Friday, March 15, 2013

SERIUS - MARI MELAWAT PENJARA HARAM GUANTANAMO BAY (18 GAMBAR)

Penjara Guantanamo Bay ialah penjara haram yang melanggar undang-undang antarabangsa kepunyaan Amerika Syarikat. Sejak bermulanya"peperangan keatas keganasan" beribu individu yang dikatakan ahli dan operatif Al Qaeda ditahan secara haram dimana mereka tidak dibenarkan berjumpa peguam untuk dibicarakan. 

Ini melanggar hak asasi manusia dimana setiap individu dianggap tidak bersalah selagi tidak dibicarakan. Pelbagai teknik soal jawab yang melanggar hak asasi manusia juga dilakukan disini seperti water torture, tahanan digari pada siling tidak dibenarkan duduk dan dihalang tidur selama berhari lamanya. Kesemua ini dilakukan oleh agensi perisikan USA atas nama KESELAMATAN NEGARA. 

Ada individu yang ditahan disini sungguhpun mereka tidak bersalah. Contohnya ialah Moazzam Begg yang selepas dibebaskan mendedahkan kekejaman yang berlaku di dalam penjaraa Gitmo ini. Moazzam Begg boleh diangap bernasib baik kerana masih hidup dan berjaya melepaskan diri. 

Ramai tahanan yang mati ketika sesi soal siasat. Beliau berjaya menyaman kerajaan Britain kerana tidak mempedulikan nasib beliau ketika dalam tahanan sungguhpun beliau seorang rakyat Britain yang sah.







Laporan asal Izismile

No comments:

Post a Comment