Monday, March 18, 2013

Fuh Awesome! Inilah Gmbar Paling Tua DI Dunia. Apa Yang Menariknya?


Fuh Awesome! Inilah Gmbar Paling Tua Di Dunia | Sebanyak 50 lukisan yang terdapat di dalam 11 buah gua di Sepanyol dipercayai sebagai lukisan yang paling tua pernah ditemui di Eropah.

Hasil ujian terhadap lukisan itu menunjukkan ia dihasilkan manusia primitif Neanderthal lebih 40,000 tahun dahulu.

Sebelum ini, tiada bukti menunjukkan bahawa manusia Neanderthal telah menghasilkan lukisan di dinding gua.

  • Menghadapi masalah buat bisnes online tak pernah menjadi? PERCUMA cara penyelesaiannya di http://goo.gl/471o6

"Justeru, adalah satu kejutan jika Neanderthal merupakan pelukis gua pertama di Eropah," kata penulis bersama penemuan tersebut dalam jurnal Science, Joao Zilhao yang merupakan seorang profesor penyelidikan daripada Universiti Barcelona, Sepanyol.

Antara lukisan yang ditemui itu ialah bentuk tapak tangan di dalam gua El Castillo.

Lukisan kuda dan ikan turut ditemui di dalam gua tersebut.

Manusia primitif Neanderthal hidup sebelum kewujudan manusia moden di Eropah dan Asia Tengah. - Agensi

No comments:

Post a Comment