Tuesday, March 12, 2013

Semak Keputusan STPM 2012 Secara Online Dan SMS

Semak Keputusan STPM 2012

Semak Keputusan STPM 2012 Secara Online Dan SMS | Semalam (Selasa) Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah mengumumkan tarikh keluarnya keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) iaitu pada 18 Mac 2013 ini bersamaan dengan hari Isnin.

Keputusan boleh di dapatkan di sekolah masing-masing bermula jam 12.00 tengah hari manakala calon persendirian pula, keputusan akan di pos ke rumah masing-masing. Para pelajar juga boleh menyemak keputusan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan juga secara Online.

Berikut adalah steps untuk membuat semakan secara SMS
  • Taip STPM Result <jarak> No Kad Pengenalan dan hantarkan ke 15888

Bagi menyemak secara online pula, para pelajar boleh pergi terus ke laman Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan pergi ke bahagian Semak Keputusan Peperiksaan dan pelajar cuma perlu masukkan nombor kad pengenalan untuk semakan.

Semoga para pelajar memperoleh keputusan yang cemerlang dan seterusnya dapat menyambungkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. 

Kepada pelajar SPM 2012 pula anda boleh membuat Semakan Secara Online Dan SMS Keputusan SPM 2012 (click) di laman yang telah kami sediakan. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment