Wednesday, March 27, 2013

Semakan Keputusan Rayuan BR1M 2.0 (Cara Semak)

Semakan Rayuan Br1M

Semakan Keputusan Rayuan BR1M 2.0 Secara Online | Seperti yang kita ketahui, masih ramai yang belum mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 2.0 . Namun rakyat boleh membuat rayuan untuk menikmati BRIM 2.0 ini.

Para pemohon BR1M boleh membuat semakan keputusan rayuan BR1M 2.0 (Bantuan Rakyat 1Malaysia) pada bulan April 2013. Para pemohon yang sebelum ini tidak mendapat BR1M 2.0 dan telah mengemukakan rayuan boleh mengetahui keputusan rayuan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 pada minggu pertama bulan April 2013.

Menurut kata menteri Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, surat mengenai keputusan rayuan BR1M 2.0 akan dihantar pada masa tersebut iaitu pada minggu pertama April depan.

Sebanyak 6.1 juta permohonan BR1M yang telah diluluskan pada tahun ini iaitu 4.3 juta keluarga menerima RM500 dan 1.8 juta lagi ialah golongan bujang yang menerima RM250 setiap seorang.

No comments:

Post a Comment