Monday, March 25, 2013

Fuh Terkejut! Isteri Rupanya-Rupanya Seorang Lelaki


Fuh Terkejut! Isteri Rupanya-Rupanya Seorang Lelaki | ANTWERP: Seorang lelaki Belgium kecewa selepas menyedari bahawa isteri yang dikahwininya selama 19 tahun pada asalnya dilahirkan sebagai seorang lelaki.

Lelaki dari Antwerp yang dikenali sebagai Jan itu berkata beliau berasakan seluruh dunianya hancur selepas mendapat tahu perkara sebenar mengenai ‘isterinya’ yang dikenali sebagai Monica. Jan, 43 berkata beliau bertemu Monica apabila beliau yang berasal dari Indonesia tiba di Belgium untuk menjadi pengasuh kepada anak adik suaminya dan Jan menyifatkan bahawa ‘isterinya’ itu sebagai amat cantik dan bersifat kewanitaan, lapor Daily Mail. 

Beliau kini mula memahami mengapa isterinya itu tidak bagus apabila melakukan kerja rumah termasuk menggosok pakaian. “Saya menyangkakan dia seorang wanita yang menarik dan saya adalah wanita sejati kerana dia langsung memperlihatkan ciri lelaki seorang lelaki,” katanya kepada akhbar Belgium, Nieuwsblad. “Saya tidak mengesyaki apa-apa sehingga seorang sepupunya datang melawat dan semuanya terbongkar. 
“Saya katakan ini kepada anak lelaki saya dan beliau berkata pernah mendengar khabar angin bahawa Monica dulunya adalah seorang lelaki.” “Satu petang saya bersemuka dengannya dan beliau akhirnya mengaku bahawa dia dilahirkan sebagai seorang lelaki dan melakukan pembedahan menukar jantina.” 

“Dunia saya gelap beberapa saat. Saya rasa tertipu selama hampir 20 tahun,” katanya yang ternyata begitu kecewa. – Agensi

No comments:

Post a Comment