Friday, April 5, 2013

Negeri Sembilan Vs Terengganu 6 April 2013 Suku Akhir Piala FA


Negeri Sembilan Vs Terengganu 6 April 2013 Suku Akhir Piala FA  | Pada malam ini akan berlangsung satu lagi perlawanan Suku Akhir Pertama Piala FA melibatkan pasukan Negeri Sembilan dan Terengganu.

Terengganu yang bertandang ke tempat lawan iaitu di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi Negeri Sembilan pastinya membawa semangat yang berkobar-kobar untuk berhadapan dengan pasukan tuan rumah. Perlawanan akan berlangsung pada jam 8.45 Malam dan tiada siaran langsung yang akan disiarkan.

Mengikut statistik 5 perlawanan terakhir, Terengganu sudah semestinya mempunyai harapan cerah untuk menang kerana mereka telah memenagi 4 perlawanan daripada 5 manakala pasukan Negeri Sembilan pula hanya memenangi 1 perlawanan daripada 5 perlawanan terakhir.

Walau bagaimana pun, itu bukanlah kayu ukur sebenar untuk kedua-dua pasukan, namun starategi dan juga semangat kesukanan dan semangat berpasukan bakal menentukan menang kalah sesebuah pasukan itu. Pasukan Negeri sembilan yang bermain di tempat sendiri sudah semestinya tidak mahu menghampakan peminatnya di gelanggang keramat mereka.

Semoga kedua-dua pasukan menunjukkan persembahan yang menarik pada perlawanan malam ini dan para penyokong juga menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi semasa perlawanan diadakan.

No comments:

Post a Comment