Wednesday, March 13, 2013

Kisah Seorang Driver Teksi Yang Jujur Pulangkan Wang 3 Juta


Kisah Seorang Driver Teksi Yang Jujur Pulangkan Wang 3 Juta | BANGKOK: Seorang pemandu teksi mengambil keputusan memulangkan empat kotak berisi 3 juta baht ($120,431) kepada kakitangan trak penghantaran wang selepas menjumpainya di tepi jalan raya di ibu kota, awal Isnin lalu. Encik Pongsin Jirakulthawornpat, 45 tahun, berkata beliau menjumpai kotak berkenaan sewaktu melalui Jambatan Rama III sekitar 2 pagi (waktu tempatan).

"Saya dapati kotak-kotak ini amat berat dan bimbang akan menyebabkan kemalangan, jadi saya bawanya pulang ke rumah. "Pada keesokan pagi, saya menyedari bahawa kotak-kotak ini mengandungi wang tunai dan dimiliki syarikat Brink," katanya merujuk kepada syarikat keselamatan dan perlindungan di negara itu. Menurutnya, beliau memutuskan memulangkan wang itu kerana beliau sedar kakitangan yang kehilangan wang dalam jumlah yang besar itu tentunya akan menghadapi masalah.

Sementara itu, seorang daripada kakitangan syarikat, Encik Tossaphorn Rewnak, 35 tahun, mengakui kumpulannya telah kehilangan beg berisi kotak duit berkenaan sewaktu melakukan penghantaran tunai ke ATM Bank Komersial Siam, sekitar 1.45 pagi (waktu tempatan), Isnin lalu. Seorang pengurus Brink berkata syarikatnya akan memberi ganjaran kepada pemandu teksi itu atas kejujurannya. Pihaknya juga belum memutuskan sama ada kehilangan itu berlaku ekoran kesilapan kakitangan atau masalah teknikal pada trak itu. - Agensi.

No comments:

Post a Comment