Sunday, March 24, 2013

Kisah Seorang Wanita Peluk Islam Setelah Mengkristiankan Beribu Orang


Kisah Seorang Wanita Peluk Islam Setelah Mengkristiankan Beribu OrangMelissa Lopez Casanova lahir dan dibesarkan dalam sebuah keluarga Kristian Protestan yang sangat taat. Dalam keluarganya ada beberapa pastor, penginjil, pendeta, dan guru. Kedua-dua orang tuanya menginginkan agar Lopez menjadi pemimpin Kristian. Kerana itu, sejak kecil dia dimasukkan di sekolah khas untuk mempelajari Alkitab (Bible). Namun, Allah memberinya hidayah. Dalam perjalanan mempelajari Alkitab, Lopez malah mencari Islam. Dia pun memeluk agama Allah yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.a.w sebagai agama terakhirnya.

"Aku bersyukur dilahirkan dalam keluarga Protestan yang beragama yang memungkinkan ku mempelajari Alkitab. Jika tidak, aku mungkin tidak mampu memahami mesej Islam," ujarnya. Lopez menjadi seorang Muslimah kerana kepercayaan dan keyakinannya terhadap Tuhan. "Itulah yang kemudian membuatku mengakui kesahihan Islam sebagai agama dari Tuhan." Lalu, bagaimana perjalanan spiritualnya dalam mencari Islam?

Meskipun Lopez membesar dalam keluarga yang beragama, di California, Amerika Syarikat, bergaul dengan teman-teman Kristian dari sektor atau denominasi yang bermacam-macam. Dia juga berteman dengan mereka yang beragama Yahudi, juga seorang Saksi Jehovah. "Aku tak pernah menghakimi apa yang mereka yakini dan aku pun tidak mempunyai minat terhadap kumpulan agama mana pun,'' ujarnya. Menurutnya, Kristian nondenominasi seperti dirinya selalu diajarkan bahawa, "Jika kamu percaya Kristus, kamu adalah seorang umat Kristian, dan kita semua sama di mata Tuhan, apa pun denominasi yang membezakan kita."

Seiring perjalanan Lopez dihadapkan pada sebuah kegoyahan akan agama yang dianutinya. "Aku tidak mengetahui berapa lama Alkitab telah diubah dan diubahsuai. Setiap golongan dalam Kristian selalu mendakwa bahawa golongan mereka lah yang benar, sedang yang lain salah." Namun jauh di lubuk hatinya, Lopez selalu meyakini bahawa hanya ada satu Tuhan.

Beliau pertama kali mendengar nama "Allah" dari pengajarnya di sekolah Alkitab. "Orang Cina berdoa pada Buddha, dan orang Arab berdoa pada Allah." Saat itu, dia menyimpulkan bahawa Allah adalah nama sebuah berhala. Kuliah di jurusan perniagaan antarabangsa membuat Lopez merasa perlu menguasai bahasa asing untuk menyokong kariernya di masa depan. Atas saranan rakan kuliahnya, Lopez mempelajari bahasa Arab.

"Temanku beralasan, mana-mana negara yang mempunyai penduduk Muslim menggunakan bahasa Arab kerana itu merupakan bahasa asli Al-Quran," katanya. Saat itu, pada tahun 2006, Lopez mendengar kata "Al-Quran" untuk pertama kalinya. Di kelas bahasa Arab yang diikutinya, Lopez mengenali ramai pelajar Muslim. Mereka umumnya keturunan Timur Tengah yang lahir dan membesar di Amerika Syarikat. Kelas pertama yang diambilnya pada 2006 bertepatan dengan bulan Ramadhan. Lopez teruja dengan amalan puasa yang dilakukan teman-teman Muslimnya. Dia memandangnya sebagai bentuk ketundukan hamba di hadapan Tuhannya. Lopez pun cuba berpuasa, bukan kerana tertarik menjadi Muslim, melainkan semata-mata untuk mengekspresikan diri bulat-bulat sebagai umat Kristian yang taat. "Itu pun kerana puasa juga ada dalam agama Kristian. Isa pernah berpuasa selama 40 hari," katanya. Pada bulan Ramadhan itu, seorang teman Muslim memberinya literatur Islam dan sekeping compact disk (CD) yang ditolaknya. Dia teringat ucapan ibunya, "Semua agama yang salah adalah betul mengikut kitab mereka." Lopez tak tergoda untuk mengenal Islam, agama asing yang salah di matanya.

Musim panas 2008, Lopez bergabung dengan para mubaligh Kristian dan melakukan perjalanan ke Jamaica untuk sebuah misi Kristianisasi. Dia dan pasukannya membantu orang-orang miskin di sana. Dia dan pasukannya berjaya mengkristiankan sekitar 55 ribu orang dalam seminggu. Sepulangnya dari Jamaica, Lopez berdoa memohon petunjuk. Dia ingin melakukan lebih banyak pengabdian kepada Tuhan. "Permintaan itu dijawab-Nya dengan memberikan seorang teman Muslim," katanya. Dia beberapa kali mengajak teman Muslimnya ke gereja dan berfikir bahawa rakannya akan terpengaruh dan menjadi seorang Kristian sepertinya.

Suatu saat, temannya mengatakan bahawa gereja adalah tempat yang bagus, tetapi dia kesal akan kepercayaan jamaahnya yang mempercayai Triniti. "Malangnya, temanku salah menghuraikan pengertian dari Triniti itu. Aku hanya tertawa dan menariknya balik, " kata Lopez. Dia sempat berfikir tentang betapa fatalnya jika dia melakukan perkara yang sama. Memberikan komentar soal agama lain yang tidak difahami dengan baik adalah sesuatu yang dinilainya sebagai ucapan yang kurang berpendidikan.

Dia pun memutuskan mempelajari hal-hal asas tentang Islam. Lopez mula mencari persamaan antara Kristian dan Islam. Itu terjadi ketika dia mengetahui bahawa ternyata Yahudi, Kristian, dan Islam berkongsi kisah dan nabi serta ketiganya boleh diusut asal muasalnya hingga bertemu dalam silsilah sejarah yang sama. "Sebenarnya, lebih banyak persamaan antara Kristian dan Islam berbanding perbezaan antara kedua-duanya," kata Lopez. Suatu hari, dia kagum dengan rakan-rakan Muslimnya yang tidak malu berdoa dan solat di tempat awam, dengan lutut dan kepala di atas lantai. "Sementara itu, aku bahkan kadang-kadang malu untuk sekadar menundukkan kepala sambil memejamkan mata (berdoa) saat hendak makan di tempat-tempat awam."


Perasaan 'aneh' apabila mendengar ayat Al-Quran ... Di lain hari, teman Muslimnya kembali ikut serta pergi ke gereja bersama Lopez. Di tengah perjalanan dengan menggunakan kereta itu, temannya memohon izin memainkan CD Al-Quran di keretanya kerana dia sedang mempersiapkan diri untuk solat. "Agar sopan, aku mengizinkannya. Selanjutnya, aku hanya ikut mendengar dan menyemaknya," kata Lopez. Hal yang tidak diduga pun terjadi. Dia masih ingat bagaimana ayat-ayat Al-Quran yang didengarnya memunculkan sebuah perasaan aneh. Perasaan itu berbaur dengan kebingungan yang tak boleh dijelaskan.

"Aku tidak dapat memahami mengapa diriku boleh mengalami perasaan seperti itu terhadap sesuatu di luar Kristian," katanya. Setelah beberapa lama pergolakan batin itu dirasakannya. Lopez akhirnya memutuskan untuk mengenal jauh tentang Islam. Namun, hingga hari penting itu, dia masih menyimpan perasaan takut. Hingga saat memandu keretanya, dia berdoa, "Tuhan, lebih baik aku mati dan dekat dengan-Mu daripada hidup selama satu hari, namun jauh dari-Mu." Lopez berfikir, mengalami kemalangan kereta ketika menuju Islamic Center San Diego untuk bersyahadah adalah membuktikan pilihan yang salah. Namun, dia tiba di destinasi dengan selamat, dan mengikrarkan keislamannya di hadapan awam.

Jumaat itu, 28 Ogos 2008, beberapa hari menjelang Ramadhan, Lopez memeluk Islam. "Sejak itu, aku adalah seorang Muslim yang bahagia, yang mencintai solat dan puasa. Kedua-duanya mengajarkan kedisiplinan sekaligus ketundukan kepada Tuhan, "katanya.

No comments:

Post a Comment