Friday, April 5, 2013

Negeri Sembilan Vs Terengganu 6 April 2013 Suku Akhir Piala FA


Negeri Sembilan Vs Terengganu 6 April 2013 Suku Akhir Piala FA  | Pada malam ini akan berlangsung satu lagi perlawanan Suku Akhir Pertama Piala FA melibatkan pasukan Negeri Sembilan dan Terengganu.

Terengganu yang bertandang ke tempat lawan iaitu di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi Negeri Sembilan pastinya membawa semangat yang berkobar-kobar untuk berhadapan dengan pasukan tuan rumah. Perlawanan akan berlangsung pada jam 8.45 Malam dan tiada siaran langsung yang akan disiarkan.

Mengikut statistik 5 perlawanan terakhir, Terengganu sudah semestinya mempunyai harapan cerah untuk menang kerana mereka telah memenagi 4 perlawanan daripada 5 manakala pasukan Negeri Sembilan pula hanya memenangi 1 perlawanan daripada 5 perlawanan terakhir.

Walau bagaimana pun, itu bukanlah kayu ukur sebenar untuk kedua-dua pasukan, namun starategi dan juga semangat kesukanan dan semangat berpasukan bakal menentukan menang kalah sesebuah pasukan itu. Pasukan Negeri sembilan yang bermain di tempat sendiri sudah semestinya tidak mahu menghampakan peminatnya di gelanggang keramat mereka.

Semoga kedua-dua pasukan menunjukkan persembahan yang menarik pada perlawanan malam ini dan para penyokong juga menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi semasa perlawanan diadakan.

GAMBAR: Nafi Berkhalwat Tetapi Zip Terbuka, Pakaian Dalam Berselerak Di Lantai Kereta!


GAMBAR: Nafi Berkhalwat Tetapi Zin Terbuka, Pakaian Dalam Berselerak Dalam Kereta!

KULIM – Sepasang kekasih berusia 40 dan 50-an ditahan ketika leka memadu asmara di dalam kereta di pekarangan bangunan tinggal di Kilang Sagu dekat sini, kira-kira jam 3.15 pagi kelmarin.
Sebelum itu, pasangan berkenaan yang menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri bagaimanapun berjaya ditahan setelah kereta dinaiki mereka memasuki jalan mati.
Ketika siasatan dijalankan, pemandu kereta yang merupakan seorang wanita memaklumkan dia sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak manakala kekasihnya juga sudah beristeri dan mempunyai lima anak.
Semasa ditahan, kedua-dua pasangan kekasih itu menafikan perbuatan mereka sehinggalah polis mendapati zip seluar lelaki serta butang seluarnya terbuka manakala beberapa helai pakaian dalam wanita ditemui di atas lantai bahagian pemandu.
Wanita berkenaan memaklumkan dia terpaksa mencari hiburan di luar kerana suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori enggan melayani nafsunya kerana beralasan dia sudah berusia.
Bagaimanapun setelah berkenalan dengan kekasihnya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, mereka sering berdua-duaan di sekitar kawasan gelap terutama di belakang bangunan tinggal untuk berjumpa dan melakukan hubungan seks kerana tidak mampu menyewa bilik di hotel atau rumah tumpangan.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya tidak menjadikan kawasan bangunan tinggal dan lokasi tersorok untuk mereka melakukan aktiviti tidak sihat kerana ia boleh mengundang kepada kejadian jenayah seperti samun dan sebagainya.
“Dari pemeriksaan dijalankan, polis mendapati pasangan lelaki mempunyai rekod jenayah lampau dan pernah disiasat di bawah seksyen 324 Kanun Keseksaan pada 1982,” katanya. – SINAR HARIAN

B66: Pakaian Dalam Beri Kejutan Elektrik Pada Perogol


INDIA – Sekumpulan pelajar kejuruteraan di India berjaya mencipta pakaian dalam yang mampu memberikan kejutan elektrik kepada perogol.
Selain kejutan elektrik berkapasiti 3,800 kilovolt, ia juga akan memaklumkan kepada pihak berkuasa dan keluarga mangsa mengenai kedudukan lokasi jenayah tersebut.
Menurut salah seorang perekanya, Manisha Mohan, alat pengimbas pada pakaian dalam berkenaan akan bertindak balas secara automatik jika mangsa dicabul.
“ Suspek yang cuba mencabul seseorang wanita itu akan terkena renjatan elektrik sebaik saja mangsa mengaktifkan sensor di pakaian dalamnya, dan sistem GPS serta GSM akan menghantar SMS kepada pusat bantuan kecemasan termasuk pada keluarganya,” kata Manisha.
article-antirape2-0403
Alat pengimbas itu katanya dipasang di bahagian tertentu terutama di bahagian badan yang dianggap sebagai tempat tumpuan penyerang, berdasarkan kajian yang dijalankan sebelum ini.
“Ketika belajar di sekolah, kita sentiasa diajar supaya berbuat baik dengan semua orang dan sentiasa senyum.
“Namun selepas melangkah ke dunia sebenar, ternyata senyuman kita tidak mampu menghalang ancaman sebegini rupa.
“Memandangkan penggubal undang-undang mengambil masa yang lama untuk melaksanakan hukuman keras, maka kami telah mencipta pakaian dalam yang dapat melindungi kaum wanita daripada serangan seksual,’’ katanya.
Iklan Teks: 

Wow : Kalau Stress Tengok Gambar Ini

Ini adalah koleksi gambar-gambar lucu untuk mengisi waktu senggang anda. Sekiranya anda sedang stress, inilah pengubatnya..














Tips Untuk Mengurangkan Sembelit Anak Dan Bayi


Tips Untuk Mengurangkan Sembelit Anak Dan Bayi | Seorang bayi akan sembelit jika dia tidak mendapat cecair yang secukupnya. Jika masalah ini berlarutan, anda mesti membawanya untuk pemeriksaan; mulanya, doktor akan memastikan bahawa bayi tidak menghidapi penyakit atau sembelit itu akibat fisur dubur.

1) Galakkan anak untuk lebih bergerak. Jika anak sudah pandai merangkak, biarkan anak merangkak dengan kerap. Jika anak anda masih belum merangkak, cuba urut bahagian kaki anak. Bila anak berbaring, gerakkan kaki anak dalam gerakan membulat seperti mengayuh basikal.

2) Urut perut bayi. Gunakan jari anda dengan lembut cuba urut perut bayi lebih kurang 3 cm dibawah pusat bayi. Tekan dengan lembut dan perlahan selama lebih kurang 3 minit.

3) Jika bayi anda minum susu formula, tanya doktor jika bayi perlu menukar susu formula. Sesetengah bayi kurang sembelit dengan susu formula berasaskan soya

4) Tukar Cereal beras kepada cereal berasaskan barli atau oat, atau tambah puri buah atau sayur. Kurangkan makanan yang menyebabkan sembelit seperti beras, pisang, dan lobak merah. Cuba campurkan menu bayi dengan jus epal atau jus prun.

5) Tambah air dalam pemakanan harian bayi untuk mengekalkan najis yang lembut.

6) Berjumpa dengan doktor jika masalah berterusan.

Wow : Awek Gemuk Kepada AWEK CUN ~ Terbaik

Percayalah awek-awek gemuk sekalian, di bawah lapisan lemak itu terdapatnya awek-awek comel sekalian yang hanya tunggu masa untuk muncul. 

B66 : Skype VS Rupa Gadis Sama Dalam Realiti

#fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap

B66 :Filem Lucah Melayu ?

Pada 29 Mac lalu, pihak Grand Brilliance telah memuat naik sebuah video yang menunjukkan aksi ‘mesra’ pelakon utama filem terbaru mereka yang berjudul “Sembunyi : Amukan Azazil,” di mana secara umumnya video berdurasi 1:07 itu telah di potong dan tidak ditayangkan kepada tontonan umum di pawagam.

Namun begitu, sejak video ini di muat naik di laman YouTube, ramai pihak telah megkritik adegan yang ditojolkan oleh Diana Danielle dan Remy Ishak, sehingga ada individu yang mendakwa adegan ini sengaja dipertontonkan untuk meraih perhatian penonton.
Video --->> http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=HGxtpnFDXGU

B66 : Ular Tersangkut Pada Sayap Kapal Terbang ~


Penumpang pesawat Qantas yang menuju ke Papua New Guinea terkejut apabila mereka melihat seekor ular sawa sepanjang 12 kaki tersangkut pada sayap pesawat yang mereka naiki pada ketinggian 30,000 kaki.

Pesawat itu telah terbang selama 20 minit dari Cairns,Australia menuju ke Papua New Guinea apabila seorang penumpang wanita menjerit apabila melihat ular tersebut. Para penumpang hanya dapat melihat dan berharap agar ular tersebut tidak mneyebabkan kerosakan pada sayap pesawat tersebut.

Walaupun terbang pada 30,000 kaki, angin sekuat 300mph dengan suhu jatuh sehingga -12C°, ular tersebut tetap hidup setelah mendarat.






Fuh Menarik! Inilah Ikan Tertua Di Dunia


Fuh Menarik! Ikan Tertua Di Dunia | Gambar diatas merupakan senarai ikan-ikan yang tertua di dunia. Arowana pun merupakan ikan yang tertua dan sudah wujud di zaman Jurassic. Patutlah ikan tersebut mahal.

Antara ikan-ika tersebut yang kita jarang dan tidak pernah jumpa kan.

1. Hag Fish. Ikan yang ditemui di perairan yang dalam ini telah wujud sejak 300 juta tahun. Merupakan haiwan yang aneh dengan memiliki tengkorak tetapi tanpa tulang belakang. Memiliki 2 otak dan hampir buta.

2. Lancet FishIkan yang sudah wujud di zaman prasejarah ini mempunyai gigi yang nampak keluar dan tajam serta sirip pada punggungnya. Ditemui di kebanyakan lautan dan boleh membesar hingga 2 meter.

3. ArowanaIkan ini sudah wujud di zaman Jurassic dan boleh melompat sehingga 2 meter untuk menangkap serangga. Sekarang dipelihara sebagai ikan hiasan.

Fuh Pelik! Badan Anjing Bersinar Dan Bercahaya Didalam Gelap


Fuh Pelik! Badan Anjing Bersinar Didalam Gelap | Anjing bernama Tegon punya kemampuan bersinar dalam gelap. Tegon adalah anjing klon yang dihasilkan saintis Korea Selatan untuk kajian penyakit manusia, seperti alzheimer dan parkinson.

"Tegon boleh bersinar di bawah sinar ultraviolet jika diberi antibiotik doxycycline," ungkap Lee byeong-chun, ketua pasukan penyelidik dari Seoul National University (SNU).

Tegon yang lahir pada 2009 memang bukan anjing hasil pengklonan pertama yang dihasilkan SNU. Pada 2005 ada Snuppy, yang lahir dari uji coba 2.000 sel telur yang kemudian tumbuh menjadi 1.000 embrio. Dari jumlah itu, hanya satu ekor Snuppy yang dihasilkan.



Proses yang sama kemudian dilaksanakan untuk membuat Tegon, seekor anjing betina jenis beagle (anjing pemburu kecil). Bezanya, Tegon adalah anjing hasil pengklonan pertama yang boleh bersinar dalam gelap dengan sinar berwarna hijau. Uniknya lagi, sinarnya boleh dihidupmatikan jika Tegon diberi antibiotik tertentu melalui makanannya.

Kemampuan menghidupkan dan mematikan gen warna ini penting ertinya dalam kajian. Saintis boleh memantau kesan suatu zat yang ditambah pada gen tersebut. Sebagai contoh, gen beta-amyloid diketahui sebagai penyebab kerosakan fungsi saraf dalam penyakit alzheimer. Dengan menghidupkan gen tersebut lalu memantau fungsi saraf selepas itu, dapat menghasilkan petunjuk tentang perkembangan alzheimer.

"Pembuatan Tegon membuka wawasan baru mengingat suntikan gen yang boleh membuat anjing ini bersinar boleh digantikan dengan gen-gen penyebab penyakit-penyakit fatal pada manusia," kata byeong-chun. Kajian ini sengaja menggunakan anjing sebagai haiwan percubaan kerana terdapat sekitar 268 penyakit yang sama-sama boleh dihidapi oleh manusia dan anjing.

Hasil kajian ini diterbitkan di jurnal antarabangsa Genesis. Saintis menghabiskan masa selama lima tahun dan kos penyelidikan sebanyak 3.2 bilion won untuk membuat anjing dan melakukan pelbagai uji cuba yang diperlukan untuk keperluan pengesahan.

Fuh Kejam! Suami Isteri Ini Bunuh Anak Perempuan Sendiri Hanya Kerana Memandang Lelaki


Fuh Kejam! Suami Isteri Ini Bunuh Anak Perempuan Sendiri Hanya Kerana Memandang Lelaki | Hanya kerana marahkan anak gadisnya memandang dua budak lelaki, sepasang suami isteri di sebuah perkampungan di Kotli, India telah bertindak kejam dengan mencurahkan asid ke muka remaja berkenaan sebelum membiarkannya mati.

Anosh Zafar, 16, diserang oleh bapanya, Mohammed Zafar selepas mendakwa perbuatan anak mereka itu telah mencemar kehormatan mereka.

Perbuatan kejam itu telah dilaporkan kepada polis oleh anak perempuan sulong pasangan itu selepas dia berasa curiga kerana tidak dibenarkan menatap wajah adik perempuannya untuk kali terakhir sebelum dikebumikan.

Susulan laporan berkenaan, satu bedah siasat telah dijalankan ke atas mayat mangsa, dan doktor mendapati lebih 35 peratus daripada muka mangsa melecur akibat dicurah asid.

Menurut doktor, harapan mangsa untuk hidup adalah tipis dengan kecederaan parah tersebut.

Dalam pada itu, seorang anggota polis, Raja Tahir Ayub berkata, pasangan suami isteri itu mengaku melakukan kesalahan berkenaan selepas mereka ditangkap.

Raja Tahir memberitahu, lelaki berkenaan menjadi marah selepas melihat anak gadisnya itu memandang dua budak lelaki yang sedang menaiki motosikal.

“Berang yang perbuatan anak perempuannya itu, dia telah menarik mangsa ke dalam rumah sebelum memukul dan mencurahkan asid ke muka budak itu, dengan bantuan isterinya.

“ Pasangan berkenaan tidak membawa anak mereka ke hospital dan dia akhirnya meninggal dunia keesokan harinya,’’ katanya.

Jika sabit kesalahan, kedua-dua pasangan itu boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

Pembunuhan bagi memelihara maruah keluarga ini sering berlaku di Pakistan terutama melibatkan perkahwinan yang tidak dipersetujui oleh keluarga.

Badan pemantau hak asasi manusia di Pakistan melaporkan pada tahun lalu sahaja, seramai 943 wanita telah dibunuh dengan sembilan mangsa telah dipotong hidung, 98 lagi didera, 47 dibakar manakala 38 orang diserang dengan asid.

Kisah Benar 20 Tahun Merana Diganggu Dan Dirogol Oleh Jin


Kisah Benar 20 Tahun Merana Diganggu Dan Dirogol Oleh Jin | Mukhadimah ; Gangguan jin saka adalah perkara yang boleh dikatakan kerap juga berlaku dalam sesetengah keluarga masyarakat Melayu. Ia adalah keadaan bila mana seseorang itu dihuni tubuhnya atau didampingi oleh jin (berbagai jenis) sama ada dia sendiri mahukan perkara itu atau dia terperangkap (oleh perbuatan oranglain), atau atas faktor keturunan. 

Seorang guru wanita yang telah berkahwin lebih 3 tahun (tapi belum dapat anak) kini sedang diganggu saka dan masih dalam peringkat berubat. Punca saka itu adalah dari bapa mertuanya (kini sudah meninggal). 

Khabarnya semua adik-beradik suaminya juga diganggu oleh saka tersebut. Gangguan itu agak menyukarkan juga. Petik suiz lampu tidak menyala, terdengar bunyi seakan anak kucing mengiau, bunyi seperti orang main guli, bunyi kerusi ditarik, bunyi mencakar-cakar, termasuklah rumah berdentum dan bergegar.

Hal itu menyeramkan bulu roma hinggakan guru wanita itu tidak berani balik ke rumahnya sekembali dari kerja. Dia duduk di masjid sementara menunggu suaminya pula pulang dari kerja (suaminya kerja hingga jam 10 malam). 

Di waktu malam pula, walaupun suaminya ada di sisinya, dia tetap diganggu dengan berbagai bunyi hingga sukar untuk tidur. ***** Saya dan adik beradik selalu terlihat lembaga hitam yang besar seakan manusia setinggi kira-kira dua meter sehingga mencecah siling'

"SAYA menerima qada dan qadar ini serta reda atas setiap ujian Allah SWT tetapi kadang-kadang saya terfikir mengapa seseorang itu sanggup 'mengorbankan' keluarga sendiri demi mewarisi adat nenek moyang yang jelas bertentangan dengan Islam."

Begitulah luahan seorang wanita selepas membaca rencana mengenai angkara Saka yang disiarkan dalam Dimensi, tiga minggu lalu. Wanita yang hanya mahu menggelar dirinya Alia, menghantar emel untuk berkongsi pengalamannya lebih 20 tahun dihantui Saka yang diwariskan datuk kepada ayahnya. Berikutan itu, Alia menetap di luar negara untuk mengelak pelbagai gangguan mistik dan menyeramkan angkara saka itu. Ikuti luahannya:

Datuk meninggal dunia ketika saya masih kecil, baru darjah dua. Sebelum meninggal, datuk sebelah ayah lumpuh selama setahun.

Sejak kematian datuk, selalu ada kesan lebam di badan saya terutama paha ke bawah tetapi ibu anggap ia perkara biasa kerana kanak-kanak sering bermain, kerap jatuh dan terlanggar.

Ketika saya di sekolah rendah, ayah bekerja di negeri lain menyebabkan kami tinggal berasingan. Ketika ketiadaan ayah, saya dan adik beradik lain selalu terlihat kelibat lembaga hitam yang amat besar dan berbentuk seakan manusia di rumah kami. Lembaga hitam itu setinggi kira-kira dua meter sehingga mencecah siling.

Saya selalu demam terkejut melihat lembaga berkenaan. Saya beritahu ibu tapi ibu kata itu hanyalah khayalan kanak-kanak.

Disebabkan ayah bekerja di negeri lain, dua minggu sekali barulah dia pulang melihat kami. Dua atau tiga hari sebelum ayah pulang, saya dan ibu pasti terdengar suara ayah memanggil tetapi apabila berlari ke pintu dan membukanya, saya hanya terlihat kelibat lembaga hitam.

Ibu selalu mengadu sakit pinggang dan bisa di kaki. Badannya terasa seperti dicucuk jarum halus apabila ayah pulang. Dalam rumah pula, selalu muncul serangga seperti belalang bersaiz empat hingga lapan sentimeter panjang, berwarna hijau keperang-perangan dan merah malah serangga itu berbunyi sungguh kuat dan berdesing.

Ketika kami berpindah tinggal bersama ayah apabila saya di sekolah menengah, keadaan menjadi bertambah teruk. Saya selalu lewat bangun ke sekolah kerana setiap malam, badan terasa dihimpit lembaga hitam yang besar.

Apabila bangun tidur, lebam sebesar syiling 50 sen atau lebih besar kelihatan di kaki dengan kesan gigitan. Pinggang terasa seperti paku mencucuk. Sebelum datang haid, saya ada lebam di paha dan kitaran haid juga tidak normal malah kadang-kadang tiada langsung.

Sebelum muncul lebam, serangga seperti belalang muncul dalam rumah bersama bau bangkai yang amat busuk selain bau darah hanyir. Perkara ini kerap berlaku pada malam Jumaat dan badan saya akan berasa panas. Saya sering mengadu kepada ayah sebaliknya dimarahi dan memberi pelbagai alasan.

Disebabkan terlalu kerap menghidap penyakit itu, saya, ibu dan adik-beradik lain mengambil ujian darah kerana khuatir menghidap leukimia. Ujian darah bagaimanapun mengesahkan kami sihat.

Disebabkan keadaan kami semakin mudarat dan pemeriksaan kesihatan moden gagal mengesan sebarang penyakit, kami cuba berubat tradisional dan ramai pengamal perubatan mengatakan kami terkena sihir.

Ada antara mereka menyuruh kami mandi air garam, air daun, air tujuh masjid, tujuh kolah, tujuh perigi, air zamzam, meletak jala dalam rumah dan pelbagai kaedah lain tetapi lebam, bisa badan dan sakit pinggang tidak berkesudahan malah semakin teruk.

Perangai ayah juga berubah sejak kami tinggal bersamanya. Setiap malam Jumaat, dia bergegas ke rumah nenek tapi sebelum itu akan mengamuk dan naik berang tanpa sebab hingga kami ketakutan.

Kami terus berubat tradisional dan daripada seorang pengamal perubatan, kami diberitahu masalah ibu dan saya berpunca daripada 'belaan' keluarga suami. Dia menyatakan lebam itu akibat jin belaan memakan darah sebagai perjanjian menjaga harta benda dan anak cucu yang dibuat lama dulu oleh keturunan ayah.

Beliau menyuruh ibu membawa ayah berjumpa dengannya jika hendak berubat. Pengamal perubatan menjelaskan sendiri kepada ayah tapi sebaik mendengar penjelasan itu, ayah benar-benar marah dan tidak percaya. Dia menuduh keluarga ibu terbabit.

Kali ketiga kami datang untuk berubat, pengamal perubatan itu tidak lagi mahu menerima kedatangan kami kerana keluarganya kacau bilau dan isteri pengamal perubatan itu dirasuk lembaga hitam dan berbulu. Yang peliknya, sesiapa saja termasuk pengamal perubatan yang hendak menolong saya dan ibu pasti dilanda musibah pelik-pelik.

Sejak itu, saya dan ibu sakit bertambah teruk - selalu demam, tidur malam terasa dihimpit dan bermimpi dirogol lembaga hitam besar.

Sehinggalah kami bertemu seorang ustaz untuk berubat. Selepas diperiksa, ustaz itu mula menerangkan dengan terperinci perkara sebenar:

"Keturunan sebelah ayah dulu ada membuat perjanjian dengan makhluk itu melalui perantaraan seseorang yang dianggapnya sebagai 'wali' ketika menuntut. Wali itu menghadiahkan 'khadam' untuk menolong menjaga harta benda dan keturunan anak cucunya, membuka kebun selain menjadikan orang lain melihatnya gagah, kuat dan berasa gerun.

"Selepas datuk meninggal, makhluk itu terbiar lama, tidak diberi layanan dan ganjaran seperti janji tuannya dulu menyebabkan ia mengamuk dan mahukan layanan. Sebelum kehadiran makhluk jin besar keturunan Ifrit jantan atau digelar hantu raya dalam budaya Melayu itu, akan ada bau busuk dan serangga seperti belalang atau serangga lain.

"Makhluk itu berbulu seperti mawas, amat ganas dan memakan darah dan air mani manusia untuk hidup, akan menggigit dan meninggalkan tanda kepada semua keturunan keluarga ayah," katanya.

Ustaz itu juga menerangkan, makhluk itu kadang-kadang menyerupai ayah dan sering merogol ibu dan saya ketika tidur. Apabila kami tidur, kadangkala bermimpi melahirkan anak kecil.

Makhluk itu juga berupaya mengacau-bilau dan memecah belahkan keluarga jika tuntutannya tidak dipenuhi. Ustaz itu menambah, jika tidak berhati-hati, kemungkinan ada kematian kerana makhluk itu mahukan makanannya (darah) yang banyak. Saya tidak tahu betul atau tidak, tetapi ramai keluarga di sebelah ayah yang mati pada usia muda. Wallahualam.

Kami berubat tapi masalah lebam masih berterusan dan mimpi dirogol masih berterusan. Saya juga kerap bermimpi anak kecil selain bermimpi melahir dan menyusukan bayi. Pernah sekali antara sedar dan tidak, saya melihat lembaga hitam menyerupai ayah mengaku yang 'ia' sudah mati dan hendak memeluk saya.

Apabila saya sedar, saya menjerit dan lembaga itu hilang. Dua tiga hari selepas insiden itu, bau hanyir darah memenuhi bilik. Semua cadar dicuci tetapi bau masih ada. Insiden pelik lain ialah bunyi sesuatu menghempap bumbung dan mencakar siling terutama pada tengah hari dan malam.

Kelakuan ayah juga pelik apabila membiarkan sekeping bumbung (atap) rumah terbuka pada setiap bilik, meletakkan parang atau sebilah pisau kecil di bawah permaidani, katil atau kerusi dan makan dalam kuantiti yang banyak malah berpinggan-pinggan.

Ayah juga ada menyimpan keris kecil yang katanya, pusaka yang harus dijaga rapi selain sehelai kain putih berbentuk gelang yang dililit.

Setiap malam Jumaat atau malam Rabu, ayah memakai wangian yang baunya sungguh kuat dan membuka semua tingkap dengan luas. Ayah juga tidak mahu tidur dengan ibu dan mengunci diri dalam bilik keseorangan.

Pernah saya mengintai dan melihat dia bercakap seorang diri dan ketika itu di luar rumah ada bunyi serangga seperti belalang yang berdesing kuat.

Ustaz yang kami temui juga pernah berkata, datuk saya itu tidak boleh meninggal dunia selagi 'amalannya' diturunkan kepada waris keturunannya menyebabkan ustaz itu menasihatkan saya dan ibu memutuskan hubungan dengan ayah dan duduk sejauh mungkin bagi mengelakkan gangguan berterusan.

Alhamdulillah, kami mengikuti nasihat itu. Kini saya menetap di luar negara dan dalam proses membawa ibu tinggal bersama-sama. Masalah lebam masih ada tetapi sudah tidak seteruk dulu.

Buat masa ini, saya mengamalkan bacaan beberapa ayat suci al-Quran dan bersolat lebih tekun untuk mengelak diganggu. Bisa di badan dan mimpi dirogol atau dihempap makhluk hitam, Alhamdulillah sudah tiada.

Memang sukar untuk masyarakat mempercayai perkara ini, tetapi pada hakikatnya inilah masalah yang melanda masyarakat Melayu hingga kini.

Mungkin ada sesetengah pihak menganggap perkara ini remeh tetapi amalan saka jika tidak dibendung membawa mudarat - perpecahan rumah tangga, perceraian suami isteri, syak wasangka, pergaduhan antara saudara dan masyarakat, sakit misteri berlanjutan dari segi fizikal dan mental serta hidup tidak lagi tenang.

Saya berharap jika ada sesiapa yang menghadapi masalah saka, berubatlah dan buanglah perkara jahil ini. Bertaubat serta kembalilah ke jalan Islam yang sebenar dan percayalah kepada kekuasaan Allah dan amalan Nabi dan Rasul.

Johor Darul Takzim Vs Selangor 6 April 2013 Live Streaming Piala FA

Johor Darul Takzim Vs Selangor 6 April 2013 Live Streaming Suku Akhir Piala FA.

Johor Darul Takzim Vs Selangor 6 April 2013 Live Streaming Piala FA | Selain daripada perlawanan Kelantan menentang Sarawak, satu lagi pertembungan Suku Akhir Piala FA 2013 akan berlangsung diantara pasukan Johor Darul Takzim menentang Selangor FA.

Perlawanan yang akan diadakan di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos itu akan bermula pada jam 8:45 malam.

JDT yang tewas di tangan Selangor pada perlawanan Liga Super 9 Mac 2013 yang lepas dengan jaringan 1-4 sudah semestinya akan menurunkan kesebelasan terbaik bagi menebus kekalahan memalukan di Stadium Shah Alam yang lepas.

Berikutan itu, pasukan dari selangor iaitu di bawah bimbinagn Irfan Bakti sudah semestinya akan menukar corak permainan mereka supaya pasukan JDT tidak dapat membaca permainan mereka dari awal untuk mengatasi JDT. Selangor yang telah tewas 1-2 di tangan pasukan Xuan Thanh Sai Gon baru baru ini pasti akan bermain bersungguh-sungguh untuk mengembalikan rentak kemenangan mereka.

Apa-apa pon sama-sama kita nantikan keputusan di akhir perlawanan nanti. Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Arena 801 dan pihak kami akan menyediakan link live streaming di bawah ini. Selamat menonton. Sebarang masalah kami memohon maaf kerana live streaming yang kami gunakan adalah perkongsian dari laman lain. Terima kasih.

Kelantan Vs Sarawak 6 April 2013 Suku Akhir Piala FA

Live Streaming Kelantan Vs Sarawak 6 April 2013 Suku Akhir Piala FA.

Kelantan Vs Sarawak 6 April 2013 Suku Akhir Piala FA | Hari sabtu ini bakal berlangsungnya pertembungan di antara dua pasukan bola sepak Malaysia iaitu pasukan Kelantan FA menentang pasukan Sarawak FA dalam perlawanan Suku Akhir Piala FA 2013.

Perlawanan yang dijangkakan sengit ini bakal berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu Kelantan dan sepak mula dijangkakan pada jam 8.45 Malam.

Kelantan yang baru baru ini telah menewaskan pasukan dari Vietnam iaitu dalam pertembungan Piala AFC Kelantan Vs SHB Da Nang dengan kemenangan besar 5-0 sudah semestinya menjadi pasukan pilihan pada perlawanan ini nanti. Kelantan bakal menurukan kesebelasan terbaik mereka bagi mengekalkan kemenangan di laman sendiri.

Namun demikian, pasukan Sarawak tidak seharusnya dipandang rendah walaupon mereka bermain di Liga Perdana kerana mereka mampu membuat kejutan dengan corak permainan yang sukar dijangka tidak mustahil Sarawak akan menumpaskan pasukan pilihan Kelantan.

Perlawanan ini akan disiarkan secara rasmi melalui siaran Astro 802 bagi membolehkan peminat kedua-dua pasukan dapat menonton secara langsung. Link live streaming tidak dapat dikesan.