Friday, April 5, 2013

Kelantan Vs Sarawak 6 April 2013 Suku Akhir Piala FA

Live Streaming Kelantan Vs Sarawak 6 April 2013 Suku Akhir Piala FA.

Kelantan Vs Sarawak 6 April 2013 Suku Akhir Piala FA | Hari sabtu ini bakal berlangsungnya pertembungan di antara dua pasukan bola sepak Malaysia iaitu pasukan Kelantan FA menentang pasukan Sarawak FA dalam perlawanan Suku Akhir Piala FA 2013.

Perlawanan yang dijangkakan sengit ini bakal berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu Kelantan dan sepak mula dijangkakan pada jam 8.45 Malam.

Kelantan yang baru baru ini telah menewaskan pasukan dari Vietnam iaitu dalam pertembungan Piala AFC Kelantan Vs SHB Da Nang dengan kemenangan besar 5-0 sudah semestinya menjadi pasukan pilihan pada perlawanan ini nanti. Kelantan bakal menurukan kesebelasan terbaik mereka bagi mengekalkan kemenangan di laman sendiri.

Namun demikian, pasukan Sarawak tidak seharusnya dipandang rendah walaupon mereka bermain di Liga Perdana kerana mereka mampu membuat kejutan dengan corak permainan yang sukar dijangka tidak mustahil Sarawak akan menumpaskan pasukan pilihan Kelantan.

Perlawanan ini akan disiarkan secara rasmi melalui siaran Astro 802 bagi membolehkan peminat kedua-dua pasukan dapat menonton secara langsung. Link live streaming tidak dapat dikesan. 

No comments:

Post a Comment