Monday, March 25, 2013

Raja Azmi Labur RM1 Juta Untuk "Anak Ikan"??


Raja Azmi Labur RM1 Juta Untuk "Anak Ikan"?? | Penerbit filem sensasi, Raja Azmi bakal muncul dengan filem terbarunya yang diberi judul "Anak Ikan".

Filem yang menelan belanja sebanyak RM1 juta ini akan diterbitkan oleh JAS Productions dan akan memulakan penggambaran selepas April depan.

Untuk filem terbaru ini, Raja Azmi bakal menampilkan pelakon baru iaitu Davin Singh sebagai pelakon utama.

"Setelah berbincang dengan pengarah filem, kami mengambil keputusan bahawa Davin Singh, anak jati Kuala Lumpur merupakan orang yang sesuai untuk mendukung watak utama dalam "Anak Ikan"," katanya kepada Utusan Malaysia.

Jelas penerbit filem "…..Dalam Botol", walaupun Davin tidak mempunyai pengalaman dalam bidang lakonan, namun dia telah menyerahkan tanggungjawab untuk mengasah bakat lakonan Davin di tangan Khir Rahman.

Raja Azmi turut memberitahu bahawa dia bakal mengadakan sesi pemilihan pelakon wanita untuk digandingkan bersama Davin dalam masa terdekat ini.

Filem "Anak Ikan" adalah sebuah filem puaka yang diadaptasi daripada naskah cerpen dan diolah untuk ke layar perak.

No comments:

Post a Comment