Thursday, March 14, 2013

KEPUTUSAN SPM 2012 - SEMAKAN SECARA ONLINE DAN SMS

Semakan Keputusan SPM 2012 Secara Online Dan SMS, Semak Result SPM 2012.

Seperti yang kita ketahui, tarikh Keputusan SPM 2012 dikeluarkan telah diumumkan secara rasminya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu pada 21 Mac 2013 ini bemula jam 10:00 pagi. Pasti bekas-bekas pelajar yang menduduki Peperiksaan SPM 2012 yang lepas agak gementar untuk menantikan tarikh keramat tersebut.

Menurut kajian, result peperiksaan SPM 2012 dijangkakan mencatat peningkatan dari segi pratusan lulus dan juga pratusan pelajar yang mendapat "Straight A". Bagi memudahkan para pelajar, ibu bapa dan juga guru-guru membuat semakan, kami menyediakan langkah-langkah untuk membuat semakan secara online dan SMS.

Semak Keputusan SPM 2012 Secara Online
  1. Masuk ke laman Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah, kemudian tekan pada semakan ibubapa di sebelah kiri laman tersebut. 
  2. Gambar seperti dibawah ini akan keluar dan isikan maklumat yang diperlukan
Semakan Keputusan SPM 2012 Secara Online Dan SMS. Semak Result SPM 2012.


Semak Keputusan SPM 2012 Secara SMS
  • Anda boleh semak keputusan SPM 2012 secara SMS dengan menaip SPM <Nombor KP> <Nombor Giliran> dan hantar ke 15888.
Semakan Keputusan SPM 2012 Secara Online Dan SMS. Semak Result SPM 2012.


Dr Fuh mengucapkan selamat maju jaya dan semoga mendapat result yang cemerlang kepada adik-adik. Kepada yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang seperti yang di impikan, tahniah Dr Fuh ucapkan. Bagi yang gagal, jangan sekali-kali berputus asa kerana pasti ada hikmah di sebaliknya. Kuatkan lagi usaha anda!

No comments:

Post a Comment