Tuesday, April 2, 2013

Inilah Kehebatan Pembinaan Perkampungan Di Monsanto, Portugal.


Inilah Kehebatan Pembinaan Perkampungan Di Monsanto, Portugal | Perkampungan Monsanto iaitu satu penempatan kuno yang terletak di sebelah gunung di kawasan luar bandar Portugal, menawarkan beberapa pemandangan yang menakjubkan. Memiliki jalan-jalan kecil yang diukir daripada batu dan rumah granit yang dihimpit antara batu tongkol/bongkah batu gergasi, ia kelihatan seperti batuan asas kehidupan yang sebenar. 

Pada tahun 1938, Monsanto dinamakan sebagai 'bandar paling Portugis di Portugal' yang kelihatan aneh dan pelik, memandangkan kebanyakan bangunan di Portugal tidak diapit antara dua batu tongkol, atau mempunyai batu-batu besar tergantung di atas mereka. Kedudukannya seperti muzium terbuka itu telah membenarkannya untuk memelihara penampilan zahirnya itu sejak bertahun lamanya. 

Disebabkan terdapatnya sekatan untuk pembangunan di kawasan itu, maka wajah Monsanto tidak banyak berubah setelah berabad lama dan telah berjaya mengekalkan daya tarikan yang asal. Kedudukannya yang terletak hanya 12 kilometer dari perbandaran Idaha-a-Nova dan 160 kilometer dari bandar Salamanca di Sepanyol untuk sampai ke Monsanto melalui pengangkutan awam adalah sebenarnya agak sukar. Tetapi demi mengingati pemandangan unik yang telah ditawarkan oleh pekan kecil ini, adalah berbaloi walaupun mengalami kesukaran untuk pergi ke

No comments:

Post a Comment