Friday, March 15, 2013

Kah Kah Kah! Sanggup Menyamar Jadi Kerusi Untuk Masuk Sepanyol


Kah Kah Kah! Sanggup Menyamar Jadi Kerusi Untuk Masuk Sepanyol | MADRID: Demi menyelinap masuk ke Sepanyol, seorang warga asing mencuba nasib menyamar menjadi kerusi kereta untuk mengaburi pihak berkuasa.

Tindakan lelaki Guinea itu disedari polis ketika dia memasuki bandar Melilla dari Maghribi melalui sempadan Beni-Enzar. Ketika ditahan, lelaki berusia 20 tahun itu berada di posisi kerusi penumpang kereta Renault 7 sambil ‘memangku’ seorang lelaki lain. Sumber polis berkata, penyeludup mengosongkan isi kerusi berkenaan bagi membolehkan lelaki terbabit masuk ke rangkanya. Selepas dikesan, pihak berkuasa terpaksa membantu lelaki Guinea terbabit keluar dari sarung kerusi berkenaan.

Pegawai polis tempatan menganggap cubaan itu “amat unik dan inovatif.” Dua lelaki Maghribi berusia 21 dan 23 tahun ditahan kerana disyaki bersubahat menyeludup lelaki terbabit. - DM

No comments:

Post a Comment