Monday, April 1, 2013

WTF : Wanita Mati Minum 10 Liter Coca-Cola Setiap Hari


 Mungkin selepas mengetahui berita ini anda seharusnya mengurangkan tabiat buruk tersebut.

Seorang ibu kepada 8 orang anak, Natasha Harris, 31 tahun dari New Zealand dipercayai mati disebabkan meminum air Coca-Cola dalam kuantiti yang sangat banyak iaitu kira-kira 10 liter setiap hari. Tabiat buruk yang diamalkan beliau selama bertahun-tahun itu disifatkan oleh ahli keluarga beliau sebagai satu ketagihan yang tidak dapat dihentikan.

Tabiat meminum Coca-Cola beliau telah menyebabkan beberapa batang gigi beliau terpaksa dibuang kerana telah mereput dan salah seorang daripada anaknya lahir tanpa enamel pada giginya. Natasha yang mati pada Februari 2010 lalu dikenal pasti punca kematiannya melalui laporan bedah siasat yang dikeluarkan baru-baru ini.

Pemeriksaan tersebut mendedahkan pembesaran pada bahagian hati beliau dengan diselaputi deposit lemak yang disebabkan oleh kandungan gula yang terlalu tinggi. Selain itu, dengan tabiat meminum Coca-Cola yang berlebihan tersebut, dianggarkan pengambilan kaffein beliau menjangkau sebanyak 970 mg sehari dan gula sebanyak labih daripada 1 kilogram sehari. Bayangkan anda beli sepaket gula dan makan setiap hari, begitulah perumpaannya.

Sumber dari TVNZ

No comments:

Post a Comment