Saturday, March 16, 2013

Fuh Gila! Lelaki Ini Suka Makan Haiwan Yang Mati Dilanggar


Fuh Gila! Lelaki Ini Suka Makan Haiwan Yang Mati Dilanggar | BOURNEMOUTH, England - Sekumpulan pelajar Universiti Bournemouth di sini mempunyai satu cara pelik untuk mendapatkan makanan secara percuma ekoran harga makanan yang tinggi dan masalah kewangan, lapor sebuah akhbar semalam.

Pelajar-pelajar itu mencari bangkai arnab, burung kuang bayas dan jika bertuah akan mendapat rusa yang baru dilanggar oleh kereta di sebuah sebuah jalan raya.

Seorang kakitangan universiti itu yang sudah bertugas hampir sepuluh tahun berkata: "Kumpulan itu akan mencari pelbagai jenis haiwan di tepi jalan.

"Mereka sebelum ini menggunakan haiwan itu untuk sesi pengajaran bagi menunjukkan sejarah perkembangan kaedah penyembelihan haiwan.

"Namun, selepas kelas itu, kami mendapat banyak timbunan daging (selepas belajar menyembelihnya). Justeru, kami kemudian memanggang daging itu."

Para pelajar di universiti itu menyatakan pengajaran dalam kelas itu menyebabkan mereka mencari lebih banyak haiwan yang mati mengikut masa kelapangan masing-masing.

Seorang pelajar arkeologi forensik berumur 23 tahun berkata: "Selepas menggunyah beberapa kali, saya terlupa saya memakan daging haiwan yang kepalanya dilanggar sebuah kereta."

Bagaimanapun, seorang pegawai kesihatan Majlis Daerah New Forest berkata, seseorang yang makan haiwan yang dilanggar kereta perlu berjaga-jaga dengan tahap kesihatan haiwan berkenaan yang mungkin membawa penyakit. - Agensi

No comments:

Post a Comment