Tuesday, March 12, 2013

Tarikh Keputusan STPM 2012 Dikeluarkan

tarikh keputusan peperiksaan STPM 2012

Tarikh Keputusan STPM 2012 Dikeluarkan | Seperti yang kita ketahui, semalam (Selasa) Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah mengumumkan tarikh keputusan STPM 2012 akan dikeluarkan iaitu pada 18 Mac 2013 (Isnin) bermula jam 12.00 Tengah Hari.

Keputusan boleh di dapatkan di sekolah masing-masing bermula jam 12.00 tengah hari manakala calon persendirian pula, keputusan akan di pos ke rumah masing-masing. Para pelajar juga boleh membuat semakan Keputusan STPM 2012 secara online dan SMS.

Satu sidang media mengenai analisis keputusan peperiksaan akan diadakan pada pada 12 tengah hari, hari yang sama di Dewan Besar, MPM, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor. 

Pada 2012, seramai 51,673 calon menduduki peperiksaan STPM di 760 pusat pemeriksaan pada 2012 dan daripada jumlah itu, 47,708 adalah calon sekolah kerajaan, 1,112 calon sekolah swasta, 2,795 calon persendirian dan 58 calon sekolah kerajaan negeri.

Semoga para pelajar memperoleh keputusan yang cemerlang dan seterusnya dapat menyambungkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Kepada pelajar SPM 2012 pula anda boleh membuat Semakan Secara Online Dan SMS Keputusan SPM 2012 (click) di laman yang telah kami sediakan. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment