Showing posts with label Fuh Seram. Show all posts
Showing posts with label Fuh Seram. Show all posts

Friday, April 5, 2013

Kisah Benar 20 Tahun Merana Diganggu Dan Dirogol Oleh Jin


Kisah Benar 20 Tahun Merana Diganggu Dan Dirogol Oleh Jin | Mukhadimah ; Gangguan jin saka adalah perkara yang boleh dikatakan kerap juga berlaku dalam sesetengah keluarga masyarakat Melayu. Ia adalah keadaan bila mana seseorang itu dihuni tubuhnya atau didampingi oleh jin (berbagai jenis) sama ada dia sendiri mahukan perkara itu atau dia terperangkap (oleh perbuatan oranglain), atau atas faktor keturunan. 

Seorang guru wanita yang telah berkahwin lebih 3 tahun (tapi belum dapat anak) kini sedang diganggu saka dan masih dalam peringkat berubat. Punca saka itu adalah dari bapa mertuanya (kini sudah meninggal). 

Khabarnya semua adik-beradik suaminya juga diganggu oleh saka tersebut. Gangguan itu agak menyukarkan juga. Petik suiz lampu tidak menyala, terdengar bunyi seakan anak kucing mengiau, bunyi seperti orang main guli, bunyi kerusi ditarik, bunyi mencakar-cakar, termasuklah rumah berdentum dan bergegar.

Hal itu menyeramkan bulu roma hinggakan guru wanita itu tidak berani balik ke rumahnya sekembali dari kerja. Dia duduk di masjid sementara menunggu suaminya pula pulang dari kerja (suaminya kerja hingga jam 10 malam). 

Di waktu malam pula, walaupun suaminya ada di sisinya, dia tetap diganggu dengan berbagai bunyi hingga sukar untuk tidur. ***** Saya dan adik beradik selalu terlihat lembaga hitam yang besar seakan manusia setinggi kira-kira dua meter sehingga mencecah siling'

"SAYA menerima qada dan qadar ini serta reda atas setiap ujian Allah SWT tetapi kadang-kadang saya terfikir mengapa seseorang itu sanggup 'mengorbankan' keluarga sendiri demi mewarisi adat nenek moyang yang jelas bertentangan dengan Islam."

Begitulah luahan seorang wanita selepas membaca rencana mengenai angkara Saka yang disiarkan dalam Dimensi, tiga minggu lalu. Wanita yang hanya mahu menggelar dirinya Alia, menghantar emel untuk berkongsi pengalamannya lebih 20 tahun dihantui Saka yang diwariskan datuk kepada ayahnya. Berikutan itu, Alia menetap di luar negara untuk mengelak pelbagai gangguan mistik dan menyeramkan angkara saka itu. Ikuti luahannya:

Datuk meninggal dunia ketika saya masih kecil, baru darjah dua. Sebelum meninggal, datuk sebelah ayah lumpuh selama setahun.

Sejak kematian datuk, selalu ada kesan lebam di badan saya terutama paha ke bawah tetapi ibu anggap ia perkara biasa kerana kanak-kanak sering bermain, kerap jatuh dan terlanggar.

Ketika saya di sekolah rendah, ayah bekerja di negeri lain menyebabkan kami tinggal berasingan. Ketika ketiadaan ayah, saya dan adik beradik lain selalu terlihat kelibat lembaga hitam yang amat besar dan berbentuk seakan manusia di rumah kami. Lembaga hitam itu setinggi kira-kira dua meter sehingga mencecah siling.

Saya selalu demam terkejut melihat lembaga berkenaan. Saya beritahu ibu tapi ibu kata itu hanyalah khayalan kanak-kanak.

Disebabkan ayah bekerja di negeri lain, dua minggu sekali barulah dia pulang melihat kami. Dua atau tiga hari sebelum ayah pulang, saya dan ibu pasti terdengar suara ayah memanggil tetapi apabila berlari ke pintu dan membukanya, saya hanya terlihat kelibat lembaga hitam.

Ibu selalu mengadu sakit pinggang dan bisa di kaki. Badannya terasa seperti dicucuk jarum halus apabila ayah pulang. Dalam rumah pula, selalu muncul serangga seperti belalang bersaiz empat hingga lapan sentimeter panjang, berwarna hijau keperang-perangan dan merah malah serangga itu berbunyi sungguh kuat dan berdesing.

Ketika kami berpindah tinggal bersama ayah apabila saya di sekolah menengah, keadaan menjadi bertambah teruk. Saya selalu lewat bangun ke sekolah kerana setiap malam, badan terasa dihimpit lembaga hitam yang besar.

Apabila bangun tidur, lebam sebesar syiling 50 sen atau lebih besar kelihatan di kaki dengan kesan gigitan. Pinggang terasa seperti paku mencucuk. Sebelum datang haid, saya ada lebam di paha dan kitaran haid juga tidak normal malah kadang-kadang tiada langsung.

Sebelum muncul lebam, serangga seperti belalang muncul dalam rumah bersama bau bangkai yang amat busuk selain bau darah hanyir. Perkara ini kerap berlaku pada malam Jumaat dan badan saya akan berasa panas. Saya sering mengadu kepada ayah sebaliknya dimarahi dan memberi pelbagai alasan.

Disebabkan terlalu kerap menghidap penyakit itu, saya, ibu dan adik-beradik lain mengambil ujian darah kerana khuatir menghidap leukimia. Ujian darah bagaimanapun mengesahkan kami sihat.

Disebabkan keadaan kami semakin mudarat dan pemeriksaan kesihatan moden gagal mengesan sebarang penyakit, kami cuba berubat tradisional dan ramai pengamal perubatan mengatakan kami terkena sihir.

Ada antara mereka menyuruh kami mandi air garam, air daun, air tujuh masjid, tujuh kolah, tujuh perigi, air zamzam, meletak jala dalam rumah dan pelbagai kaedah lain tetapi lebam, bisa badan dan sakit pinggang tidak berkesudahan malah semakin teruk.

Perangai ayah juga berubah sejak kami tinggal bersamanya. Setiap malam Jumaat, dia bergegas ke rumah nenek tapi sebelum itu akan mengamuk dan naik berang tanpa sebab hingga kami ketakutan.

Kami terus berubat tradisional dan daripada seorang pengamal perubatan, kami diberitahu masalah ibu dan saya berpunca daripada 'belaan' keluarga suami. Dia menyatakan lebam itu akibat jin belaan memakan darah sebagai perjanjian menjaga harta benda dan anak cucu yang dibuat lama dulu oleh keturunan ayah.

Beliau menyuruh ibu membawa ayah berjumpa dengannya jika hendak berubat. Pengamal perubatan menjelaskan sendiri kepada ayah tapi sebaik mendengar penjelasan itu, ayah benar-benar marah dan tidak percaya. Dia menuduh keluarga ibu terbabit.

Kali ketiga kami datang untuk berubat, pengamal perubatan itu tidak lagi mahu menerima kedatangan kami kerana keluarganya kacau bilau dan isteri pengamal perubatan itu dirasuk lembaga hitam dan berbulu. Yang peliknya, sesiapa saja termasuk pengamal perubatan yang hendak menolong saya dan ibu pasti dilanda musibah pelik-pelik.

Sejak itu, saya dan ibu sakit bertambah teruk - selalu demam, tidur malam terasa dihimpit dan bermimpi dirogol lembaga hitam besar.

Sehinggalah kami bertemu seorang ustaz untuk berubat. Selepas diperiksa, ustaz itu mula menerangkan dengan terperinci perkara sebenar:

"Keturunan sebelah ayah dulu ada membuat perjanjian dengan makhluk itu melalui perantaraan seseorang yang dianggapnya sebagai 'wali' ketika menuntut. Wali itu menghadiahkan 'khadam' untuk menolong menjaga harta benda dan keturunan anak cucunya, membuka kebun selain menjadikan orang lain melihatnya gagah, kuat dan berasa gerun.

"Selepas datuk meninggal, makhluk itu terbiar lama, tidak diberi layanan dan ganjaran seperti janji tuannya dulu menyebabkan ia mengamuk dan mahukan layanan. Sebelum kehadiran makhluk jin besar keturunan Ifrit jantan atau digelar hantu raya dalam budaya Melayu itu, akan ada bau busuk dan serangga seperti belalang atau serangga lain.

"Makhluk itu berbulu seperti mawas, amat ganas dan memakan darah dan air mani manusia untuk hidup, akan menggigit dan meninggalkan tanda kepada semua keturunan keluarga ayah," katanya.

Ustaz itu juga menerangkan, makhluk itu kadang-kadang menyerupai ayah dan sering merogol ibu dan saya ketika tidur. Apabila kami tidur, kadangkala bermimpi melahirkan anak kecil.

Makhluk itu juga berupaya mengacau-bilau dan memecah belahkan keluarga jika tuntutannya tidak dipenuhi. Ustaz itu menambah, jika tidak berhati-hati, kemungkinan ada kematian kerana makhluk itu mahukan makanannya (darah) yang banyak. Saya tidak tahu betul atau tidak, tetapi ramai keluarga di sebelah ayah yang mati pada usia muda. Wallahualam.

Kami berubat tapi masalah lebam masih berterusan dan mimpi dirogol masih berterusan. Saya juga kerap bermimpi anak kecil selain bermimpi melahir dan menyusukan bayi. Pernah sekali antara sedar dan tidak, saya melihat lembaga hitam menyerupai ayah mengaku yang 'ia' sudah mati dan hendak memeluk saya.

Apabila saya sedar, saya menjerit dan lembaga itu hilang. Dua tiga hari selepas insiden itu, bau hanyir darah memenuhi bilik. Semua cadar dicuci tetapi bau masih ada. Insiden pelik lain ialah bunyi sesuatu menghempap bumbung dan mencakar siling terutama pada tengah hari dan malam.

Kelakuan ayah juga pelik apabila membiarkan sekeping bumbung (atap) rumah terbuka pada setiap bilik, meletakkan parang atau sebilah pisau kecil di bawah permaidani, katil atau kerusi dan makan dalam kuantiti yang banyak malah berpinggan-pinggan.

Ayah juga ada menyimpan keris kecil yang katanya, pusaka yang harus dijaga rapi selain sehelai kain putih berbentuk gelang yang dililit.

Setiap malam Jumaat atau malam Rabu, ayah memakai wangian yang baunya sungguh kuat dan membuka semua tingkap dengan luas. Ayah juga tidak mahu tidur dengan ibu dan mengunci diri dalam bilik keseorangan.

Pernah saya mengintai dan melihat dia bercakap seorang diri dan ketika itu di luar rumah ada bunyi serangga seperti belalang yang berdesing kuat.

Ustaz yang kami temui juga pernah berkata, datuk saya itu tidak boleh meninggal dunia selagi 'amalannya' diturunkan kepada waris keturunannya menyebabkan ustaz itu menasihatkan saya dan ibu memutuskan hubungan dengan ayah dan duduk sejauh mungkin bagi mengelakkan gangguan berterusan.

Alhamdulillah, kami mengikuti nasihat itu. Kini saya menetap di luar negara dan dalam proses membawa ibu tinggal bersama-sama. Masalah lebam masih ada tetapi sudah tidak seteruk dulu.

Buat masa ini, saya mengamalkan bacaan beberapa ayat suci al-Quran dan bersolat lebih tekun untuk mengelak diganggu. Bisa di badan dan mimpi dirogol atau dihempap makhluk hitam, Alhamdulillah sudah tiada.

Memang sukar untuk masyarakat mempercayai perkara ini, tetapi pada hakikatnya inilah masalah yang melanda masyarakat Melayu hingga kini.

Mungkin ada sesetengah pihak menganggap perkara ini remeh tetapi amalan saka jika tidak dibendung membawa mudarat - perpecahan rumah tangga, perceraian suami isteri, syak wasangka, pergaduhan antara saudara dan masyarakat, sakit misteri berlanjutan dari segi fizikal dan mental serta hidup tidak lagi tenang.

Saya berharap jika ada sesiapa yang menghadapi masalah saka, berubatlah dan buanglah perkara jahil ini. Bertaubat serta kembalilah ke jalan Islam yang sebenar dan percayalah kepada kekuasaan Allah dan amalan Nabi dan Rasul.

Tuesday, March 26, 2013

Sejarah Dan Salasilah Pontianak Dan Kuntilanak Yang Perlu Anda Ketahui


Sejarah Dan Salasilah Pontianak Dan Kuntilanak Yang Perlu Anda Ketahui | Kuntilanak (bahasa Melayu: puntianak, pontianak) adalah hantu yang dipercaya berasal dari perempuan hamil yang meninggal dunia atau wanita yang meninggal kerana melahirkan dan kanak-kanak tersebut belum sempat lahir. Nama "kuntilanak" atau "pontianak" kemungkinan besar berasal dari gabungan kata "bunting" (hamil) dan "anak".

Kota Pontianak mendapat namanya kerana konon Abdurrahman Alkadrie, pengasas Kesultanan Pontianak, diganggu hantu ini ketika akan menentukan tempat pendirian istana. Dalam folklor melayu, sosok kuntilanak digambarkan dalam bentuk wanita cantik yang punggungnya berlubang. Kuntilanak digambarkan senang meneror penduduk kampung untuk menuntut balas. Kuntilanak sewaktu muncul selalu diiringi harum bunga kamboja.

Konon laki-laki yang tidak berhati-hati boleh dibunuh sesudah kuntilanak berubah wujud menjadi penghisap darah. Kuntilanak juga senang menikmati bayi dan mencederakan wanita hamil. Dalam cerita seram dan film horor di televisyen Malaysia, kuntilanak digambarkan membunuh mangsa dengan cara menghisap darah di bahagian tengkuk, seperti vampir. Agak berbeza dengan gambaran menurut tradisi Melayu,

kuntilanak mengikut tradisi Sunda tidak mempunyai lubang di punggung dan hanya mengganggu dengan hantu saja. Jenis yang mempunyai lubang di belakang sebagaimana keterangan di atas disebut sundel bolong. Kuntilanak konon juga menyukai pokok tertentu sebagai tempat "bersemayam", misalnya waru yang tumbuh condong ke samping (popular disebut "waru doyong"). Kepercayaan penangkalan Berdasarkan kepercayaan dan tradisi masyarakat Jawa, kuntilanak tidak akan mengganggu wanita hamil bila wanita tersebut selalu membawa paku, pisau, dan gunting bila pergi ke mana sahaja. Hal ini menyebabkan seringnya ditemui kebiasaan meletakkan gunting, jarum dan pisau di dekat tempat tidur bayi.

Menurut kepercayaan masyarakat Melayu, benda tajam seperti paku boleh menangkal serangan kuntilanak. Ketika kuntilanak menyerang, paku ditancapkan di lubang yang ada di belakang leher kuntilanak. Sementara dalam kepercayaan masyarakat Indonesia yang lain, lokasi untuk memasukkan paku boleh bergerak ke bahagian atas ubun-ubun kuntilanak. Kepercayaan akan adanya kuntilanak atau sundel bolong sangat sering dijadikan sebagai bahan urban legend dan cinema.

Sunday, March 24, 2013

Cerita Seram Tertangkap Imej Penampakan Di Malam Jumaat


Cerita Seram Tertangkap Imej Penampakan Di Malam Jumaat | GAMBAR yang dirakam sendiri oleh Safura di rumah datuknya di Mersing baru-baru ini jelas menunjukkan kemunculan imej lembaga hitam di belakangnya.

MERSING - Keasyikan seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam merakamkan wajah sendiri menggunakan telefon bimbit baru-baru ini rupa-rupanya meninggalkan igauan yang berpanjangan.

Manakan tidak, akibat perbuatan itu, Safura Zakaria, 19, turut terakam imej aneh seperti wanita tanpa wajah dengan pakaian serba hitam di rumah datuknya di Kampung Pengkalan Batu di sini pada malam Jumaat, 30 Disember lalu.

Sebaik merakam tujuh keping gambarnya sendiri di hadapan cermin pada pada pukul 8.29 malam itu, dia terus keluar bersiar-siar ke bandar Mersing tanpa melihat rakaman yang telah dibuat.
"Apabila balik ke rumah kira-kira pukul 11 malam, saya membuka telefon bimbit untuk melihat kembali kesemua tujuh keping gambar itu.

"Namun, ada sekeping gambar itu mengejutkan kami sekeluarga apabila terdapat seperti objek hitam di bela- kang saya," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Fuh Sadis Seram! Budak Pontianak Ditemui Di China. Apakah?


Fuh Sadis Seram! Budak Pontianak Ditemui Di China. Apakah?China – Budak pontianak. Itu gelaran yang diberikan kepada remaja berusia 16 tahun, Wang Pengfei. Dia mendapat gelaran itu kerana hanya mempunyai dua gigi taring, walaupun usianya sudah menjangkau remaja. Malah ketika kecil, Pengfei juga tidak memiliki rambut yang banyak. Ibunya, Wang Hui telah membawa anaknya itu ke merata tempat bagi memulihkan keadaan tersebut, namun menemui kegagalan.

Giginya juga kekal dua dan gusinya tidak lagi ditumbuhi gigi yang lain. “Selepas menyedari dia berbeza dengan kanak-kanak lain, dia menyendiri. Pengfei juga tidak mempunyai kawan-kawan,” kata ibunya yang amat risau dengan perkembangan anak lelakinya itu.

Jelas Wang Hui, anaknya akan menyerang rakan-rakan sekelas yang merenung atau berbisik mengenai keganjilannya itu. Menurut doktor, kos bagi merawat giginya itu melalui pembedahan menelan perbelanjaan sebanyak £7,000. Bagaimanapun pembedahan itu hanya boleh dilakukan apabila dia meningkat dewasa.

Friday, March 22, 2013

Fuh Seram!! Sudah 6 Hari Mati, Nenek Ini Ditemui Sedang Memasak


Fuh Seram!! Sudah 6 Hari Mati, Nenek Ini Ditemui Sedang MemasakBEIJING: Seorang wanita China berusia 95 tahun yang disangka sudah mati mengejutkan jirannya apabila dia bangun semula enam hari selepas dia dimasukkan ke dalam keranda.

Li Xiufeng ditemui tidak bergerak dan tidak bernafas oleh seorang jiran dua minggu selepas dia jatuh dan mengalami kecederaan di kepala di kediamannya di Beiliu, wilayah Guangxi. Apabila jiran yang menemuinya itu tidak dapat menyedarkan wanita itu, mereka menyangka dia sudah meninggal dunia.

Dia diletakkan di dalam keranda tanpa dikunci yang disimpan di kediamannya mengikut tradisi Cina, menanti saudara-mara dan teman rapat untuk memberi penghormatan terakhir.

Namun, sehari sebelum pengebumian, jiran mendapati keranda itu kosong dan kemudiannya menjumpai wanita itu memasak di dapur.

Seorang jiran, Chen Qingwang, 60, yang mula-mula menemui Xiufeng berkata: “Dia tidak bangun, jadi saya datang untuk membangunkannya.

“Walau betapa kuat saya menggerakkan tubuh dan memanggil namanya, dia tidak memberi sebarang reaksi. “Saya dapat rasakan ada yang tak kena, jadi saya periksa nafasnya dan mendapati dia sudah tiada, tetapi tubuhnya ketika itu tidak sejuk. Disebabkan Xiufeng tinggal bersendirian, Qingwang dan anak lelakinya membuat persediaan untuk upacara pengebumiannya.

Pada hari upacara pengebumiannya, anak lelaki Qingwang tiba di rumah Xiufeng dan mendapati mayatnya sudah hilang sebelum menemui dia sedang memasak. Wanita itu dilapor memberitahu penduduk kampung: “Saya tidur begitu lama. Selepas bangun, saya terasa begitu lapar dan mahu memasak sesuatu.

“Saya tolak penutup keranda itu. Saya mengambil masa begitu lama untuk berbuat demikian sebelum dapat keluar dari keranda itu.” – DM

Sunday, March 17, 2013

Cerita Hantu Kak Limah Yang Akhirnya Di Botolkan


Cerita Hantu Kak Limah Yang Akhirnya Di Botolkan | Misteri gangguan makhluk halus menyerupai hantu Kak Limah menyelubungi kehidupan satu keluarga di Kampung Temiang, Marang Terengganu sejak lebih seminggu lalu terungkai apabila seorang ustaz yang menggunakan kaedah perubatan secara Islam tampil membantu.

Proses pemulihan yang dilakukan Ustaz Nor Hasrul Mohd Hassan dari Perubatan Syifa Al Ikhlas yang berpangkalan di Serendah, Selangor itu yang tiba kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin, bermula di rumah pusaka keluarga berkenaan di Jerangau kira-kira jam 4 petang.

Bagaimanapun usaha untuk menghalau makhluk halus di rumah Syaawal Mazlan di Kampung Temiang, di sini hanya dilakukan kira-kira jam 9 malam berikutan detik itu dikatakan bermulanya kehadiran makhluk menyerupai hantu Kak Limah itu.

Kak Limah adalah nama watak seorang wanita yang disangka jelmaan hantu dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang mendapat sambutan hangat di pawagam tahun lalu.

Usaha Sinar Harian untuk tiba ke lokasi berkenaan agak mencabar berikutan lokasi rumah keluarga terbabit yang agak terpencil, selain keadaan hujan lebat ditambah jarak rumah agak jauh lain merumitkan lagi proses mendapatkan maklumat daripada penduduk kampung.

Bagaimanapun, selepas berjaya masuk ke jalan yang bakal menghubungkan Kampung Temiang melalui laluan Wakaf Tapai-Marang, kewujudan sebuah warung kopi di tepi jalan dengan kesediaan pelanggannya yang terdiri daripada penduduk tempatan memberi maklumat diperlukan, memudahkan usaha untuk menjejaki rumah Syaawal yang menjadi lokasi liputan bahan berita itu.

Sebaik tiba di lokasi dituju, wartawan Sinar Harian terpaksa pula meninggalkan kereta di tepi jalan kecil kerana rumah itu terletak agak jauh di tengah padang.

Dalam keadaan hujan renyai-renyai, perjalanan menuju ke rumah itu amat mencabar. Terpaksa meredah selut berlumpur selain situasi gelap yang amat menyeramkan.

Sedia menanti termasuk bapa Syaawal, Mazlan Ali, 55, dan ahli keluarga terde­kat selain penduduk kampung turut tidak melepaskan peluang.

Sinar Harian yang tiba ke rumah papan dibina semula daripada perkayuan rumah pusaka keluarga berkenaan bagaimanapun tiba-tiba dikejutkan dengan situasi tegang melibatkan adik Syaawal, Mat Ali, 15, yang secara tiba-tiba menangis, tidak sedarkan diri dipercayai akibat dirasuk.

Selang beberapa minit kemudian, tatkala ahli keluarga sedang menenteramkan Mat Ali, kakaknya, Masliana, 31, tiba-tiba dikatakan terpandang lembaga berambut panjang duduk di alang rumah.

Ustaz Hasrul pada ketika itu berada di rumah berdekatan selepas menikmati makan malam sebaik dimaklumkan perkara itu, bergegas ke rumah Syaawal lalu terus memulakan proses menghalau makhluk halus yang merasuk.

Pada masa itulah, Masli­ana tiba-tiba menunjukkan aksi dan tenaga luar biasa, membuka pencak silat untuk bertarung dengan Ustaz Hasrul. Tiada langsung ciri-ciri kewanitaan pada lagaknya, yang kelihatan hanya langkah pendekar. Namun, biar begitu hebat pun Masliana, mudah sahaja langkahnya dimatikan Ustaz Hasrul dengan ayat suci al-Quran. Ternyata yang bersilat itu bukan Masliana sebenar tetapi makhluk halus yang menguasai tubuhnya.

Bacaan ayat al-Quran selain azan akhirnya berjaya membuat jin yang menguasai wanita itu terperangkap. Masliana pulih apabila jin terbabit berjaya dikurung di dalam botol oleh Ustaz Hasrul.
Kena sembelih

Mat Ali dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat dirasuk makhluk halus dipercayai jin kafir itu sempat berkomunikasi dengan Ustaz Hasrul sebelum jin itu dimatikan melalui sembelihan leher secara kaedah kebatinan.

Jin yang merasuk ke dalam tubuh Mat Ali akhirnya berjaya dikeluarkan selepas hampir setengah jam berhempas pulas dan ia turut dimasukkan ke dalam botol plastik.

Ustaz Hasrul kemudian menepung tawar katil pusaka dipercayai menjadi punca segala kemelut yang berlaku.

Proses rawatan tidak meng­­gunakan sebarang alat lain seperti kemenyan atau asap yang biasa digunakan bomoh tradisional kecuali air penawar itu berakhir kira-kira jam 11.15 malam, sebelum penduduk kampung bersurai setelah kesemuanya berpuas hati dengan kejayaan rawatan diberikan.

Akhirnya, kehadiran Ustaz Hasrul membantu mengusir makhluk halus yang mengganggu keluarga tanpa bayara

Kisah Benar Dan Seram Ustaz Di Bilik Mayat


Kisah Benar Dan Seram Ustaz Di Bilik Mayat | Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.

Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya,tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.” Ustaz,” kata wanita itu. “Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya.” kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya,namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. “Betulkah ini mayat anak mak cik?”tanya saya. “Mak cik rasa betul… tapi kulitnya putih.” “Makcik lihatlah betul-betul.” kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. “Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?” tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu.”Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. ” kata saya untuk menggertaknya.

Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, “Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi…” tambah wanita itu lagi “apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan.” kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan saya.

Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, “Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang.”

Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, “Orang tua mana pula?” katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya,tuturannya serta pakaiannya. “Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi…. emaknya dah meninggal lima tahun lalu!” Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi ‘apakah’ yang datang menemui saya pagi itu? Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah ‘sesuatu’ yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.

Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun? Wallahua’lam

P/s: Semoga dapat dijadikan iktibar kepada kita semua,, insyaAllah

Kisah Misteri Penjara Paling Seram Di Dunia


Kisah Misteri Penjara Paling Seram Di Dunia | HANTU ada di mana-mana di Alcatraz. itulah ungkapan yang sering keluar jika anda bertnanya kepada penduduk di Amerika Syarikat. Jika satu ketika dulu, pulau yang menempatkan banduan ini tidak boleh dihampiri, kini ia ‘membuka pintu’ kepada pelancong yang berminat untuk mengetahui rahsia penghidupan di dalam penjara. Sebagai pulau terpencil, Alcatraz, penjara yang menempatkan paling ramai pembunuh kejam dan penjenayah licik di dunia, kini menjadi antara tempat pelancongan yang perlu dilawati sekiranya berkunjung ke California, Amerika Syarikat.

Juga dikenali sebagai The Rock, Alcatraz, tidak hanya menyimpan kenangan banduan yang pernah menghuni tempat diberi jolokan Penjara Paling Berhantu Di Dunia’ itu, sebaliknya turut diselubungi 1,001 misteri dan kisah menyeramkan.

Sejak menjadi Penjara Persekutuan pada 1934 hingga penutupannya pada 21 Mac 1963, Alcatraz adalah perhentian terakhir bagi 1,576 penjenayah termasuk pembunuh dan kumpulan samseng. Antara yang pernah tinggal di Alcatraz ialah Al Capone, samseng keturunan Itali yang menguasai Chicago dengan darah dan senjata.

“Saya tidak percaya ada hantu. Namun di Alcatraz, suasananya sungguh berbeza. Pada satu malam saya mendengar bunyi gelas berlaga seolah-olah ada parti sedang berlangsung. Tempat ini amat menyeramkan sebaik gelap. Bulu roma sentiasa meremang" kata Al Capone ketika dipenjarakan di Penjara Alcatra.

Seorang lagi pengawal yang pernah bekerja syif malam mengawal penjara itu selama 10 tahun, Erik Novencido, turut mengalami pengalaman menyeramkan. Dia pernah mengambil gambar bilik terapi kejutan elektrik pada waktu malam untuk ditunjukkan pada seorang rakan.

Apabila filem itu selesai diproses, gambar menunjukkan satu muka yang sedang merenung pegawai tersebut. Manakala Mary McClure, 52, bekas anggota paramedik yang bekerja di situ selama 12 tahun, pernah berasa punggungnya dipicit oleh seseorang walaupun ketika itu beliau sedang bertugas seorang diri. 

Menurut cerita, sel 14D dipercayai antara bilik kurungan yang paling menyeramkan. Pelawat dan pekerja dilaporkan berasa seram sejuk sebaik tiba di sel berkenaan. Kejadian berlaku pada 1940-an apabila seorang banduan yang dikurung di sel 14D menjerit sepanjang malam mengenai satu makhluk dengan mata terbeliak cuba membunuhnya. Keesokan hari, pengawal menemui lelaki itu mati dicekik di dalam sel itu.

Tiada siapa mengaku bertanggungjawab di atas kematian itu. Bagaimanapun, apabila dikira pada keesokan hari, bilangan banduan terlalu ramai, malah sebahagian pengawal mendakwa melihat banduan yang mati itu di celah tahanan lain, sebelum ia lesap dalam sekelip mata.

Sementara itu, Al Capone yang menghabiskan sisa usianya di Alcatraz dengan kesihatan merosot disebabkan penyakit sifilis, suka bermain banjo, sejenis alat muzik bertali seperti gitar, dengan kumpulan pancaragam penjara. Bimbang dibunuh jika berada di luar sel, Capone diberi kebenaran menghabiskan masa lapang berlatih bermain banjo dalam bilik air.

Menariknya, ia tidak terhenti dengan kematian Capone, sebaliknya seorang renjer mendakwa mendengar muzik banjo dimainkan dalam bilik air.Tidak biasa dengan sejarah Alcatraz, renjer berkenaan tidak mengetahui punca bunyi itu dan mendokumentasikan kejadian aneh berkenaan. Pelawat dan pekerja juga melaporkan pernah mendengar bunyi banjo dimainkan.

Perkara pelik lain yang dialami pelawat dan pekerja penjara itu, termasuk terbau asap tetapi tidak menemui api, bunyi tangisan dan mengerang, berasa seram sejuk di bahagian tertentu, malah ada mendakwa ternampak hantu banduan atau anggota tentera.

Thursday, March 14, 2013

Fuh Seram! Gambar Suasana Sungai Gangga Yang Menyeramkan


Fuh Seram! Gambar Suasana Sungai Gangga Yang Menyeramkan | Saranan pertama admin jangan tengok kalau tidak berani seperti admin. Gulp. Admin akan post beberapa gambar sahaja.

Bila sebut nama Sungai Gangga mesti ramai yang sudah tahu dimana Sungai Gangga tersebut. Kadang-kadang dalam filem Tamil atau Hindustan, pelakon akan berlakon disini.

Bagi pemahaman penganut Hindu, mereka percaya bahawa jika mandi di sungai Gangga pada saat yang tepat akan memperoleh pengampunan dosa dan memudahkan seseorang untuk mendapat keselamatan.

Banyak orang percaya bahawa hasil tersebut didapatkan dengan mandi di sungai Gangga pada waktu-waktu tertentu. Orang-orang dalam perjalanan dari tempat yang jauh datang untuk mencelupkan abu dari jenazah anggota keluarga mereka ke dalam air sungai Gangga, pencelupan itu dipercayai sebagai jasa untuk menghantarkan abu tersebut menuju ke syurga.







Monday, March 11, 2013

Fuh Seram! 100 Kubur Digali Untuk Upacara Voodoo


Fuh Seram! 100 Kubur Digali Untuk Upacara Voodoo | COTONOU (Benin): Lebih 100 kubur di sebuah tanah perkuburan digali sejak 24 November lalu, disyaki ada kaitan dengan perdagangan haram organ manusia untuk sihir atau voodoo. Jurucakap polis berkata, insiden berkenaan adalah paling serius pernah berlaku di Afrika Barat. 

Katanya, pihak berkuasa di Dangbo sebuah kampung terletak kira-kira 10 kilometer dari ibu negara Benin, Porto-Novo - menjalankan siasatan selepas pekerja tanah perkuburan terserempak dengan beberapa lelaki bertopeng menggali kubur.

Pengarah tanah perkuburan itu, Joseph Afaton, berkata pencerobohan kubur berkait dengan wang. “Ia digunakan sebagai korban atau sihir,” katanya. 

Anggota badan manusia dan sesetengah haiwan menjadi buruan beberapa kumpulan penduduk di tengah Afrika kerana dipercayai memiliki kuasa luar biasa. Pedagang haram organ manusia biasanya memperoleh bekalan daripada perompak kubur, tetapi beberapa pembunuhan baru-baru ini turut dikaitkan dengan aktiviti itu. - Reuters

Saturday, March 9, 2013

Fuh Seram! Misteri Beberapa Buah Kenderaan Bergerak Sendiri


Fuh Seram! Misteri Beberapa Buah Kenderaan Bergerak Sendiri | BANYUMAS, Indonesia - Fenomena kenderaan bergerak sendiri walaupun enjin sudah dimatikan berlaku di Jawa Tengah, lapor beberapa buah akhbar dan laporan stesen televisyen semalam.

Keajaiban alam itu berlaku di sebuah kawasan dikenali dengan nama Jabal Magnet di sini.

Stesen televisyen tempatan, Metrotvnews.com, melaporkan kawasan tersebut terletak di Jalan Raya Desa Limpakuwus, Banyumas.

Tinjauan oleh stesen televisyen berkenaan di lokasi semalam mendapati kereta tersebut mampu bergerak sendiri sejauh 50 meter dengan kelajuan 10 kilometer sejam.

Kejadian luar biasa itu disaksikan beratus-ratus penduduk setempat, malah ada yang membawa kenderaan untuk menguji sendiri kesahihan fenomena tersebut.

Satu pasukan ahli geologi Indonesia turut tiba di lokasi berkenaan untuk melakukan pemeriksaan.

Ujian awal oleh pasukan ahli geologi Universiti Jeneral Sudirman Purwokerto gagal menemui medan magnet di bukit itu.

Namun, mereka mengesahkan batu-batan di sekitar lokasi itu mempunyai kandungan magnet yang agak tinggi.

Setelah ujian seterusnya yang melibatkan alat pengukur ketinggian dilakukan, pakar-pakar geologi berkenaan menyatakan, fenomena tersebut dipercayai berlaku kerana bentuk muka bumi sekitarnya yang berbukit.

Bagaimanapun, menurut mereka, satu kajian mendalam perlu dilakukan bagi mengesahkan perkara itu. - Agensi