Thursday, March 21, 2013

Fuh Kaya!! Video Hujan Duit Ditengah Jalan Raya


Fuh Kaya!! Video Hujan Duit Ditengah Jalan Raya | Polis Belanda bertungkus-lumus selama lebih satu jam untuk mengosongkan lalu lintas di lebuh raya utama selepas van yang membawa wang tunai terjatuhkan wang, menghujani jalan raya dengan wang kertas 10 - 20 - dan 50 euro.

Durian runtuh yang tidak dijangka, menyebabkan penunggang-penunggang motosikal menekan brek, berlaku pada kira-kira 10:15 am (0815 GMT) di laluan A2 berhampiran bandar Elsloo di wilayah selatan Limburg, Netherlands.

"Pintu belakang van yang membawa wang tunai itu dibuka dan peti wang jatuh di atas jalan raya lalu kereta lain kemudian melalui atasnya, memandikan jalan raya dengan bil 10 - 20 - dan 50 euro," kata jurucakap polis Bert van Klaweren.

Van Klaweren berkata polis akhirnya mengepung jalan untuk membantu operasi-bersih, sambil menambah ia mengambil masa lebih daripada satu jam untuk memulihkan aliran lalu lintas normal.

Sesetengah orang kemudian membawa balik wang, manakala yang lain hilang dengannya, Van Klaweren berkata. Jumlah wang yang hilang tidak didedahkan.

No comments:

Post a Comment