Sunday, March 10, 2013

Final Badminton All England 2013 (Live Streaming Dan Keputusan)

all england 2013 final, all england 2013 final

Final Badminton All England 2013 (Live Streaming Dan Keputusan) | Seperti yang kita ketahui, pertandingan Badminton All England 2013 sudah sampai ke kemuncaknya apabila malam ini akan berlangsungnya perlawanan akhir bagi semua kategori pertandingan.

Seperti biasa, negara China mendominasi pertandingan Final All England ini apabila 5 dari 10 yang bakal berentap di final All England ini adalah dari negara China. Malaysia yang mempertaruhkan beberapa tonggak untuk membawa saingan All England ke peringkat akhir namun tidak tercapai apabila hanya Datuk Lee Chong Wei seorang sahaja wakil dari Malaysia yang layak mara ke pertandingan akhir ini.

Datuk Lee Chong Wei iaitu pilihan pertama pertandingan dan seperti yang kita ketahui beliau juga penyandang ranking pertama badminton dunia akan berentap wakil dari negara China iaitu Chen Long pemain nombor 2 dunia.

all england 2013 final, all england 2013 final

Sekiranya memenangi pertandingan akhir ini, Datuk Lee Chong Wei bakal membawa piala All England ini buat kali ke-3 selepas memenanginya pada tahun 2010 dan 2011 yang lalu.

Pada perlawanan separuh akhir semalam, Chong Wei hanya memerlukan 33 minit untuk menundukkan lawan tidak ternama itu meskipun Tanongsak cuba untuk memberikan saingan pada set pertama.

Bagaimanapun, pada set kedua, Tanongsak akhirnya terpaksa akur dengan ketangkasan Chong Wei yang tidak memberikan ruang untuk pemain Thailand itu menambah mata hingga tamat perlawanan. Kata Chong Wei kemenangan tersebut menaikan semangatnya untuk mendapatkan gelaran pada All England kali ini.

Kami cuba menyediakan link live streaming, namun ianya bergantung kepada pemilik stream tersebut kerana channel dikawal oleh beliau. Kalau dia tengok Final Badminton malam ni merasa la kita join tengok sama live streaming. Siaran Langsung akan di tayangkan di saluran Astro Supersport 811 pada jam 8:00 malam waktu tempatan.

Keputusan penuh. Datuk Lee Chong Wei tewas straight set 17-21, 18-21

No comments:

Post a Comment