Friday, April 5, 2013

Kisah Kucing Belasah Beruang Yang Pernah Menjadi Buah Mulut Suatu Ketika Dahulu


Kisah Kucing Belasah Beruang Yang Pernah Menjadi Buah Mulut Suatu Ketika Dahulu | Pada 14 jun 2006 National Geografi berjaya merakam kan detik detik lucu antara Kucing dan beruang . Kisah beruang hitam merayau2 tanpa tujuan di milford barat, new jersey menjadi perbualan hangat di tahun 2006 itu menganggap kucing juga mampu mengawal kawasan dan tuannya . Bukti kucing jantan bernama jack milik donna dickey berjaya bertarung dengan seekor beruang seberat 270 kilogram sedangkan kucing tersebut cuma seberat 7 Kilogram .

Kerana tidak tahan dengan serangan kucing tersebut , beruang terpaksa memanjat pokok hingga hampir kepuncak manakala kucing tersebut menunggu dibawah tanpa mahu beredar . Hampir 7 jam menunggu akhirnya Tuan kucing tersebut datang dan terkejut melihat seekor beruang berada di atas pokok tidak jauh dari kediaman rumah mereka

Peristiwa tersebut di siarkan oleh saluran Newark Star Ledger pada 2006 . Sehingga kini kawasan perkampungan milford barat ramai penduduknya memelihara kucing daripada memelihara anjing hanya kerana kisah keberanian Jack yang mampu menghalau Beruang maka mereka menganggap kucing sebagai Hero .

No comments:

Post a Comment