memegang tikus mati sebesar 3 kaki di atas penyeduk.

Satu tikus gergasi yang lebih kurang sama besar, telah dijumpai di kawasan Brooklyn, New York pada tahun lepas, dikatakan tikus spesis Gambian Pouched.

Dr. Robert S Voss, kurator mamalia di American Museum of Natural History di New York, berkata: “Tidak mungkin tikus itu adalah tikus biasa yang terdapat dalam pembetungan. Saya pasti 90 peratus yang tikus itu adalah dari spesis Gambian Pouched.”

Dr. Voss berkata yang ada kemungkinan bahawa tikus tersebut adalah binatang peliharaan yang melarikan diri. Beliau juga berkata yang binatang jenis ini kelihatan garang tetapi sebenarnya mereka sangat suka bermain dan jinak. (Orange UK)

Allahu Rabbi! Anak Ini Lahir Bersama Sebuah Al-Quran Kecil


Allahu Rabbi! Anak Ini Lahir Bersama Sebuah Al-Quran Kecil | Seorang bayi dilahirkan bersama sebuah Al-Quran kecil.. bayi yang diberi nama Abdul Wahab Iyanda Aderemi Irawo oleh sorang ulamak itu dilahirkan pada 7 mei 2012.

Dalam pemberian nama tersebut, ulamak terkenal tersebut Ustaz Abdul Rahman, menasihati ibu bayi tersebut bahawa bayinya bukanlah seorang nabi walaupun ia lahir dari rahimnya sambil memegang Quran.

Beliau juga menambah bahawa hal tersebut merupakan kehendak Allah, untuk mengirim bayi tersebut ke dunia dengan cara yang menakjubkan, iaitu lahir dengan membawa Quran dari rahimnya.

Ulama lain yang ikut serta dalam acara menamakan bayi tersebut antara lain Sheikh Abdulraman Sulaiman Adangba, Ketua dari Komuniti Nasrulifathi,Ustad Alhaji Abdullahi Akinbode, dan Dr Ramoni Tijani dari Komuniti Islam Alifathiquareeb.

Ahad (13/5), ibu bayi ini memeluk Islam setelah melihat bayinya lahir dengan membawa Quran dari rahimnya. Kini,ibu berusia 32 tahun yang dulu bernama Kikelomo Ilori ini kemudian menukar nama menjadi Sherifat

WTF : Kamera Tertutup Di Tandas Bilik Hotel (3 Gambar)

Berhati-hati apabila anda menginap di hotel,kerana pada zaman serba canggih ini pelbagai bentuk kamera tersembunyi tersedia untuk merakam aktiviti anda. Pastikan bilik hotel yang disewa bebas dari peralatan sebegini,terutamanya kepada kaum wanita.




Kamera berbentuk suis lampu



Kamera dengan perakam video digital berbentuk pengesan asap (Smoke Detector Hidden Camera With DVR)

Kecuaian anda dalam memastikan suasana yang bebas dari anasir skodeng ini akan menyebabkan aktiviti anda dalam bilik hotel mungkin tersebar ke seluruh dunia dengan teknologi yang ada sekarang. Jadi berhati-hatilah selalu...

COOL - K1 DAN K2 BLACK PANTHER : KERETA KEBAL UTAMA KOREA SELATAN (14 GAMBAR)

Minggu lalu dunia digemparkan dengan pengishtiharan perang yang dikeluarkan oleh Korea Utara keatas Korea Selatan. Tentera kedua-dua belah Korea diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi memastikan perang tidak akan meletus. Di bawah merupakan satu eset ketenteraan negara NK.

K1 ialah kereta kebal buatan Korea Selatan yang dibina berasaskan rekaan M1A1 Abrams. Ia mula dihasilkan pada tahun 1985 bagi menggantika kereta kebal M48 Patton yang sudah ketinggalan zaman. Pada awalnya Korea Selatan bercadang untuk membeli sahaja M1A1 milik Amerika Syarikat tetapi mereka menyedari Abrams asas yang ditawarkan tidak bersesuaian dengan keperluan ketenteraan Korea Selatan. Oleh itu seperti negara Israel, Korea Selatan meminjam rekaan yang sedia ada dan melakukan penaik tarafan bagi menghasilkan kereta kebal yang lebih sesuai untuk penggunaan tempatan.

Sistem suspensi baru diletakkan pada K1 bagi membolehkan ia berfungsi diatas permukaan bumi korea yang berbukit bukau. K1 juga boleh menyelam di dalam air sekiranya sistem snorkel dipasangkan pada bahagian atapnya. Fungsi ini tidak ada pada M1A1. Syarikat Hyundai Rotem ditugaskan membina kereta kebal K1 sementara Samsung pula membangunkan perisian elektronik untuk sistem komunikasi dan persenjataan. Pada tahun 1999 model baru K1A1 pula dihasilkan dengan beberapa penambah baikkan seperti sistem komunikasi berangkaian dan sistem bidikan laser terkini. Setakat ini sebanyak 1511 buah K1 dan K1A1 sudah dihasilkan dan ianya bersedia untuk menjadi benteng pertahanan Korea Selatan sekiranya perang Korea bersambung semula.

kereta kebal utama Korea Selatan yang dibina dengan menggunakan kepakaran tempatan. Dibina oleh Hyundai Rotem dan Samsung!






Gambar dari The Brigade

WTF - MANIPULASI FOTO YANG WTF OLEH YAGO PARTAL (6 GAMBAR)

Defragmentados ialah siri manipulasi gambar yang dihasilkan oleh Yago Partal. Ini namanya seni, nampak tak?




Laporan asal MyModernMet

WTF - APABILA LELAKI BERJIHAD TANPA BAJU UNTUK AMINA TYLER (9 GAMBAR)

Apabila lelaki turut sama melakukan benda jijik. LOL




Laporan asal Tempsreel

Kisah Pengajaran - Jasad Tersiksa Gara-Gara Saka!

Kisah Pengajaran - Jasad Tersiksa Gara-Gara Saka! | SAKA dikaitkan dengan mewarisi jin yang membolehkan makhluk halus itu menjadikan pewarisnya dengan pelbagai kuasa ghaib seperti memiliki kecantikan, kekuatan luar biasa atau menjadi individu berpengaruh.

Hukum mewarisi dan menggunakan saka adalah haram di sisi Islam. Biasanya saka diwariskan kepada anak atau cucu kepada pemilik saka.

Saka adalah ilmu keturunan yang dipusakai ada hubung kaitnya dengan jin, sama ada dibela, dibuat sahabat secara sedar atau tidak oleh pemiliknya.

Gejala saka amat berbahaya dan mampu merosakkan kehidupan seseorang. Maka, penting kita menyiasat diri dan keluarga daripada mewarisi saka.

Masyarakat Melayu memahami saka sebagai ilmu yang dipusakai daripada waris teratas kepada waris di bawahnya. Contohnya daripada ibu atau bapa kepada anak, daripada datuk atau nenek kepada salah seorang daripada cucunya, atau seseorang dalam lingkungan keluarga.
Kesan jangka panjang jika seorang yang mewarisi saka ialah mampu menjadikan seseorang itu mendapat sakit sehingga koma atau lumpuh.

Umumnya, kebanyakan orang yang memiliki saka berkebolehan merawat orang yang sakit disebabkan jin dan syaitan. Cara rawatannya dengan menurun menggunakan mantera atau jampi.

Bacaan dan amalan yang dilakukan itu amat meragukan serta sukar difahami. Ia bertentangan dengan syariat kerana mempunyai unsur syirik yang boleh merosakkan akidah.

Jika seseorang itu menyatakan hasratnya pada waris tertentu, seperti anaknya yang dia adalah orang yang paling sesuai atau 'layak' mewarisinya.

Penurunan ilmu saka boleh berlaku secara tidak langsung apabila waris menerima barang tertentu peninggalan si mati seperti barangan kemas, keris, lembing atau tombak.

Syaitan akan sentiasa memastikan setiap manusia atau orang yang mewarisinya sesat ketika sampai ajal mereka. Pada mulanya memang saka kelihatan seperti memberi pelbagai kelebihan kepada tuannya seperti melindungi diri, keluarga dan harta benda tetapi itu semua hanya tipu helah untuk menyesatkan manusia.

Pelbagai kesan buruk dan masalah akan timbul dalam jangka masa panjang di mana kemuncaknya menyebabkan manusia itu berdosa besar kerana mensyirikkan Allah SWT.

Antara kesan buruk memelihara saka ialah pemiliknya menghadapi seksaan yang amat perit ketika menghadapi saat kematian kerana roh mereka sukar untuk keluar daripada jasad menyebabkan mereka terseksa ketika menemui ajal.

Situasi lebih dahsyat berlaku apabila pemilik saka sudah meninggal dunia tetapi saka yang dimilikinya masih enggan meninggalkan tuannya.

Gangguan saka juga menyebabkan seseorang dilanda penyakit misteri. Justeru ahli keluarga atau sesiapa saja dilarang menerima warisan saka daripada pemilik asal.

Bagi mereka yang sudah menerima, berusahalah untuk memutuskan hubungan dengan makhluk terbabit dengan mendapatkan khidmat pengamal perubatan Islam yang menggunakan al-Quran dan sunnah sebagai kaedah rawatan.

Pengamal Perubatan, Pusat Rawatan Islam Sinar Zamdurrani, Sharhan Shafie, berkata saka adalah perjanjian yang dibuat antara nenek moyang dengan jin laknatullah untuk mendapat kehebatan, kekuatan, kecantikan, perlindungan tertentu melalui perjanjian tertentu dalam tempoh yang ditentukan (tujuh keturunan).

Saka berada dalam tubuh badan manusia sejak sekian lama hingga menjadi sebati dengan manusia. Ia berlaku sama ada seorang itu mengetahuinya ataupun tidak.

"Jin berkenaan ditinggalkan nenek moyang pembawa saka apabila mereka meninggal dunia. Ketika hidupnya, mereka berkawan atau membela jin berkenaan yang dikenali dengan pelbagai nama dalam masyarakat kita seperti polong, pelesit, toyol dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata terdapat kronologi bagaimana jin saka berpindah selepas kematian tuan punya saka berkenaan.

"Selepas nenek moyang yang membela jin terbabit meninggal dunia, jasadnya mati selepas roh keluar dari badannya. Namun Begitu, jin yang berdamping dengan nenek moyang itu tidak mati kerana umur jin bukan seperti manusia.

"Apabila jasad perumah saka dikebumikan, jin akan bebas seperti keadaan layang-layang yang terputus talinya. Maka ia akan berkeliaran di atas muka bumi ini untuk mencari pewaris baru," katanya.

Sharhan berkata kebiasaannya jin berpindah kepada anak cucu yang mengamalkan jampi tertentu yang diambil daripada si mati.

"Saka turut berpindah kepada waris seperti anak atau cucu yang menyimpan barang peninggalan si mati. Mereka berpotensi besar mewarisi saka disebabkan pernah tinggal serumah bersama si mati.

"Selain itu, golongan yang menjadi sasaran kepada saka adalah anak cucu yang cetek pengetahuan agamanya, sentiasa melakukan maksiat, meninggalkan ibadat seperti solat, mereka yang lemah fizikalnya serta memang terlalu menginginkan sangat kehebatan serta kelebihan nenek moyang mereka," katanya.

Beliau berkata memang terdapat pertalian erat antara jin dan saka kerana jin yang diwariskan itu umpama harta peninggalan.

"Terdapat hadis daripada Abu Tha'labah berkata. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Jin itu mempunyai tiga jenis iaitu jenis yang mempunyai sayap dan berterbangan di udara, jenis yang berbentuk ular dan anjing dan jenis yang berpindah randah.

"Jenis jin ketiga itu dikelaskan jenis jin yang menjadi saka kerana mampu berpindah dari satu keturunan ke satu keturunan di bawahnya," katanya.

Sharhan berkata mereka yang memiliki saka juga mempunyai kebolehan mengubati penyakit yang disebabkan oleh jin dan syaitan tetapi mereka menggunakan dengan cara meragukan.

"Kebanyakan mereka berubat dengan kaedah menurun. Pembawa saka mampu mengubat tetapi dengan menggunakan jampi yang mempunyai unsur syirik.

"Malah jampi yang digunakan langsung tidak difahami maknanya," katanya.

Beliau berkata terdapat amalan yang mampu menghalang seseorang itu menjadi mangsa saka dengan berkat keizinan Allah SWT.

"Segala bentuk gangguan jin dapat dielakkan dengan syarat kita percaya dan benar-benar yakin Allah yang menyembuhkan.

"Antaranya boleh mengamalkan zikir, membaca surah Mulk sebelum tidur, berwuduk sebelum tidur atau ketika mengadakan hubungan kelamin dengan isteri, jadikan amalan membaca surah Yaasin setiap Subuh, membaca Basmalah sebagai wirid setiap kali melakukan pekerjaan dan perdengarkan bacaan ayat ruqyah di dalam rumah," katanya.

Petanda seseorang mempunyai saka

Gejala waktu tidur

-Susah tidur malam.
-Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
-Mimpi buruk yang dikenali sebagai kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya kemudian menjerit meminta pertolongan tetapi tiada siapa mendengarnya.
-Mimpi perkara menakutkan dan menyeramkan.
-Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus.
-Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
-Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
-Berdiri dan berjalan ketika tidur.
-Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
-Mimpi berada di kawasan kotor atau di tanah perkuburan.
-Mimpi melihat budak kecil.
-Mimpi melihat salib atau gereja.
-merintih dan menangis ketika tidur.

Gejala waktu jaga

-Selalu pening kepala.
-Lalai mengingati Allah SWT
-Sering lesu dan malas.
-Rasa sakit di salah satu anggota badan.
-Sakit di belakang terutamanya tulang belakang.
-Lenguh sendi-sendi utama.
-Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati.
-Mudah panik apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
-Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan hidup.
-Mudah marah dan panas baran.
-Emosional dan terlalu sensitif.
-Terasa seperti terdapat sesuatu di bawah tapak kaki seperti terpijak batu atau telur.
-Sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu.

SEXY : Rupa Model Calvin Klein Paling Macho Pada Tahun 2002 VS 2013 (6 Gambar)

Pada tahun 2002 Travis Fimmel adalah model lelaki pertama yang menerima kontrak bayaran enam digit untuk Calvin Klein. Ini kerana model itu nampak sangat macho tetapi mari lihat rupa serta keadaan Travis pada tahun 2013.


Tahun 2002






Tahun 2013

Cool : Pasaraya Menjual Pesawat Terbang Pertama Di Dunia Yang Mrah (6 Gambar)

Kelab Penerbangan Antarabangsa Beijing telah menjual lebih 800 buah pesawat sejak pasar raya yang menjual pelbagai pesawat dibuka pada 30 Mac lalu.

Menurut pengurus kelab tersebut, Zhang Changyi, harga pesawat yang dijual itu adalah antara AS$48,390 (RM147,952) hingga AS$8 juta (RM24.46 juta). Pelbagai pesawat dijual di pasar raya itu termasuk helikopter dan kapal terbang ringan Sting S4. Ia merupakan pasar raya menjual pesawat yang pertama pernah wujud di bandar raya ini.







OMG : Bandar Purba Zaman Nabi Ibrahim Ditemui Di Selatan Iraq (4 Gambar)

Seorang ahli arkeologi Britain, Stuart Campbell menyatakan, dia dan beberapa orang rakan telah menemui bekas sebuah kompleks bangunan berhampiran bandar purba Ur di selatan Iraq yang merupakan tempat tinggal Nabi Ibrahim.

Campbell yang merupakan arkeologi dari Universiti Manchester berkata, bangunan itu dianggarkan berusia 4,000 tahun. Kawasan berkenaan dipercayai merupakan pusat pentadbiran bandar Ur. Campbell berkata, kompleks itu bersaiz sebesar sebuah padang bola iaitu kira-kira 80 meter setiap sisi.

Menurutnya, kompleks bersaiz besar itu merupakan sesuatu yang jarang ditemui. Ia merupakan penggalian pertama kumpulan arkeologi dari Britain di Iraq sejak tahun 80-an. Penggalian itu bermula pada bulan lalu apabila enam anggota pasukan Britain dan empat ahli arkeologi Iraq menggali tanah di Tell Khaiber, wilayah Thi Qar, selatan Iraq. Kawasan itu terletak 320 kilometer ke selatan Baghdad.

Campbell berkata, salah sebuah artifak yang ditemui kumpulan penggalian itu ialah plak tanah liat yang menunjukkan seorang manusia memakai jubah labuh mendekati sebuah tapak yang suci




WTF : Lauk Paling JIJIK Dari Kedai Mamak Paling BADASS (2 Gambar)

#Ini makanan paling cute dan special pernah kami nampak. Well hanya di kedai mamak MALAYSIA. Nyum3~ Kalau tunjuk kat ibu mesti insaf 3 keturunan tak nak datang lagi. LOL

OMG : [Video] Pemandu Bas Selamatkan 26 Penumpang Walaupun Mengalami Pecah Limpa

Seorang pemandu bas dari Jiangshan telah menjadi hero apabila menyelamatkan 26 penumpang bas setelah bas yang dipandunya terlanggar tiang lampu yang runtuh. Pemandu tersebut, Mao Zhihao yang mengalami pecah limpa terus bangkit dan mengawal bas tersebut ke tepi jalan setelah tiang lampu memecahkan cermin hadapan bas tersebut.


WTF : Hidup Seperti Hamster Di La Villa Hamster Hotel (6 Gambar)

Jika anda ingin tahu bagaimana rasanya hidup seperti hamster, maka anda perlu mengunjungi La Villa Hamster Hotel. Terletak di sebatang jalan berhampiran pusat bandar barat Perancis, La Villa Hamster menawarkan tetamu pengalaman unik untuk hidup seperti seekor hamster.

Hotel ini mempunyai semua kemudahan asas penting bagi tikus seperti bekas organik bijirin, bekas air besi yang dapat diaktifkan dengan menolak tuil gergasi dengan kaki anda, dan satu katil double yang hanya boleh diakses oleh tangga dan ruang merangkak, bilik mandi dengan tong gergasi cip kayu, dan roda hamster gergasi bersaiz manusia. Tetamu Villa juga diberi topeng hamster untuk dipakai sepanjang penginapan mereka.






WTF : Batu Kemaluan Wanita Jadi Tarikan Di Filipina Paling BADASS (3 Gambar)

Di sebuah kampung terpencil 7 jam dari Manila, Filipina, terdapat sebuah gua yang di dalamnya mengandungai sebuah batu yang menyerupai kemaluan wanita. Wartawan dari rocketnews24.com telah melawat ke tempat yang menjadi tarikan pelancong tersebut untuk melihatnya dengan mata sendiri.




Fuh Kesian! Lelaki Ini Hilang Wajah Kerana Renjatan Elektrik. Bagaimanakah Rupanya?


Fuh Kesian! Lelaki Ini Hilang Wajah Kerana Renjatan Elektrik. Bagaimanakah Rupanya? | Fort Worth, Texas, Dallas Wiens, 25, sedang menunggu untuk dilakukan pembedahan wajah setelah mengalami kecelakaan yang mengerikan pada tahun 2008 ketika kabel voltan tinggi membakar wajahnya.

Doktor yang membantu dalam operasi pertama berhasil mengalihkan sebahagian daripada kulit dan otot-otot belakang wajahnya, namun ia masih belum dapat melihat, bau dan makan.
Dallas, enam bulan di hospital, menerima puluhan operasi, dan menghabiskan 3 bulan dalam keadaan koma, sekarang menunggu untuk menjadi orang ketiga di Amerika untuk menerima transplantasi.

Wiens mengakui bahawa “I miss my view,” tetapi 'apa yang saya lebih rindukan adalah perasaan wajah saya dan rasa bau saya..

Sekali pun doktor berjaya mencangkok kulit dan otot yang diambil dari punggung dan pahanya di atas tengkoraknya yang hangus, dia praktis menjadi seperti manusia tanpa wajah. Selain buta sama sekali, Dallas juga tidak memiliki hidung, bibir, alis ..

Fuh Misteri! Rangka Pontianak Telah Ditemui. Benarkah Itu Pontianak?


Fuh Misteri! Rangka Pontianak Telah Ditemui. Benarkah Itu Pontianak? | SOFIA - Ahli arkeologi di Bulgaria menemui dua rangka ditikam dengan batang besi dipercayai puntianak dari Zaman Pertengahan di sebuah kawasan perkuburan lama di bandar Laut Hitam, Sozopol.

Ketua Muzium Kebangsaan, Bozhidar Dimitrov berkata, penemuan rangka itu menunjukkan penduduk kampung pada masa tersebut sehingga awal abad ke-20 sangat percaya dengan kewujudan puntianak.

Menurut kepercayaan mereka, mana-mana individu yang berkelakuan jahat semasa hayat mereka mungkin akan bertukar menjadi puntianak jika dada mereka tidak ditikam dengan batang kayu atau besi semasa proses pengebumian.

"Ia adalah amalan biasa kerana hasil kajian kami mendapati kira-kira 100 cara pengebumian sama telah ditemui di negara ini," kata Dmitrov lagi.