Saturday, April 6, 2013

COOL - K1 DAN K2 BLACK PANTHER : KERETA KEBAL UTAMA KOREA SELATAN (14 GAMBAR)

Minggu lalu dunia digemparkan dengan pengishtiharan perang yang dikeluarkan oleh Korea Utara keatas Korea Selatan. Tentera kedua-dua belah Korea diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi memastikan perang tidak akan meletus. Di bawah merupakan satu eset ketenteraan negara NK.

K1 ialah kereta kebal buatan Korea Selatan yang dibina berasaskan rekaan M1A1 Abrams. Ia mula dihasilkan pada tahun 1985 bagi menggantika kereta kebal M48 Patton yang sudah ketinggalan zaman. Pada awalnya Korea Selatan bercadang untuk membeli sahaja M1A1 milik Amerika Syarikat tetapi mereka menyedari Abrams asas yang ditawarkan tidak bersesuaian dengan keperluan ketenteraan Korea Selatan. Oleh itu seperti negara Israel, Korea Selatan meminjam rekaan yang sedia ada dan melakukan penaik tarafan bagi menghasilkan kereta kebal yang lebih sesuai untuk penggunaan tempatan.

Sistem suspensi baru diletakkan pada K1 bagi membolehkan ia berfungsi diatas permukaan bumi korea yang berbukit bukau. K1 juga boleh menyelam di dalam air sekiranya sistem snorkel dipasangkan pada bahagian atapnya. Fungsi ini tidak ada pada M1A1. Syarikat Hyundai Rotem ditugaskan membina kereta kebal K1 sementara Samsung pula membangunkan perisian elektronik untuk sistem komunikasi dan persenjataan. Pada tahun 1999 model baru K1A1 pula dihasilkan dengan beberapa penambah baikkan seperti sistem komunikasi berangkaian dan sistem bidikan laser terkini. Setakat ini sebanyak 1511 buah K1 dan K1A1 sudah dihasilkan dan ianya bersedia untuk menjadi benteng pertahanan Korea Selatan sekiranya perang Korea bersambung semula.

kereta kebal utama Korea Selatan yang dibina dengan menggunakan kepakaran tempatan. Dibina oleh Hyundai Rotem dan Samsung!






Gambar dari The Brigade

No comments:

Post a Comment