Monday, April 1, 2013

Hanya Di Afrika Selatan - Trend Cabut Gigi Depan Untuk Kelihatan Lebih Kacak


Hanya Di Afrika Selatan - Trend Cabut Gigi Depan Untuk Kelihatan Lebih Kacak | Di Afrika Selatan, anda akan di kategorikan sebagai lelaki kacak, macho dan maskulin sekiranya anda berani membuang gigi hadapan dan dibiarkan begitu sahaja..Trend tersebut dikatakan terkenal dikalangan remaja lelaki masa kini yang mahu kelihatan kacak, tampan dan menjadi idaman wanita walaupun dikatakan trend sebegitu telah bertahan sejak hampir 60 tahun lamanya.

Budaya pelik yang masih diteruskan dikalangan remaja lelaki di Afrika Selatan ini sebenarnya sudah terkenal dan bertahan sejak lebih daripada 60 tahun lalu..

Lelaki yang membuang gigi hadapan ini dikatakan layak dikategorikan sebagai seorang lelaki yang benar-benar kacak dan maskulin.

"Ini adalah fesyen, semua orang melakukannya," ujar Yazeed Adams yang berusia 21 tahun. Dia kelihatan tampan dengan mengenakan gaya pakaian dan topi ala hip hop dengan 'penampilan' gigi hadapannya yang lompong itu..


Seorang pengkaji dari University of Cape Town melakukan kajian tentang budaya unik dan pelik ini yang disebut sebagai Cape Flats Smile. Jacqui Friedling mendapat kesimpulan bahawa fenomena ini dipercayai berlaku hasil dari tekanan dari rakan sebaya dan gangsterism di Afrika.

Trend ini pada mulanya dipelopori oleh suku kaum yang tinggal di pedalaman sebelum ramaja-remaja moden yang tinggal di Cape Town turut melakukannya untuk kelihatan lebih maskulin dan kacak.

Jangan terkejut sekiranya doktor-doktor gigi di sana dikatakan mengaku mendapat permintaan untuk mencabut gigi depan hampir setiap minggu oleh lelaki yang mahu kelihatan kacak kerana dikatakan fenomena pelik itu mampu untuk menarik perhatian wanita!

No comments:

Post a Comment