Saturday, March 23, 2013

Fuh Ajaib! Sotong Boleh Melompat Lebih 30 KM Ditemui


Fuh Ajaib! Sotong Boleh Melompat Lebih 30 KM DitemuiTOKYO - Satu spesies sotong laut boleh terbang lebih 30 meter (m) melalui permukaan air dengan kelajuan lebih pantas daripada pelari pecut, Usain Bolt (gambar kecil) jika ia mahu mengelak ditangkap haiwan lain, kata seorang penyelidik Jepun semalam.

Menurut seorang penyelidik dari Universiti Hokkaido, Jun Yamamoto, sotong spesies Neon itu boleh bergerak keluar dari permukaan laut dengan menggunakan tembakan air pada tekanan tinggi.

Ia boleh bergerak pada kelajuan sehingga 11.2m setiap saat. Bolt dari Jamaica memenangi pingat emas acara 100m pada Sukan Olimpik London pada tahun lalu dengan kelajuan purata 10.31m untuk satu saat. - AFP

No comments:

Post a Comment