Wednesday, March 6, 2013

Allahu Akhbar! Wanita Ini Lahir Tanpa Mata Dan Hidung


Allahu Akhbar! Wanita Ini Lahir Tanpa Mata Dan Hidung | Kecacatan fizikal tidak dapat menghalang cita-cita Seorang remaja di New York, yang berjaya menjadi seorang penyampai radio walaupun dirinya lahir dengan cacat fizikal, iaitu tidak mempunyai mata dan hidung.

Cassidy Hooper kini berusia 16 tahun dan berjaya menjadikan cita-citanya sebagai penyampai radio dalam keadaan fizikalnya yang serba terbatas. Sejak usia 11 tahun, Cassidy telah menjalani beberapa siri prosedur pembinaan semula wajah di Levine Children 's Hospital di Charlotte.

Kini Cassidy masih perlu menjalani 3 pembedahan terakhir yang akan dilakukan selama 2 hingga 3 minggu, di mana doktor meregangkan kulit di atas tulang pipi dan melakukan cangkok tulang rawan dari bahagian tubuh yang lain.


Cassidy sangat gembira menjalani pembedahan tersebut kerana dirinya akan mempunyai hidung yang nyata dan mampu berbafas dan mencium bau dari hidung barunya. Selama ini dirinya bernafas melalui bantuan alat yang disambungkan ke mulut.

Doktor tidak tahu mengapa Cassidy lahir tanpa mata dan hidung, pekara ini merupakan kecacatan lahir yang jarang yang mungkin berlaku dalam 2 minggu pertama kehamilan.

"Jantung dan otak Cassidy normal sejak lahir, hanya wajahnya yang tidak mempunyai mata dan hidung" ungkap Susan Hooper (42), ibu dari Cassidy yang bekerja sebagai guru TK, seperti ditulis ABC News, Rabu (6/3/2013).

Dr. David Matthews, doktor bedah rekonstruktif yang menangani kes Cassidy menyatakan bahawa pembedahan perlu dilakukan ketika Cassidy telah berhenti tumbesaran. Prosedur tersebut dilakukan dengan meregangkan kulit di atas mulut, melebarkan wajah dan kemudian membuat celah pada tulang untuk saluran nafas.

Setelah pembedahan hidung Cassidy lengkap, Dr. David akan melakukan pembedahan mata prostetik. pembedahan pembentukan hidung tidak semudah yang dibayangkan, kerana tidak semudah menarik kulit wajah dan membentuknya agar kelihatan seperti hidung.

"Bahagian dalam hidung harus dibentuk dari rangkaian perisian dan selaput lendir agar hidung dapat berfungsi sebagai indra penciuman," terang Dr. Sherard A. Tatum III, ahli bedah dan pembinaan semula wajah di Upstate Golisano Children 's Hospital di Syracuse, New York.

Jadi doktor mengambil langkah demi langkah pendekatan seperti meletakkan membran yang menggunakan kombinasi tulang dan tulang rawan dari tengkorak atau bahagian lain dari tubuh dan menutupinya dengan kulit.

Meskipun dilahirkan dengan keadaan fizikal yang tidak sempurna, pekara tersebut tidak membuat Cassidy membatalkan cita-citanya sebagai seorang wartawan. Casdidy berjaya lulus kuliah jalur khusus di bidang kewartawanan kursus penyiaran, dengan keadaannya yang serba terhad tersebut.

"Baru-baru ini, seorang penyampai radio tempatan menawarkan kepada saya untuk melakukan siaran selama satu jam. Kesempatan itu saya ambil dan hari itu adalah hari pertama saya bekerja sebagai penyampai radio," kata Cassidy penuh dengan rasa haru, kerana dirinya berjaya mewujudkan cita -cita walaupun keadaan fizikalnya tidak sempurna.

No comments:

Post a Comment