Monday, March 25, 2013

Malaysia Vs Palestine 26 Mac 2013 (Live Streaming Dan Keputusan)


Malaysia Vs Palestin 26 Mac 2013 (Live Streaming Dan Keputusan) | Pada malam ini satu perlawanan persahabatan antarabangsa 2013 antara pasukan Malaysia dengan pasukan Palestine akan berlangsung. Perlawanan bola sepak ini juga merupakan perlawanan amal dalam misi mengutip dana untuk Tabung Bantuan Rakyat Palestin dan Tabung Wira Negara Lahad Datu.

Perlawanan ini akan di adakan di Stadium Darul Makmur, Kuantan Pahang iaitu pada jam 8:45 malam. Tiket boleh didapati dengan 3 harga berbeza mengikut kategori iaitu bagi tiket grand stand RM150, tiket biasa bagi dewasa RM20 dan bagi kanak-kanak pula hanya RM10.

Di atas kertas, Palestine memiliki kelebihan kerana mereka berada di tangga ke 150 ranking terbaru FIFA Mac 2013 berbanding Malaysia yang berada di kedudukan ke 164 dunia. Namun Malaysia juga dilihat memiliki peluang untuk menangkerana bermain di tempat sendiri.

Walau bagaimana pun, kemenangan atau kekalahan bukanlah kayu ukur bagi perlawanan ini kerana matlamat utama perlawanan ini adalah untuk mengumpul dana kepada rakyat Palestine dan juga kepada wira-wira negara di Lahad Datu serta penduduk Sabah yang terkena tempias pencerobohan di Lahad Datu.

Di khabarkan perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di TV1, TV9 dan juga di Astro Arena 801. Kepada sesiapa yang tidak dapat menonton melalui kaca televisyen bolehlah menonton melalui link yang kami sediakan di bawah ini.


No comments:

Post a Comment