Thursday, April 4, 2013

11 Perkara Yang Perlu Dipatuhi Kerajaan Sementara Sebelum Menjelang PRU13


11 Perkara Yang Perlu Dipatuhi Kerajaan Sementara Sebelum Menjelang PRU13 | Setelah rasminya Parlimen dan DUN di seluruh Malaysia dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13), tampuk pimpinan negara sekarang dipegang oleh Kerajaan Sementara yang hanya perlu melaksanakan tanggungjawab wajib melibatkan urusan day to day sesebuah kerajaan.

Sebungan dengan itu, Kerajaan Sementara haruslah mematuhi beberapa perkara dalam melaksanakan tanggungjawab mereka sebelum menjelangnya Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak lama lagi. Berikut adalah 11 perkara yang perlu dipatuhi oleh Kerajaan Sementara :

i) Memegang jawatan Perdana Menteri, Menteri-Menteri atau Menteri Besar bagi Kerajaan Sementara adalah hanya untuk menjalankan tanggungjawab wajib selaku kerajaan yang memerintah yang berkaitan dengan urusan day to day sesebuah kerajaan;

ii) Turun berkempen dalam Pilihanraya kapasiti atau jawatan politik di dalam parti dan bukan sebagai Perdana Menteri, Menteri-Menteri atau Menteri Besar

iii) Tidak menyalahgunakan jentera, peruntukan, kenderaan, kemudahan dan kakitangan kerajaan dengan tujuan untuk berkempen dan meraih undi

iv) Tidak membuat sebarang pengumuman atau pelancaran sebarang projek atau inisiatif kerajaan;

v) Tidak memasuki atau menandantangi sebarang perjanjian baru terutamanya yang melibatkan projek-projek besar serta implikasi kewangan kepada kerajaan.

vi) Tidak membuat sebarang pengumuman atau pemberian apa jua bentuk bantuan atau peruntukan wang kerajaan samada dalam bentuk wang tunai, geran, bonus atau pemberian barangan;

vii) Tidak membuat sebarang pelantikan, pertukaran atau rombakan dalam apa jua organisasi yang kerajaan berkuasa ke atasnya;

viii) Tidak menganjurkan apa jua bentuk himpunan, aktiviti atau apa jua program yang melibatkan kakitangan kerajaan dan orang ramai melalui kementerian, jabatan atau mana-mana agensi-agensi kerajaan yang dilihat sebagai cubaan untuk berkempen dan menanamkan dakyah politik;

ix) Tidak menggunakan jawatan untuk menggugut atau mengindoktrinasi rakyat, khususnya kakitangan kerajaan atau pelajar-pelajarjar IPT bagi mendapatkan undi mereka;

x) Tidak menjadikan premis, pejabat atau bangunan milik kerajaan sebagai markas parti.

xi) Memastikan media massa milik kerajaan memberikan liputan yang seimbang dan adil kepada semua parti-parti yang bertanding.


Semak Tempat Mengundi Secara Online Dan SMS

No comments:

Post a Comment