Sunday, March 24, 2013

INFO : Hukum Melakukan Seks Melalui DUBUR

#Dalam banyak-banyak comment yang aku dapat dari blog nih, aku tertarik dengan comment seorang hamba nih. Harap entry hari ini dapat menjawap soalan awak wahai ANON.

"Aku confius weh sekarang, nak main dari depan ke dari belakang?" 




Imam Syafie berkata dari Khuzaimah bin Thabit,

“Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah S.A.W tentang menggauli isteri dari belakang (dari arah dubur). Rasulullah S.A.W menjawab: “Itu halal”. Apabila orang itu hendak pulang, Rasulullah S.A.W memanggilnya dan bertanya: “Apa yang kau tanyakan tadi? Pada lubang mana antara dua lubang? Pada lubang yang mana? Pada yang mana? Apakah dari belakang (tapi) farajnya? Itu memang halal, ataukah dari belakang duburnya? Maka itu tidak boleh (haram). Sesungguhnya Allah tidak malu terhadap kebenaran, janganlah menggauli wanita dari duburnya.”


Menurut Ibnu Qayyim, larangan berjimak melalui dubur kerana:


1. Tempat terjadinya janin pada rahim dan bukannya dubur, iaitu tempat najis.

2. Isteri tidak dapat haknya menikmati jimak sepenuhnya.

3. Dubur diciptakan oleh Allah bukan untuk disetubuhi.

4. Air mani tidak dapat keluar sepenuhnya.

5. Ia menyakitkan wanita kerana jauh daripada tabiat semula jadi.

6. Mendatangkan fobia kepada pasangan.

7. Merosakkan jiwa kecuali bertaubat.

8. Wajah tidak berseri.

9. Mewarisi kehinaan dan kerendahan diri.

10. Menimbulkan kebencian.

No comments:

Post a Comment