Thursday, March 14, 2013

Raja Azmi Putus Cinta Dengan Pemuzik Muda

gambar teman lelaki raja azmi

Raja Azmi Putus Cinta Dengan Pemuzik Muda | SS dapat tahu kisah cinta produser filem, Raja Azmi Raja Sulaiman dengan kekasihnya yang lebih muda 27 tahun daripadanya itu sudah berakhir, baru-baru ini.

SS tidak terkejut dengan berita yang disampaikan ke meja SS itu kerana lebih suka melihat perkara berlaku itu dari sudut positif. 

SS dimaklumkan, hubungan Raja Azmi yang lebih mesra disapa Kak Mi dengan pemuzik itu baru berusia dua bulan. Kak Mi sendiri menganggap tempoh dua bulan itu juga proses untuk mereka mengenali hati budi dengan lebih dekat lagi sebelum bersedia melangkah ke fasa perkahwinan. 

Dalam tempoh dua bulan juga macam-macam perkara pun boleh berlaku dalam sesuatu perhubungan yang terjalin itu. SS juga melihat, mungkin dalam tempoh dua bulan itu, masing-masing melihat kurang keserasian untuk mereka meneruskan hubungan ke fasa lebih serius kerana jarak usia yang jauh antara mereka.

Apapun, SS difahamkan, Kak Mi sendiri percaya apa yang berlaku itu kerana tiada jodoh kerana sebagai umat Islam, kita wajib percaya, jodoh, ajal dan maut semuanya ketentuan Ilahi.

Sebagai wanita matang yang pernah berkahwin, Kak Mi juga memberitahu rakan SS, dia tidak kecewa pun dengan apa yang sudah ditakdirkan itu kerana percaya Allah SWT tahu apa yang terbaik buatnya. Soal jodoh ini, dia juga tidak mahu terburu-buru kerana perkahwinan bukanlah perkara yang boleh dibuat main-main atau untuk tempoh sehari dua saja. 

Bagaimanapun, selepas bergelar solo, hidup Kak Mi juga tidak pernah sunyi kerana sentiasa terisi dengan ahli keluarga terdekat dan teman rapat yang sentiasa di sisinya sama ada suka mahupun duka. 

SS pula berharap, semoga Kak Mi bertemu jodoh dengan calon suami yang lebih sesuai untuk dijadikan teman hidupnya selepas ini sekali gus menemui kebahagiaan yang dicarinya dalam rumah tangga.

No comments:

Post a Comment