Tuesday, March 26, 2013

Kisah Percintaan Selebriti Yang Tidak Pernah Disangka-Sangka



Kisah Percintaan Selebrita Yang Tidak Pernah Disangka-Sangka | Percaya tak kalau kami kata Ted Danson (CSI) pernah bercinta dengan Whoopi Goldberg pada tahun 1993? Justin Timberlake pernah memikat Fergie dua tahun sebelum bercinta dengan Britney Spears? Atau pada tahun 2010, 50 Cent pernah menunjukkan hubungan cintanya dengan pengacara lucu, Chelsea Handler? Atau Simon Cowell yang pernah dikatakan mempunyai hubungan lebih daripada seorang rakan dengan Carmen Elektra?

Ya, mereka semua pernah dilaporkan bercinta, selain daripada pasangan-pasangan mengejutkan di bawah


Dennis Rodman & Madonna


Apa persamaan seorang pemain bola keranjang dan seorang bintang seksi ini? Kedua-duanya sukakan fesyen yang aneh dan gila-gila. Desas-desus mengatakan bahawa Madonna yang terkejar-kejarkan Rodman ketika pemain tersebut berada di ambang populariti, malah pernah mengunci biliknya ketika mereka sedang bersama kerana tidak mahu Rodman pergi. Tiada siapa yang tahu bagaimana hubungan itu bermula (sekalipun ia tercetus pada tahun 1994) dan ke mana arahnya. Malah Rodman sendiri pernah menulis dalam autobiografinya, "Saya tak tahu apa yang bintang hebat ini mahukan daripada saya."

Kami juga tertanya-tanya hal yang sama.


Geri Halliwell & Russell Brand


Sekitar Ogos atau September 2012, ketika nama Spice Girls kembali menjadi sebutan selepas persembahan mereka di Sukan Olimpik, Gerri Halliwell (atau pernah dikenali dengan gelaran Ginger Spice) juga turut menjadi perhatian umum, termasuk perhatian seorang pelawak rocker bernama Russell Brand. Ya, pelawak yang sama yang pernah mengahwini Katy Perry dan bercerai tidak lama kemudian, yang muda tiga tahun dari Gerri dan jelas sekali lebih pandai berkomunikasi berbanding penyanyi tersebut.

Ramai yang tertanya-tanya bagaimana mereka boleh bersama tapi belum sempat persoalan itu berjawab, hubungan tersebut pula terlerai di tengah jalan.


Tyra Banks & Will Smith


Ketika mereka mula bercinta, Tyra merupakan model yang sedang meningkat naik sementara Will Smith merupakan bintang hip-hop yang sedang meluaskan sayapnya ke bidang lakonan. Sekiranya mereka terus bersama, mereka boleh menjadi pasangan yang sangat berkuasa, bagaikan "Jay-Z dan Beyonce" lewat abad ke-20.

Namun begitu, hubungan itu tidak kekal lama. Selepas setahun bersama, mereka berpisah pada tahun 1994. Will Smith jatuh cinta kepada seorang pelakon bernama Jada Pinkett, berkahwin dan memiliki beberapa orang anak sementara Tyra terus mara dengan kerjaya peragaannya dan meluaskan sayapnya sebagai ahli perniagaan.


Ashton Kutcher & January Jones


Dia pernah mengahwini Demi Moore, bercinta dengan mendiang Brittany Murphy dan menyimpan perasaan terhadap Mila Kunis, tetapi sebelum semua itu pernah berlaku, Ashton Kutcher juga pernah dikhabarkan bercinta dengan bintang "Mad Men", January Jones yang pada ketika itu masih sedang tercari-cari arahnya.

Dikatakan Kutcher tidak percaya Jones akan menjadi pelakon yang berjaya dan tidak menyokong usaha kekasihnya, menyebabkan mereka berpisah. Mujur mereka berpisah, kerana dengan itu January dapat meneruskan cita-citanya dan menjadi seorang daripada bintang filem dan televisyen terkenal di kala ini.


Brody Jenner & Avril Lavigne


Hairan sekali apabila ada mengaitkan puteri pop rock ini dan bintang realiti yang juga anak kepada bekas bintang olahraga/bintang realiti ini. Namun begitu, setahun selepas dia berpisah dengan suaminya Deryck Whibley dari kumpulan Sum41, Avril tidak membujang lama dan anak kepada Bruce Jenner dan Linda Thompson yang bernama Brody itu yang menjadi penemannya selama dua tahun. Namun begitu, hubungan mereka akhirnya putus pada Januari 2012 dan kini Avril Lavigne telah pun bertunang dengan vokalis Nickelback, Chad Kroeger.

Pengajaran? Avril Lavigne mungkin sukakan anda, tapi jika anda bukan pemuzik, dia tidak akan mengahwini anda.


Robert Downey Jr. & Sarah Jessica Parker


Sebelum Sarah Jessica Parker menjadi terkenal melalui watak Carrie Bradshaw dalam "Sex and the City", dia jatuh cinta dengan Robert Downey Jr. selepas berganding dalam filem "Firstborn". Namun begitu, hubungan mereka terhenti selepas tujuh tahun bersama kerana dia tidak tahan dengan keengganan Robert untuk menghentikan tabiat dadahnya sementara Robert pula berasa jengkel dengan Sarah yang cuba memperbaikinya. Malah jelas Sarah, dia terasa seperti dia yang sedang mengawal dan mengurus hubungan mereka.

Dia mungkin telah memilih 'bad boy' sebagai kekasihnya, tetapi Sarah akhirnya mengahwini Matthew Broderick pada tahun 1997, epitome seorang 'lelaki baik'.


Mila Kunis & Macaulay Culkin


Mila Kunis merupakan seorang bintang yang seksi, dengan matanya yang bundar, bibirnya yang mungil dan darah Eropah Timur (siapa yang tidak jatuh cinta dengan kecantikan wanita Eropah Timur kan?). Jadi agak aneh apabila dia memilih untuk bersama Macaulay Culkin, bekas bintang kanak-kanak yang nampak seperti dia tidak pernah membesar.

Tapi mereka pernah bersama selama sembilan tahun! Itu lebih lama berbanding perkahwinan Macaulay sebelum itu!


Alanis Morissette & Ryan Reynolds


Ryan Reynolds pernah mengahwini Scarlett Johanssen dan kini beristerikan Blake Lively – dua wanita berambut perang yang menjadi rebutan ramai jejaka. Namun begitu, suatu masa dahulu Ryan juga pernah menjadi lelaki yang berpuas hati dengan hubungan dengan seorang wanita yang biasa sahaja, sekalipun dari sudut bakat muziknya, mungkin melebihi kedua-dua wanita yang disebutkan tadi.

Mungkin agak aneh apabila melihat Ryan dengan Alanis Morissette, apatah lagi anda pasti membayangkan Alanis dengan seorang lelaki yang lebih berbakat dalam bidang muzik, tidak menghabiskan masa di gim atau berlakon filem-filem yang boleh dipertikaikan kualitinya.

Mungkin kerana itu selepas lima tahun bersama, mereka memutuskan pertunangan pada tahun 2007, dan pelantun "Head over Feet" ini mengahwini suaminya, Mario Treadway, seorang penyanyi rap.

Hmm... Alanis juga pernah bercinta dengan bintang "Full House" Dave Coulier, jadi mungkin dia yang patut dipersoalkan dalam hal ini.


Sandra Bullock & Ryan Gosling


Sebelum perkahwinannya dengan Jesse James, seorang lelaki yang disahkan 'tak berguna' oleh persatuan feminisme seluruh dunia, bintang kesayangan Amerika ini pernah bercinta dengan seorang lagi bintang kesayangan Amerika, Ryan Gosling.

Mereka bertemu dalam filem "Murder by Numbers" pada tahun 2002, dan memutuskan untuk menjalinkan hubungan sekalipun Sandra tua lebih 16 tahun daripada Ryan. Namun hubungan itu akhirnya putus di tengah jalan, selepas setahun mereka bersama.


Danny Boyle & Rosario Dawson


Bintang "Seven Pounds", Rosario Dawson merupakan seorang aktres jelita manakala pengarah "Slumdog Millionaire" ini merupakan lelaki yang biasa sahaja (jika semuanya perlu diklasifikasikan melalui mutu standard paras rupa). Namun sekalipun perbezaan yang ketara dari usia (jauh usia 23 tahun), kedua-duanya masih bersama sehingga ke hari ini, sejak mereka bertemu Ogos tahun lalu. Tapi pengarah filem mana pula yang tidak memiliki teman yang jelita, kan?

No comments:

Post a Comment