Saturday, March 9, 2013

Kes Pencerobohan Lahad Datu - 2 Lagi Anggota Keselamatan Cedera Di Tembak


Kes Pencerobohan Lahad Datu - 2 Lagi Anggota Keselamatan Cedera Di Tembak | Nampaknya tiada tanda-tanda yang koncu-koncu sultan sulu ni akan meletakkan senjata dan menyerah diri tanpa syarat. Itu semua taktik kotor dan keji dari pengganas sulu!

Dua anggota keselamatan cedera selepas ditembak pengganas Sulu ketika melakukan operasi di Kampung Tanjung Batu di Tanjung Labian di sini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, dalam kejadian antara pukul 8 malam hingga 4 pagi itu, seorang anggota mengalami kecederaan di betis dan seorang lagi cedera di paha.

Jumlah tangkapan setakat hari ini, seramai 85 orang dan semua tangkapan disiasat di bawah Seksyen 130c (1) (a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Security Offences (Special Measures) Act 2012. Dikhabarkan seramai 53 orang pengganas sulu terkorban sepanjang pertempuran ini.

No comments:

Post a Comment