Monday, March 11, 2013

Lelaki Ini Maut Selepas Menyertai Pertandingan Makan Lipas


Lelaki Ini Maut Selepas Menyertai Pertandingan Makan Lipas | MIAMI - Seorang lelaki di Florida dilaporkan mati tercekik selepas memakan puluhan lipas hidup dalam satu pertandingan pada awal tahun ini, menurut laporan autopsi yang didedahkan, kelmarin. Berdasarkan laporan pejabat pemeriksa perubatan Broward, Edward Archbold, 32, meninggal dunia akibat saluran udaranya tersumbat .

Pemeriksa, Craig T Mallak berkata, Arcbold cuba untuk menelan dan bernafas dalam satu masa. “Kita tidak boleh melakukan kedua-dua proses itu secara serentak kerana ia akan menyebabkan asfiksia (sukar bernafas kerana kurang oksigen dalam darah),” jelasnya. - AP

No comments:

Post a Comment