Showing posts with label Fuh Misteri. Show all posts
Showing posts with label Fuh Misteri. Show all posts

Saturday, April 6, 2013

Fuh Misteri! Rangka Pontianak Telah Ditemui. Benarkah Itu Pontianak?


Fuh Misteri! Rangka Pontianak Telah Ditemui. Benarkah Itu Pontianak? | SOFIA - Ahli arkeologi di Bulgaria menemui dua rangka ditikam dengan batang besi dipercayai puntianak dari Zaman Pertengahan di sebuah kawasan perkuburan lama di bandar Laut Hitam, Sozopol.

Ketua Muzium Kebangsaan, Bozhidar Dimitrov berkata, penemuan rangka itu menunjukkan penduduk kampung pada masa tersebut sehingga awal abad ke-20 sangat percaya dengan kewujudan puntianak.

Menurut kepercayaan mereka, mana-mana individu yang berkelakuan jahat semasa hayat mereka mungkin akan bertukar menjadi puntianak jika dada mereka tidak ditikam dengan batang kayu atau besi semasa proses pengebumian.

"Ia adalah amalan biasa kerana hasil kajian kami mendapati kira-kira 100 cara pengebumian sama telah ditemui di negara ini," kata Dmitrov lagi.

Friday, April 5, 2013

Kisah Benar 20 Tahun Merana Diganggu Dan Dirogol Oleh Jin


Kisah Benar 20 Tahun Merana Diganggu Dan Dirogol Oleh Jin | Mukhadimah ; Gangguan jin saka adalah perkara yang boleh dikatakan kerap juga berlaku dalam sesetengah keluarga masyarakat Melayu. Ia adalah keadaan bila mana seseorang itu dihuni tubuhnya atau didampingi oleh jin (berbagai jenis) sama ada dia sendiri mahukan perkara itu atau dia terperangkap (oleh perbuatan oranglain), atau atas faktor keturunan. 

Seorang guru wanita yang telah berkahwin lebih 3 tahun (tapi belum dapat anak) kini sedang diganggu saka dan masih dalam peringkat berubat. Punca saka itu adalah dari bapa mertuanya (kini sudah meninggal). 

Khabarnya semua adik-beradik suaminya juga diganggu oleh saka tersebut. Gangguan itu agak menyukarkan juga. Petik suiz lampu tidak menyala, terdengar bunyi seakan anak kucing mengiau, bunyi seperti orang main guli, bunyi kerusi ditarik, bunyi mencakar-cakar, termasuklah rumah berdentum dan bergegar.

Hal itu menyeramkan bulu roma hinggakan guru wanita itu tidak berani balik ke rumahnya sekembali dari kerja. Dia duduk di masjid sementara menunggu suaminya pula pulang dari kerja (suaminya kerja hingga jam 10 malam). 

Di waktu malam pula, walaupun suaminya ada di sisinya, dia tetap diganggu dengan berbagai bunyi hingga sukar untuk tidur. ***** Saya dan adik beradik selalu terlihat lembaga hitam yang besar seakan manusia setinggi kira-kira dua meter sehingga mencecah siling'

"SAYA menerima qada dan qadar ini serta reda atas setiap ujian Allah SWT tetapi kadang-kadang saya terfikir mengapa seseorang itu sanggup 'mengorbankan' keluarga sendiri demi mewarisi adat nenek moyang yang jelas bertentangan dengan Islam."

Begitulah luahan seorang wanita selepas membaca rencana mengenai angkara Saka yang disiarkan dalam Dimensi, tiga minggu lalu. Wanita yang hanya mahu menggelar dirinya Alia, menghantar emel untuk berkongsi pengalamannya lebih 20 tahun dihantui Saka yang diwariskan datuk kepada ayahnya. Berikutan itu, Alia menetap di luar negara untuk mengelak pelbagai gangguan mistik dan menyeramkan angkara saka itu. Ikuti luahannya:

Datuk meninggal dunia ketika saya masih kecil, baru darjah dua. Sebelum meninggal, datuk sebelah ayah lumpuh selama setahun.

Sejak kematian datuk, selalu ada kesan lebam di badan saya terutama paha ke bawah tetapi ibu anggap ia perkara biasa kerana kanak-kanak sering bermain, kerap jatuh dan terlanggar.

Ketika saya di sekolah rendah, ayah bekerja di negeri lain menyebabkan kami tinggal berasingan. Ketika ketiadaan ayah, saya dan adik beradik lain selalu terlihat kelibat lembaga hitam yang amat besar dan berbentuk seakan manusia di rumah kami. Lembaga hitam itu setinggi kira-kira dua meter sehingga mencecah siling.

Saya selalu demam terkejut melihat lembaga berkenaan. Saya beritahu ibu tapi ibu kata itu hanyalah khayalan kanak-kanak.

Disebabkan ayah bekerja di negeri lain, dua minggu sekali barulah dia pulang melihat kami. Dua atau tiga hari sebelum ayah pulang, saya dan ibu pasti terdengar suara ayah memanggil tetapi apabila berlari ke pintu dan membukanya, saya hanya terlihat kelibat lembaga hitam.

Ibu selalu mengadu sakit pinggang dan bisa di kaki. Badannya terasa seperti dicucuk jarum halus apabila ayah pulang. Dalam rumah pula, selalu muncul serangga seperti belalang bersaiz empat hingga lapan sentimeter panjang, berwarna hijau keperang-perangan dan merah malah serangga itu berbunyi sungguh kuat dan berdesing.

Ketika kami berpindah tinggal bersama ayah apabila saya di sekolah menengah, keadaan menjadi bertambah teruk. Saya selalu lewat bangun ke sekolah kerana setiap malam, badan terasa dihimpit lembaga hitam yang besar.

Apabila bangun tidur, lebam sebesar syiling 50 sen atau lebih besar kelihatan di kaki dengan kesan gigitan. Pinggang terasa seperti paku mencucuk. Sebelum datang haid, saya ada lebam di paha dan kitaran haid juga tidak normal malah kadang-kadang tiada langsung.

Sebelum muncul lebam, serangga seperti belalang muncul dalam rumah bersama bau bangkai yang amat busuk selain bau darah hanyir. Perkara ini kerap berlaku pada malam Jumaat dan badan saya akan berasa panas. Saya sering mengadu kepada ayah sebaliknya dimarahi dan memberi pelbagai alasan.

Disebabkan terlalu kerap menghidap penyakit itu, saya, ibu dan adik-beradik lain mengambil ujian darah kerana khuatir menghidap leukimia. Ujian darah bagaimanapun mengesahkan kami sihat.

Disebabkan keadaan kami semakin mudarat dan pemeriksaan kesihatan moden gagal mengesan sebarang penyakit, kami cuba berubat tradisional dan ramai pengamal perubatan mengatakan kami terkena sihir.

Ada antara mereka menyuruh kami mandi air garam, air daun, air tujuh masjid, tujuh kolah, tujuh perigi, air zamzam, meletak jala dalam rumah dan pelbagai kaedah lain tetapi lebam, bisa badan dan sakit pinggang tidak berkesudahan malah semakin teruk.

Perangai ayah juga berubah sejak kami tinggal bersamanya. Setiap malam Jumaat, dia bergegas ke rumah nenek tapi sebelum itu akan mengamuk dan naik berang tanpa sebab hingga kami ketakutan.

Kami terus berubat tradisional dan daripada seorang pengamal perubatan, kami diberitahu masalah ibu dan saya berpunca daripada 'belaan' keluarga suami. Dia menyatakan lebam itu akibat jin belaan memakan darah sebagai perjanjian menjaga harta benda dan anak cucu yang dibuat lama dulu oleh keturunan ayah.

Beliau menyuruh ibu membawa ayah berjumpa dengannya jika hendak berubat. Pengamal perubatan menjelaskan sendiri kepada ayah tapi sebaik mendengar penjelasan itu, ayah benar-benar marah dan tidak percaya. Dia menuduh keluarga ibu terbabit.

Kali ketiga kami datang untuk berubat, pengamal perubatan itu tidak lagi mahu menerima kedatangan kami kerana keluarganya kacau bilau dan isteri pengamal perubatan itu dirasuk lembaga hitam dan berbulu. Yang peliknya, sesiapa saja termasuk pengamal perubatan yang hendak menolong saya dan ibu pasti dilanda musibah pelik-pelik.

Sejak itu, saya dan ibu sakit bertambah teruk - selalu demam, tidur malam terasa dihimpit dan bermimpi dirogol lembaga hitam besar.

Sehinggalah kami bertemu seorang ustaz untuk berubat. Selepas diperiksa, ustaz itu mula menerangkan dengan terperinci perkara sebenar:

"Keturunan sebelah ayah dulu ada membuat perjanjian dengan makhluk itu melalui perantaraan seseorang yang dianggapnya sebagai 'wali' ketika menuntut. Wali itu menghadiahkan 'khadam' untuk menolong menjaga harta benda dan keturunan anak cucunya, membuka kebun selain menjadikan orang lain melihatnya gagah, kuat dan berasa gerun.

"Selepas datuk meninggal, makhluk itu terbiar lama, tidak diberi layanan dan ganjaran seperti janji tuannya dulu menyebabkan ia mengamuk dan mahukan layanan. Sebelum kehadiran makhluk jin besar keturunan Ifrit jantan atau digelar hantu raya dalam budaya Melayu itu, akan ada bau busuk dan serangga seperti belalang atau serangga lain.

"Makhluk itu berbulu seperti mawas, amat ganas dan memakan darah dan air mani manusia untuk hidup, akan menggigit dan meninggalkan tanda kepada semua keturunan keluarga ayah," katanya.

Ustaz itu juga menerangkan, makhluk itu kadang-kadang menyerupai ayah dan sering merogol ibu dan saya ketika tidur. Apabila kami tidur, kadangkala bermimpi melahirkan anak kecil.

Makhluk itu juga berupaya mengacau-bilau dan memecah belahkan keluarga jika tuntutannya tidak dipenuhi. Ustaz itu menambah, jika tidak berhati-hati, kemungkinan ada kematian kerana makhluk itu mahukan makanannya (darah) yang banyak. Saya tidak tahu betul atau tidak, tetapi ramai keluarga di sebelah ayah yang mati pada usia muda. Wallahualam.

Kami berubat tapi masalah lebam masih berterusan dan mimpi dirogol masih berterusan. Saya juga kerap bermimpi anak kecil selain bermimpi melahir dan menyusukan bayi. Pernah sekali antara sedar dan tidak, saya melihat lembaga hitam menyerupai ayah mengaku yang 'ia' sudah mati dan hendak memeluk saya.

Apabila saya sedar, saya menjerit dan lembaga itu hilang. Dua tiga hari selepas insiden itu, bau hanyir darah memenuhi bilik. Semua cadar dicuci tetapi bau masih ada. Insiden pelik lain ialah bunyi sesuatu menghempap bumbung dan mencakar siling terutama pada tengah hari dan malam.

Kelakuan ayah juga pelik apabila membiarkan sekeping bumbung (atap) rumah terbuka pada setiap bilik, meletakkan parang atau sebilah pisau kecil di bawah permaidani, katil atau kerusi dan makan dalam kuantiti yang banyak malah berpinggan-pinggan.

Ayah juga ada menyimpan keris kecil yang katanya, pusaka yang harus dijaga rapi selain sehelai kain putih berbentuk gelang yang dililit.

Setiap malam Jumaat atau malam Rabu, ayah memakai wangian yang baunya sungguh kuat dan membuka semua tingkap dengan luas. Ayah juga tidak mahu tidur dengan ibu dan mengunci diri dalam bilik keseorangan.

Pernah saya mengintai dan melihat dia bercakap seorang diri dan ketika itu di luar rumah ada bunyi serangga seperti belalang yang berdesing kuat.

Ustaz yang kami temui juga pernah berkata, datuk saya itu tidak boleh meninggal dunia selagi 'amalannya' diturunkan kepada waris keturunannya menyebabkan ustaz itu menasihatkan saya dan ibu memutuskan hubungan dengan ayah dan duduk sejauh mungkin bagi mengelakkan gangguan berterusan.

Alhamdulillah, kami mengikuti nasihat itu. Kini saya menetap di luar negara dan dalam proses membawa ibu tinggal bersama-sama. Masalah lebam masih ada tetapi sudah tidak seteruk dulu.

Buat masa ini, saya mengamalkan bacaan beberapa ayat suci al-Quran dan bersolat lebih tekun untuk mengelak diganggu. Bisa di badan dan mimpi dirogol atau dihempap makhluk hitam, Alhamdulillah sudah tiada.

Memang sukar untuk masyarakat mempercayai perkara ini, tetapi pada hakikatnya inilah masalah yang melanda masyarakat Melayu hingga kini.

Mungkin ada sesetengah pihak menganggap perkara ini remeh tetapi amalan saka jika tidak dibendung membawa mudarat - perpecahan rumah tangga, perceraian suami isteri, syak wasangka, pergaduhan antara saudara dan masyarakat, sakit misteri berlanjutan dari segi fizikal dan mental serta hidup tidak lagi tenang.

Saya berharap jika ada sesiapa yang menghadapi masalah saka, berubatlah dan buanglah perkara jahil ini. Bertaubat serta kembalilah ke jalan Islam yang sebenar dan percayalah kepada kekuasaan Allah dan amalan Nabi dan Rasul.

Monday, April 1, 2013

Kisah Di Sebalik Wajah Misteri Muncul Dalam Air


Kisah Di Sebalik Wajah Misteri Muncul Dalam Air | Keluarga De Vanny melawat Arizona Memorial pada hari Isnin, dan seperti biasa, Susan telah mengambil banyak foto.

"Saya membelek gambar-gambar dan melihat berapa banyak yang saya benar-benar perlu, dan membuang yang teruk dan kemudian saya jumpa foto ini," kata Susan De Vanny.

Foto permukaan air di atas bangkai kapal itu, dengan minyak berkilauan, menunjukkan imej yang kelihatan seperti wajah manusia. Susan tidak cukup pasti apa yang membuatkannya terjadi sedemikian.

"Saya menunjukkan kepada suami saya dan saya tidak berkata apa-apa, saya berkata hanya perlu lihat gambar dan beliau berkata oh my gosh ia adalah wajah, dan kemudian anak-anak melihatnya dan mereka berkata oh wow."

1,177 kelasi telah meninggal dunia di atas kapal USS Arizona semasa serangan ke atas Pearl Harbor pada tahun 1941. Kebanyakan tubuh yang mati tidak pernah dijumpai. Keluarga De Vanny belajar semua ini apabila mereka melawat memorial itu. Dan selepas mendapat lebih kejutan, Susan berkata mungkin imej ini adalah mesej dari luar.

"Ia kelihatan benar-benar sedih, benar-benar sedih dan muda. Muka itu, bagi saya kelihatan muda, yang saya tidak tahu jika ia mewakili orang-orang pada masa itu yang maut."

Keluarga De Vanny akan menghabiskan beberapa hari lagi di pulau-pulau itu dan mengambil lebih banyak gambar. Tetapi mungkin tiada yang cukup diingati seperti gambar yang satu ini.

"Yang pasti, ia pasti akan membawa saya kembali ke Hawaii setiap kali saya melihatnya." tambah Susan.

Kisah Misteri Pokok Pemakan Daging Manusia


Kisah Misteri Pokok Pemakan Daging Manusia | Pada 1878, seorang pengembara Jerman yang melawat Madagascar iaitu Carl Liche, sempat menyaksikan satu upacara menyeramkan yang dilakukan salah satu puak Orang Asli di wilayah itu. Pengembara itu menyaksikan puak Mkodo menangkap seorang daripada anak gadis kumpulan mereka dan menyerahkan kepada pokok gergasi yang aneh untuk dijadikan korban!

Dia melihat bagaimana ahli kumpulan itu mengelilingi gadis terbabit sambil menujah lembing tajam ke arahnya dengan niat memaksa wanita malang itu memanjat tumbuhan gergasi berkenaan. Tidak seperti tumbuhan biasa, pokok aneh yang menyerupai pokok nanas gergasi itu kelihatan menyeramkan dengan bahagian jambul di atasnya dipenuhi jalur hijau seakan sesungut sotong kurita yang mengelilingi takungan berisi cecair tertentu.

Apabila gadis itu sampai di bahagian atas tumbuhan berkenaan, dia dengan berat hati dipaksa meminum cecair yang bertakung di atas pohon berkenaan. Serentak itu, dengan tiba-tiba tumbuhan berkenaan kelihatan hidup dan bergerak-gerak. Sesungut hijaunya dengan rakus membelit jasad gadis berkenaan menyebabkan dia menjerit lantang bagi menzahirkan ketakutan yang teramat.

Sebaik sahaja kisah menyeramkan itu dipaparkan didalam akhbar, tanda tanya segera tercetus di kalangan ramai pihak berhubung kewujudan tumbuhan aneh yang diceritakan itu. Lebih membingungkan adalah kisah berhubung tumbuhan misteri yang memakan manusia tidak tertera menerusi kisah berkenaan saja tetapi turut didapati dalam pelbagai kisah legenda di beberapa negara lain antaranya di Amerika Syarikat dan Mexico.

Beberapa tahun kemudian iaitu pada 1924, bekas Gabenor Michigan, Chase Osborn, dalam buku tulisannya bertajuk ‘Madagascar, Negeri Pokok Yang Memakan Manusia’ mengesahkan kewujudan tumbuhan karnivor berkenaan malah menyatakan bahawa puak Mkodo serta mubaligh yang pernah melawat wilayah itu mengetahui wujudnya pokok aneh itu.

Beberapa kenyataan pengesahan itu semakin membingungkan ramai pihak. Fakta yang diketahui ramai adalah tumbuhan tidak mampu bergerak secara bebas dengan sendirinya, apatah lagi untuk memakan dan menelan hidupan lain.

Setelah heboh mengenai kisah tumbuhan aneh itu, satu pencarian yang memakan masa bertahun-tahun dijalankan. Penemuan mengejutkan itu menyebabkan penyelidik biologi terkemuka, Charles Darwin menghabiskan masa selama 15 tahun untuk mengkaji tumbuhan berkenaan yang kemudian dikenali dengan nama saintifik ‘insectivores’.

Kajian mendapati, tidak seperti tumbuhan lain yang memperoleh ‘makanan’ mereka dengan menyerap mineral daripada tanah, tumbuhan karnivor memerangkap haiwan serta serangga dan memakan mereka bagi mendapatkan nutrien. Tumbuhan jenis ini dapat bergerak dengan sendirinya dan menggunakan pelbagai kaedah untuk memerangkap mangsa mereka. Tumbuhan itu dikenali sebagai ‘venus flytrap’ atau nama saintifiknya ‘Dionaea muscipula’ dan juga ‘nepenthes’ yang banyak tumbuh di Asia Tenggara dan memerangkap serangga, katak dan haiwan sebesar tikus untuk dimakan. Namun, pencarian itu tidak menemui sedikitpun bukti tumbuhan karnivor yang mampu memakan manusia.

Tanpa penemuan memberangsangkan, penyelidik termasuk penulis sains, Willy Ley, berpendapat bahawa kisah Carl Liche seperti yang tertera didalam akhbar South Australian Register itu hanyalah rekaan semata-mata. Tiada pohon yang memakan manusia di Madagascar, tiada puak Mkodo ditemui di situ malah pengembara Jerman bernama Carl Liche juga didapati tidak pernah wujud di dunia ini.

Sunday, March 31, 2013

Fuh Aneh! Pokok Pinang Tertera Jelas Wajah Manusia Ditemui. Misteri Atau Kebetulan?



Fuh Aneh! Pokok Pinang Tertera Jelas Wajah Manusia Ditemui. Misteri Atau Kebetulan? | Agaknya fenomena alam aneh dan unik semakin banyak dijumpai didunia ini. Kadang kala sukar untuk kita mempercayai, ada yang boleh dipercayai dan ada juga tidak. Namun banyak juga yang menganggapnya sebagai hal mistik atau ghaib yang susah dihuraikan.

Baru baru ini ditemukan fenomena unik yang benar benar luar biasa iaitu ada sebatang pokok pinang yang salah satu bahagiannya muncul mirip sekali dengan wajah manusia, terutama seperti bahagian mulut dan hidung, dimana bentuk bibirnya benar-benar mirip bibir manusia.Yang unik lagi adalah bentuk wajah itu setiap harinya konon selalu berubah ubah.

Menceritakan lebih lanjut kejadian unik tersebut ada di kota Bau-Bau Sulawesi Tenggara sejak 21 September 2010 lalu. Sebuah pohon pinang muncul wajah yang mirip dengan wajah manusia tepatnya di pelepahnya. Pokok pinang tersebut tumbuh di halaman seorang penduduk yang bernama Rahman yang terletak di daerah Jembatan Tengah.

Menurut saksi dan penduduk setempat menyatakan jika wajah yang terdapat pada pelepah pokok pinang tersebut setiap hari boleh berubah bentuknya.Bahkan pada 23 September 2010 wajah manusia yang nampak pada pokok pinang tersebut sudah mulai nampak jelas bentuk matanya dan mulutnya.

Menurut Rahman tuan rumah pemilik pokok pinang tersebut, malam hari sebelum munculnya wajah tersebut dia mendengar suara seperti tangisan dari arah pokok pinang itu,dan keesokan harinya muncul wajah di pelepah pinang tersebut.

Menurut Pak Abdul Jalil seorang paranormal yang tinggal di kawasan Kanakea Bau-Bau menyatakan bahawa wajah yang muncul pada pokok pinang tersebut adalah kewujudan dari jin yang telah sengaja “dibuang” oleh seseorang pada pokok pinang itu. Sejak penampakan wajah pada pokok pinang itu.

Bagaimanapun fenomena alam ini, apakah bentuk kekuasaan dan kebesaran dari Tuhan Yang Maha Kuasa,atau sebagai hal lumrah yang boleh saja terjadi dimanapun, tentu iman yang ada dalam hati kita masing-masing yang mampu menjawabnya.

Fenomena Awan Pelangi Yang Sangat Jarang Ditemui


Fenomena Awan Pelangi Yang Sangat Jarang Ditemui | Fenomena awan pelangi api termasuk dalam fenomena yang jarang ditemui. Namun, jurugambar ini sangat berjaya sehingga dapat memotretnya. Jurugambar Ken Rotberg berjaya mengabadikan fenomena jarang ditemui ini di selatan Florida, Amerika Syarikat (AS). Saat itu, Rotberg mengaku baru saja kembali selepas bermain tenis dan melihat awan menakjubkan ini di langit.

Saya langsung mengambil kamera dan memotretnya. Tak memerlukan waktu untuk awan berubah menjadi berwarna warni, kata lelaki berusia 49 tahun ini seperti dipetik Dailymail.
Ahli optik Les Cowley mengatakan, fenomena yang lebih dikenali sebagai awan pelangi api ini sebenarnya bernama lingkar horizon.

Selain itu, lingkaran ini sebenarnya bukan pelangi dan tak ada hubungannya dengan api. Yang berlaku sebenarnya adalah, awan Cumulus menguap dan mendorong lapisan udara lembab di atasnya untuk membentuk topi awan. Titik air yang ada di dalamnya pun menghasilkan warna-warna, jelasnya.

Saturday, March 30, 2013

Misteri Di Sebalik Api Menyala Di Dasar Lautan


Misteri Di Sebalik Api Menyala Di Dasar Lautan | Pada pertengahan tahun 1990-an, dua orang ahli geologi dari Rusia, Anatol Sbagovich dan Yuri Bagdanov bersama rakan saintis mereka dari AMerika Syarikat, Rona Clint telah menemui satu cahaya aneh yang muncul di dasar Lautan Atlantik.

Cahaya berwarna kemerah-merahan itu dilihat berada pada kedalaman 2,000 meter daripada aras laut dan ia telah menerangi suasana dasar lautan yang gelap gelita.

Fenomena luar biasa itu telah ditemui oleh pasukan penyelidik berkenaan ketika mereka sedang melakukan penelitian tentang kerak bumi disekitar laut berhampiran pantai Miami, Amerika Syarikat. Mereka menyatakan cahaya tersebut tidak statik, sebaliknya bergerak perlahan-lahan secara rawak.

Ketiga-tiga penyelidik itu kemudiannya menurunkan tahap kedalaman kapal selam mereka keparas 1750 meter bagi meninjau keadaan yang berlaku. Pada ketika itu, mereka telah dikejutkan dengan fenomena aliran air yang sangat panas mengalir dari arah rekahan batu. Aliran tersebut dikatakan seperti pancutan air geiser yang terdapat di daratan muka bumi.

Kemudian, aliran air panas berkenaan turut disertai dengan semburan lahar cair seperti api dan diikuti dengan debu gunung berapi yang kelihatan seperti asap kebakaran.

Mereka tidak dapat meneruskan pemerhatian ketika itu kerana suhu disekitar kawasan berkenaan telah menjadi terlalu tinggi sehingga mencapai skala 231 darjah selsius.

Kemudian pada tahun 2009, beberapa orang saintis telah bergabung untuk menghasilkan sebuah robot kapal selam bagi meninjau permukaan dasar lautan dalam. Berdasarkan rakaman video yang diambil robot berkenaan, saintis mendapati terdapat lingkaran cahaya aneh yang telah menerangi beberapa lokasi disekitar dasar laut itu.

Selepas kajian lanjut dilakukan, mereka mendapati cahaya itu merupakan api yang terhasil daripada aliran lahar gunung berapi dasar laut. Malah, robot berkenaan juga telah menjadi saksi kepada aktiviti letusan gunung berapi yang jaraknya 4,000 kaki dibawah permukaan Lautan Pasifik.

Fakta ini sebenarnya telah pun dinyatakan didalam Al-Quran 1400 tahun lalu. Firman Allah dalam surah Ath-Thur, ayat 6 yang bermaksud; "Dan demi laut yang didalam tanahnya ada api (masjur)".

Fakta ini kemudiannya dipanjangkan lagi melalui hadis Rasulullah SAW, "Sesungguhnya dibawah lautan ada api dan dibawah api ada lautan". -(Hadis riwayat Abu Daud, Al-Baihaqi dan Al-Hakim).

Sebelum ini, tiada siapa pernah melihat fenomena luar biasa seumpama itu berlaku. Kini buat pertama kalinya manusia dapat melihat lava mengalir di dasar laut menerusi penemuan sains.

Kisah Misteri Disebalik Penduduk Kota Pompeii Yang Bertukar Menjadi Batu


Kisah Misteri Disebalik Penduduk Kota Pompeii Yang Bertukar Menjadi Batu | Sekitar 23 Ogos tahun 79 Masihi (M), keadaan di Pompeii (kini satu kawasan di Itali) kelihatan sibuk sama seperti kota purba lain – penduduknya bergerak ke sana sini, berjual beli dalam bangunan atau gedung besar serta berinteraksi antara satu sama lain. Sehinggalah tiga hari kemudian, secara tiba-tiba saja satu kisah misteri melanda kota berkenaan sehingga menyebabkan bangunan dan penduduknya lenyap bagaikan tidak pernah wujud pada muka bumi ini.

Seterusnya selama 1,500 tahun, kewujudan kota Pompeii yang suatu ketika dulu menjadi antara kota terkemuka dalam Empayar Rom, hilang dalam lipatan sejarah. Tiada siapa yang mengetahui kewujudan kota berkenaan. Masa terus berlalu sehinggalah ketibaan 1594; sekumpulan pekerja diarahkan menggali terowong di kaki gunung berapi Vesuvius bagi projek membekalkan air kepada sebuah kampung berdekatan.

Kerja mengorek tanah dijalankan dengan giat tetapi secara tiba-tiba kumpulan pekerja itu terpaksa menghentikan aktiviti berkenaan selepas menemui sesuatu benda aneh tertanam di dalam tanah. Tinggalan aneh berbentuk artifak itu dikeluarkan dan berita penemuannya terus tersebar luas menyebabkan semakin banyak kerja cari gali dilakukan di kawasan itu. Bagaimanapun, pada 1631, gunung berapi Vesuvius meletus tujuh kali sehingga memusnahkan apa saja yang berada berhampirannya termasuk kawasan penemuan artifak berkenaan.

Tujuh puluh enam tahun kemudian, kerja mengorek kembali dipelopori Putera d’Elboeuf selepas beliau mendengar kewujudan artifak berharga dan harta karun tertanam di kawasan berkenaan. Pihaknya terus menggali dan pelbagai tinggalan artifak yang pernah ‘terkubur’ di bawah tanah di kawasan berkenaan kembali dikorek keluar. Ketika itulah misteri kehilangan kota Pompeii selama ribuan tahun akhirnya terbongkar. Bagaimanapun, penemuan kota purba itu turut menimbulkan pelbagai persoalan misteri di kalangan pelbagai pihak terutama pengkaji sejarah.

Malah, lebih mengejutkan adalah selain artifak berupa tembikar dan barangan purba, turut dijumpai di kawasan berkenaan adalah puluhan patung batu berbentuk manusia dalam keadaan menggerunkan.

Antara penemuan aneh itu adalah sekumpulan jasad manusia yang seolah-olah bertukar menjadi patung batu ketika sedang menjamu selera. Lebih menakutkan adalah kejadian misteri yang melenyapkan kota itu secara tidak langsung turut menyimpan ‘wajah’ sebenar kota Pompeii apabila turut ditemui puluhan jasad manusia yang sedang mengadakan hubungan seks termasuk seks luar tabii, bertukar menjadi batu.

Malah, jelas kelihatan adalah raut muka penduduk yang menunjukkan ekspresi terkejut dan ketakutan teramat seolah-olah bencana yang terjadi itu datang secara tiba-tiba. Kajian seterusnya membongkar cerita sebenar mengenai kota Pompeii. Kota itu didirikan sekitar abad ke-6 Sebelum Masihi (SM) oleh kaum Osci atau Oscan iaitu suatu kelompok masyarakat di tengah Itali.

Pompeii kemudian berkembang pesat dan maju dari segi pembangunan. Akan tetapi, di sebalik kemajuan seni bina dan aspek kesenian yang memukau, kota itu sebenarnya membangun sebagai pusat pelacuran serta kegiatan yang melampaui batas kemanusiaan. Rumah pelacuran dibina dengan jumlah yang tidak terhitung malah alat kelamin lelaki digantung di pintu pusat pelacuran berkenaan. Masyarakat Pompeii pada ketika itu juga dikatakan mengamalkan kepercayaan ‘Mithra’ yang menyakini bahawa alat kelamin serta persetubuhan tidak sepatutnya dilakukan secara sembunyi tetapi mesti dilakukan di tempat terbuka.

Selepas lama aktiviti maksiat tanpa batas itu berlarutan di kota berkenaan, secara tiba-tiba gunung berapi Vesuvius yang sebelum itu ‘sepi’ selama dua juta tahun akhirnya meletuskan lava panas sehingga membanjiri kota itu. Tiada seorang pun daripada penduduk yang terselamat malah debu tebal bencana itu terus menenggelam serta melenyapkan Pompeii daripada sejarah peradaban dunia malah menukarkan penduduknya seolah-olah menjadi patung batu.

Friday, March 29, 2013

Kisah Benar Misteri Perigi Ajaib


Kisah Benar Misteri Perigi Ajaib | SENAI – Sebuah perigi lama yang sudah tidak digunakan di sebuah surau di Kampung Melayu Raya, Segamat, di sini menimbulkan tanda tanya penduduk setempat apabila sentiasa dipenuhi air sehingga melebihi paras tanah digali.

Ketua Kampung, Idris Mohd Yunus berkata, perigi berusia lebih 20 tahun itu sudah tidak digunakan lagi selepas surau berkenaan dilengkapi dengan kemudahan paip air sejak kira-kira 15 tahun lalu.

Bagaimanapun katanya, perigi yang sentiasa ditutup dianggap sebagai ajaib apabila penduduk mendapati ia sentiasa dipenuhi air berbanding perigi lain yang kebiasaannya hanya dipenuhi air pada paras bawah tanah.

“Kejadian ini sudah lama berlaku dan ramai penduduk menganggapnya sebagai perigi ajaib kerana air dari perigi ini akan penuh sehingga ke paras pembetung yang dibina setinggi lebih dua kaki dari paras tanah.

“Malah air dari perigi ini akan melimpah keluar terutamanya pada musim hujan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.

Idris berkata, kejadian itu dianggap sebagai salah satu kebetulan dan perigi itu masih dijaga rapi walaupun sudah lama tidak digunakan.

“Selain daripada keadaan airnya yang sentiasa penuh, tiada kejadian aneh lain yang berlaku membabitkan perigi itu.

“Ini mungkin satu kebetulan dan kami menganggapnya sebagai salah satu tanda kebesaran ALLAH,” katanya.

Thursday, March 28, 2013

Lembaga Dipercayai Wajah Kiram Muncul Dalam Handphone Penduduk Lahad Datu


Lembaga Dipercayai Wajah Kiram Muncul Dalam Handphone Penduduk Lahad Datu | Imej lembaga putih dengan lidah terjelir dan bertanduk dipercayai hantu berjaya dirakam secara tidak sengaja oleh seorang pelanggan dengan menggunakan telefon pintar di sebuah gerai makan di pekan Bagan Tiang, hujung tahun lalu.

Pekerja kontrak, Musa Ibrahim, 40, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam, dia bersama tiga rakannya sedang melepak dan bersembang di dalam ruangan khas gerai itu.

Menurutnya, seorang rakan bernama Rizan Shahrin Abdul Rahman, 35, bertindak merakam gambar kepala salah seorang rakan dengan menggunakan telefon pintar dimilikinya secara suka-suka dengan niat bergurau senda.

“Setelah itu, kami terus meneliti kembali beberapa keping gambar yang dirakam.

“Bagaimanapun, kami terkejut melihat kelibat kepala lembaga putih dengan lidah terjelir dan bertanduk muncul di penjuru kanan salah satu gambar diambil walaupun pemilik telefon pintar ini benar-benar yakin tidak melihat apa-apa sebelum rakaman gambar dibuat,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di Pekan Bagan Tiang di sini semalam.

Musa berkata, gempar dengan penemuan itu, mereka bertindak menemui salah seorang individu yang arif dalam bidang paranormal untuk mengesahkan imej lembaga berkenaan.

“Setelah meneliti gambar terbabit, individu itu mengesahkan imej hantu yang berkemungkinan ‘melintasi’ lokasi kejadian pada ketika itu.

“Kami memutuskan mendedahkan perkara ini melalui media setelah mendapat maklumat terdapat siri gangguan makhluk halus dialami penduduk sejak kebelakangan ini dan menggesa ada pihak sudi tampil ke hadapan menyelesaikan perkara ini,” katanya.

Wednesday, March 27, 2013

Kisah Benar Penggali Kubur Temui Mayat Berusia 30 Tahun Yang Masih Elok


Kisah Benar Penggali Kubur Temui Mayat Berusia 30 Tahun Yang Masih Elok | KANGAR: Tiga penggali kubur tergamam menemui mayat dipercayai berusia lebih 30 tahun dalam keadaan elok dan sempurna, ketika menggali liang lahad untuk tujuan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Tok Paduka, di sini, semalam.

Mayat lelaki tidak dikenali itu ditemui jam 11.30 pagi sebaik ketiga-tiga penggali kubur berkenaan menggali liang lahad terbabit pada kedalaman 1.5 meter.

Berdasarkan maklumat, mayat lelaki itu bukan saja masih elok dari segi fizikal, malah kain kafan jenazah juga masih sempurna, kecuali sedikit kotor akibat diselaputi lumpur.

Bagaimanapun, kayu keranda yang digunakan untuk melindungi mayat sudah reput dimamah usia.

Penggali kubur, Desa Sulaiman, 74, berkata penemuan jenazah itu mengejutkan kerana sepanjang pengetahuannya liang lahad yang digali itu memang kosong.

Katanya, keadaan jenazah itu tidak berbau dan masih sempurna dengan kulit serta isi yang terlekat pada tubuh jarang dilihat, apatah lagi dengan usia jenazah yang dipercayai mencecah puluhan tahun.

"Saya 30 tahun menggali kubur di sini, tetapi tidak pernah menemui kejadian sedemikian, walaupun pernah mendengar cerita mengenainya sebelum ini.

"Sepanjang pengetahuan saya, mayat yang masih elok dan sempurna walaupun berusia ratusan tahun kebiasaannya milik orang alim kerana jenazah mereka dilindungi Tuhan berikutan amalan baik yang dilakukan sepanjang hayat," katanya.

Difahamkan, penemuan mayat itu menyebabkan urusan pengebumian jenazah seorang wanita berusia 53 tahun yang dijadualkan sebelum Zuhur, ditangguhkan beberapa jam untuk memberi laluan kepada urusan pengebumian semula jenazah yang ditemui itu.

Desa dan dua lagi rakannya terpaksa menguruskan pengebumian semula jenazah terbabit di sebelah liang lahad yang digali, sebelum meneruskan urusan penggalian liang lahad baru untuk pengebumian jenazah wanita yang baru meninggal itu.

Rakannya, Mohd Hafiz Abdan, 20, berkata beliau tergamam melihat wajah serta tubuh mayat yang masih elok seperti baru meninggal dunia ketika mengangkat mayat terbabit untuk dialihkan ke liang lahad baru.

"Saya sempat melihat keadaan susuk tubuh mayat berkenaan yang berkulit sawo matang, namun tidak berani menatapnya terlalu lama.

"Apa pun, penemuan mayat berkenaan bagi saya suatu misteri kerana jarang dilihat walaupun oleh penggali kubur," katanya.

Tuesday, March 26, 2013

Kisah Misteri Orang Tua Mati Tergantung Pulang Kerumah Selepas Sebulan


Kisah Misteri Orang Tua Mati Tergantung Pulang Kerumah Selepas Sebulan | Seorang datuk berumur 75 tahun yang bernama Mat Eksan telah ditemui meninggal dunia dalam keadaan tergantung di pokok dan membusuk pada 26 Mac lalu. Tapi pada 20 April, dia bangkit dari kubur dan pulang ke rumah.

Kejadian itu berlaku di Kecamatan Mojoroto, Kota Kediri, Indonesia. Dikatakan bahawa dia ditemui oleh seorang lelaki yang mengenalinya dan membawanya pulang.

Menurut Mukini (50), anak sulung Mat Eksan, ketika memeriksa di bilik mayat RS Bhayangkara ciri-ciri fizikalnya serupa dengan orang tuanya. "Saya hafal jari ketiga kaki kiri bapa lebih panjang dari jari kedua," katanya kepada Surya. 

Cuma ketika itu Mukini mengaku tidak boleh memeriksa wajah dan kepalanya kerana keadaan mayatnya sudah rosak. "Wajahnya sudah tidak boleh dikenali, tapi ciri jari kaki dan lengannya sama dengan milik bapa," ujar karyawati PT Gudang Garam tersebut. 

Jenazah Mat Eksan sendiri terus dimakamkan keluarganya di pemakaman umum desa setempat pada tarikh 1 April 2011 lalu. Penguburan Mat Eksan dilakukan pada malam hari di pemakaman yang terletak di tengah-tengah kebun tebu. 

Keadaan makamnya juga mengandungi misteri kerana tanahnya saat ini tenggelam sekitar 20 cm. Bahkan, batu nisan yang tertulis nama Mat Eksan wafat, 01 - 04 -2011 sempat terpendam dalam tanah. "Biasanya makam selepas 20 hari tanahnya tenggelam," ujar Supendi, juru kunci makam yang turut memakamkan Mat Eksan.

Sejarah Dan Salasilah Pontianak Dan Kuntilanak Yang Perlu Anda Ketahui


Sejarah Dan Salasilah Pontianak Dan Kuntilanak Yang Perlu Anda Ketahui | Kuntilanak (bahasa Melayu: puntianak, pontianak) adalah hantu yang dipercaya berasal dari perempuan hamil yang meninggal dunia atau wanita yang meninggal kerana melahirkan dan kanak-kanak tersebut belum sempat lahir. Nama "kuntilanak" atau "pontianak" kemungkinan besar berasal dari gabungan kata "bunting" (hamil) dan "anak".

Kota Pontianak mendapat namanya kerana konon Abdurrahman Alkadrie, pengasas Kesultanan Pontianak, diganggu hantu ini ketika akan menentukan tempat pendirian istana. Dalam folklor melayu, sosok kuntilanak digambarkan dalam bentuk wanita cantik yang punggungnya berlubang. Kuntilanak digambarkan senang meneror penduduk kampung untuk menuntut balas. Kuntilanak sewaktu muncul selalu diiringi harum bunga kamboja.

Konon laki-laki yang tidak berhati-hati boleh dibunuh sesudah kuntilanak berubah wujud menjadi penghisap darah. Kuntilanak juga senang menikmati bayi dan mencederakan wanita hamil. Dalam cerita seram dan film horor di televisyen Malaysia, kuntilanak digambarkan membunuh mangsa dengan cara menghisap darah di bahagian tengkuk, seperti vampir. Agak berbeza dengan gambaran menurut tradisi Melayu,

kuntilanak mengikut tradisi Sunda tidak mempunyai lubang di punggung dan hanya mengganggu dengan hantu saja. Jenis yang mempunyai lubang di belakang sebagaimana keterangan di atas disebut sundel bolong. Kuntilanak konon juga menyukai pokok tertentu sebagai tempat "bersemayam", misalnya waru yang tumbuh condong ke samping (popular disebut "waru doyong"). Kepercayaan penangkalan Berdasarkan kepercayaan dan tradisi masyarakat Jawa, kuntilanak tidak akan mengganggu wanita hamil bila wanita tersebut selalu membawa paku, pisau, dan gunting bila pergi ke mana sahaja. Hal ini menyebabkan seringnya ditemui kebiasaan meletakkan gunting, jarum dan pisau di dekat tempat tidur bayi.

Menurut kepercayaan masyarakat Melayu, benda tajam seperti paku boleh menangkal serangan kuntilanak. Ketika kuntilanak menyerang, paku ditancapkan di lubang yang ada di belakang leher kuntilanak. Sementara dalam kepercayaan masyarakat Indonesia yang lain, lokasi untuk memasukkan paku boleh bergerak ke bahagian atas ubun-ubun kuntilanak. Kepercayaan akan adanya kuntilanak atau sundel bolong sangat sering dijadikan sebagai bahan urban legend dan cinema.

Saturday, March 23, 2013

Kisah Misteri Pelepah Pinang Berwajah Manusia


Kisah Misteri Pelepah Pinang Berwajah ManusiaFenomena alam aneh dan unik semakin banyak dijumpai didunia ini,kadang sukar untuk kita mempercayai,ada yang boleh dipercayai dan ada juga tidak.Namun banyak juga yang menganggapnya sebagai hal mistik atau ghaib yang susah dihuraikan.

Baru baru ini ditemukan fenomena unik yang benar benar luar biasa iaitu ada sebatang pokok pinang yang salah satu bahagiannya muncul mirip sekali dengan wajah manusia, terutama seperti bahagian mulut dan hidung, dimana bentuk bibirnya benar-benar mirip bibir manusia.Yang unik lagi adalah bentuk wajah itu setiap harinya konon selalu berubah ubah.

Menceritakan lebih lanjut kejadian unik tersebut ada di kota Bau-Bau Sulawesi Tenggara sejak 21 September 2010. Sebuah pohon pinang muncul wajah yang mirip dengan wajah manusia tepatnya di pelepahnya.Pokok pinang tersebut tumbuh di halaman seorang penduduk yang bernama Rahman yang terletak di daerah Jembatan Tengah.

Friday, March 22, 2013

Fuh Seram!! Sudah 6 Hari Mati, Nenek Ini Ditemui Sedang Memasak


Fuh Seram!! Sudah 6 Hari Mati, Nenek Ini Ditemui Sedang MemasakBEIJING: Seorang wanita China berusia 95 tahun yang disangka sudah mati mengejutkan jirannya apabila dia bangun semula enam hari selepas dia dimasukkan ke dalam keranda.

Li Xiufeng ditemui tidak bergerak dan tidak bernafas oleh seorang jiran dua minggu selepas dia jatuh dan mengalami kecederaan di kepala di kediamannya di Beiliu, wilayah Guangxi. Apabila jiran yang menemuinya itu tidak dapat menyedarkan wanita itu, mereka menyangka dia sudah meninggal dunia.

Dia diletakkan di dalam keranda tanpa dikunci yang disimpan di kediamannya mengikut tradisi Cina, menanti saudara-mara dan teman rapat untuk memberi penghormatan terakhir.

Namun, sehari sebelum pengebumian, jiran mendapati keranda itu kosong dan kemudiannya menjumpai wanita itu memasak di dapur.

Seorang jiran, Chen Qingwang, 60, yang mula-mula menemui Xiufeng berkata: “Dia tidak bangun, jadi saya datang untuk membangunkannya.

“Walau betapa kuat saya menggerakkan tubuh dan memanggil namanya, dia tidak memberi sebarang reaksi. “Saya dapat rasakan ada yang tak kena, jadi saya periksa nafasnya dan mendapati dia sudah tiada, tetapi tubuhnya ketika itu tidak sejuk. Disebabkan Xiufeng tinggal bersendirian, Qingwang dan anak lelakinya membuat persediaan untuk upacara pengebumiannya.

Pada hari upacara pengebumiannya, anak lelaki Qingwang tiba di rumah Xiufeng dan mendapati mayatnya sudah hilang sebelum menemui dia sedang memasak. Wanita itu dilapor memberitahu penduduk kampung: “Saya tidur begitu lama. Selepas bangun, saya terasa begitu lapar dan mahu memasak sesuatu.

“Saya tolak penutup keranda itu. Saya mengambil masa begitu lama untuk berbuat demikian sebelum dapat keluar dari keranda itu.” – DM

Thursday, March 21, 2013

Fuh Misteri! Lobak Merah Berwajah Toyol Ditemui



Fuh Misteri! Lobak Merah Berwajah Toyol Ditemua | Yvonne Darnell tidak percaya matanya apabila dia menarik satu makhluk aneh dari dalam tanah di taman beliau.

Wanita berusia 46 tahun itu telah membuat penemuan yang luar biasa di rumahnya di Burgess Hill, West Sussex, England.

Beliau berkata: "Saya tidak percaya. Ia amat melucukan. Saya melihat dan berfikir, Ia kelihatan seperti bayi makhluk asing."

"Saya menunjukkan kepada rakan-rakan dan pelanggan saya di tempat kerja dan mereka berkata saya perlu  hubungi The Argus."

"Saya telah memanggilnya Kevin." Katanya, Evie kucing peliharaannya, memberi pandangan mencurigakan terhadap Kevin tetapi keluarganya berfikir bahawa ia adalah comel.

Ntah dia makan atau tidak lobak merah ganjil itu. Rupanya boleh dikatakan seakan-akan toyol, siap dengan kepala dan kaki, cuma tiada tangan. 

Monday, March 18, 2013

Kisah Misteri Dan Aneh Lampu Boleh Menyala Beribu Tahun


Kisah Misteri Dan Aneh Lampu Boleh Menyala Beribu Tahun | Seperti sukar untuk diterima akal apabila sekumpulan penyelidik menemui sebuah lampu yang masih lagi menyala di makam milik seorang gadis bangsawan dari zaman yunani kuno. Penemuan ini dianggap misteri kerana, tempat itu baru sahaja ditemui sejak 1500 tahun yang lalu. Itu yang membuatkan para penyelidik cuba mencari jawapan bagi mendapatkan kepastian mengenai misteri ini.

Seorang sarjana Australia, Robbert Briggen, berpendapat bahawa manusia zaman prasejarah memiliki kebijaksaan yang lebih maju daripada ilmu pengetahuan yang kita miliki kerana mereka memiliki lampu-lampu abadi.

Pada bulan April 1485 mayat seorang gadis bangsawan dari zaman yunani kuno dikeluarkan dari tempat perkuburannya di “Appian Way”. Ketika para penyelidik memasuki tempat pemakamannya, mereka terkejut apabila menemui sebuah lampu yang menyala sejak 1,500 tahun yang lalu.

Pertanyaannya adalah, dengan cara apa para nenek moyang kita membuat lampu yang mampu terus menyala selama itu? Misteri itu masih tetap merupakan misteri yang pelik akan tetapi sejumlah ahli arkeologi terus berusaha untuk menyelesaikan masalah ini.

Beberapa orang di antara mereka seperti Briggen, mengemukakan pendapat bahawa tenaga yang digunakan untuk menyalakan lampu itu mungkin telah hilang dari permukaan bumi ini.

Akan tetapi, tidak ada bukti yang boleh membuktikan teori-teorinya itu. Manusia pintar dari manakah yang membuat lampu yang terus menyala selama 1,500 tahun?

Sunday, March 17, 2013

Kisah Misteri Pocong Hutan Lipur Kanching Akhirnya Terjawab



Kisah Misteri Pocong Hutan Lipur Kanching Akhirnya Terjawab | Pengunjung terutama pelancong asing di kawasan rekreasi air terjun Hutan Lipur Kanching, Rawang didakwa sering diganggu lembaga misteri.

Kelibat lembaga dikatakan berpakaian putih seolah-olah hantu pocong itu menakutkan pengunjung dan ia semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun, menurut penduduk, perbuatan itu merupakan tindakan segelintir individu dipercayai penagih dadah yang mencuri barangan pengunjung.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 35, berkata, beberapa kes dilaporkan berlaku sebelum ini dan kejadian terakhir berlaku dua minggu lepas.

“Individu ini berpakaian seperti hantu untuk menakutkan pengunjung yang berkelah dan apabila pengunjung melarikan diri, barangan mereka akan dicuri. Ada kes pengunjung juga diragut,” jelasnya.


Perkara yang sama pernah berlaku pada empat tahun lalu tetapi selepas individu itu ditangkap oleh pihak berkuasa, ia kini timbul semula.

“Kami penduduk menggelar lembaga itu hantu pocong kerana dia berpakaian dengan menyelubung kepala sebelum meragut dan menyamun mangsa,” jelasnya.

Katanya, lembaga itu disyaki mereka yang mahir selok-belok hutan kerana menjadikan jalan hutan sebagai laluan keluar masuk.

Kisah Misteri Penjara Paling Seram Di Dunia


Kisah Misteri Penjara Paling Seram Di Dunia | HANTU ada di mana-mana di Alcatraz. itulah ungkapan yang sering keluar jika anda bertnanya kepada penduduk di Amerika Syarikat. Jika satu ketika dulu, pulau yang menempatkan banduan ini tidak boleh dihampiri, kini ia ‘membuka pintu’ kepada pelancong yang berminat untuk mengetahui rahsia penghidupan di dalam penjara. Sebagai pulau terpencil, Alcatraz, penjara yang menempatkan paling ramai pembunuh kejam dan penjenayah licik di dunia, kini menjadi antara tempat pelancongan yang perlu dilawati sekiranya berkunjung ke California, Amerika Syarikat.

Juga dikenali sebagai The Rock, Alcatraz, tidak hanya menyimpan kenangan banduan yang pernah menghuni tempat diberi jolokan Penjara Paling Berhantu Di Dunia’ itu, sebaliknya turut diselubungi 1,001 misteri dan kisah menyeramkan.

Sejak menjadi Penjara Persekutuan pada 1934 hingga penutupannya pada 21 Mac 1963, Alcatraz adalah perhentian terakhir bagi 1,576 penjenayah termasuk pembunuh dan kumpulan samseng. Antara yang pernah tinggal di Alcatraz ialah Al Capone, samseng keturunan Itali yang menguasai Chicago dengan darah dan senjata.

“Saya tidak percaya ada hantu. Namun di Alcatraz, suasananya sungguh berbeza. Pada satu malam saya mendengar bunyi gelas berlaga seolah-olah ada parti sedang berlangsung. Tempat ini amat menyeramkan sebaik gelap. Bulu roma sentiasa meremang" kata Al Capone ketika dipenjarakan di Penjara Alcatra.

Seorang lagi pengawal yang pernah bekerja syif malam mengawal penjara itu selama 10 tahun, Erik Novencido, turut mengalami pengalaman menyeramkan. Dia pernah mengambil gambar bilik terapi kejutan elektrik pada waktu malam untuk ditunjukkan pada seorang rakan.

Apabila filem itu selesai diproses, gambar menunjukkan satu muka yang sedang merenung pegawai tersebut. Manakala Mary McClure, 52, bekas anggota paramedik yang bekerja di situ selama 12 tahun, pernah berasa punggungnya dipicit oleh seseorang walaupun ketika itu beliau sedang bertugas seorang diri. 

Menurut cerita, sel 14D dipercayai antara bilik kurungan yang paling menyeramkan. Pelawat dan pekerja dilaporkan berasa seram sejuk sebaik tiba di sel berkenaan. Kejadian berlaku pada 1940-an apabila seorang banduan yang dikurung di sel 14D menjerit sepanjang malam mengenai satu makhluk dengan mata terbeliak cuba membunuhnya. Keesokan hari, pengawal menemui lelaki itu mati dicekik di dalam sel itu.

Tiada siapa mengaku bertanggungjawab di atas kematian itu. Bagaimanapun, apabila dikira pada keesokan hari, bilangan banduan terlalu ramai, malah sebahagian pengawal mendakwa melihat banduan yang mati itu di celah tahanan lain, sebelum ia lesap dalam sekelip mata.

Sementara itu, Al Capone yang menghabiskan sisa usianya di Alcatraz dengan kesihatan merosot disebabkan penyakit sifilis, suka bermain banjo, sejenis alat muzik bertali seperti gitar, dengan kumpulan pancaragam penjara. Bimbang dibunuh jika berada di luar sel, Capone diberi kebenaran menghabiskan masa lapang berlatih bermain banjo dalam bilik air.

Menariknya, ia tidak terhenti dengan kematian Capone, sebaliknya seorang renjer mendakwa mendengar muzik banjo dimainkan dalam bilik air.Tidak biasa dengan sejarah Alcatraz, renjer berkenaan tidak mengetahui punca bunyi itu dan mendokumentasikan kejadian aneh berkenaan. Pelawat dan pekerja juga melaporkan pernah mendengar bunyi banjo dimainkan.

Perkara pelik lain yang dialami pelawat dan pekerja penjara itu, termasuk terbau asap tetapi tidak menemui api, bunyi tangisan dan mengerang, berasa seram sejuk di bahagian tertentu, malah ada mendakwa ternampak hantu banduan atau anggota tentera.

Tuesday, March 12, 2013

23 Fakta Kematian Paling Aneh Dan Tragis Pernah Dicatatkan


23 Fakta Kematian Paling Aneh Dan Tragis Pernah Dicatatkan |  Setiap manusia pasti tidak akan terlepas dengan ajal maut. Di dunia ini sahaja terdapat banyak kisah-kisah pelik yang boleh mengakibatkan kematian seseorang. Tapi dalam banyak-banyak kematian pelik, kematian yang dinyatakan di bawah ini lebih pelik dan tragis. Tak percaya? Jom baca!

1. Meninggal kerana berniat menggapai bayangan bulan di air
Penyair China Li Po (abad VII-VIII Masehi) merupakan penyair terkenal yang gemar mabuk-mabukan. Suatu saat ia sedang mabuk waktu naik perahu melalui sungai Yangtze. Ia melihat bayangan bulan di air. Kerana mabuk, ia berusaha menggapai bayangan itu untuk memeluknya, namun gagal. Alhasil ia jatuh ke air dan tenggelam.

2. Meninggal kerana janggut
Hans Steininger merupakan orang Austria yang terkenal kerana janggutnya yang terpanjang di dunia. Panjangnya sekitar 140 cm.Pada suatu hari di tahun 1567, terjadi kebakaran yang memerlukan semua orang lari. Beliau lupa mengikat janggutnya yang panjang.Karena terburu-buru, ia menginjak janggutnya sendiri dan terjatuh.Lehernya patah dan ia pun tewas seketika.

3. Meninggal kerana menahan buang air kecil
Tycho Brahe (1546-1601) adalah seorang ahli astronomi. Pada tahun 1601, ia sedang menghadiri jamuan makan besar yang sangat lama, di Prague (sekarang Czech). Adat pada masa itu meyakini bahawa kabur di tengah jamuan makan, termasuk untuk buang air, adalah sangat tidak sopan. Akibatnya beliau terpaksa menahan buang air kecil selama jamuan. Kandung kemihnya melebar sampai ambang batas, dan terjadilah jangkitan (sistitis) yang fatal. Beliau meninggal 11 hari kemudian.

4. Meninggal kerana tongkat konduktor
Jean Baptiste Lully merupakan konduktor yang memimpin orkestra pada perayaan kesembuhan Louis XIV dari sakitnya pada tahun 1687. Kerana terlalu bersemangat, ia menjatuhkan tongkat konduktor tepat pada ibu jari kakinya. Terjadi abses (jangkitan nanah) dan diikuti gangren (pembusukan). Lully menolak amputasi, dan akhirnya ia pun tewas kerana jangkitan yang merebak ke seluruh tubuh.

5. Meninggal kerana lidah tergigit
Allan Pinkerton (1819-1884) adalah seorang agen detektif yang terkenal dengan Pinkerton detective agency-nya. Suatu hari dia sedang berjalan di laluan pejalan kaki. Ia terpeleset. Tidak sengaja lidahnya tergigit, dan terjadilah jangkitan yang kemudian membunuhnya.

6. Meninggal kerana menendang peti
Serupa dengan Lully, tapi ini terjadi di awal abad ke-20 pada Jack Daniel, seorang pengusaha whiskey terkenal dari Tennessee, Amerika Syarikat. Pada suatu subuh ia ingin membuka satu peti, namun ia lupa nombor kombinasinya. Ia mengamuk dan menendang peti tersebut. Salah satu jarinya terluka, meradang (jangkitan), dan akhirnya menewaskannya.

7. Meninggal kerana kulit limau
Bobby Leach (1858-1926) adalah seorang stunter. Ia juga orang kedua di dunia yang berhasil menaklukkan air terjun Niagara dengan barrel-nya. Ia meninggal tahun 1926, dua bulan selepas kakinya dipotong. Mengapa? Ternyata ia terpeleset akibat menginjak kulit limau di jalanan, di New Zealand. Kakinya patah dan terjadi jangkitan berat. Saat itu belum ada antibiotik ....

8. Meninggal kerana parasut gagal mengembang
Pada tahun 1912 Franz Reichelt mendakwa dirinya berjaya membangunkan jaket berparasut. Suatu penemuan baru. Ia ingin mencubanya dengan melompatdari puncak menara Eiffel.Sebelumnya ia merancang memakai boneka, namun akhirnya tidak jadi. Ia memutuskan menjajal sendiri jaket tersebut. Ternyata, seperti yang dikhuatiri banyak orang, jaket itu tak berfungsi dan ia pun tewas seketika.

9. Meninggal setelah diracun, ditembak 4 kali, dipukul, dan akhirnya tenggelam
Grigori Rasputin (1869-1916) mula-mula diracun dengan sianida.Dosisnya setara untuk menewaskan 10 orang. Tapi kerana diketahui kemudian bahawa sianidanya sudah rosak oleh pemanasan makanan, ia tidak mati. Lalu ia ditembak dari belakang oleh Felix Yusupov dan teman-temannya. Ia tidak mati juga. Ia ditembak lagi 3 kali, tapi tidak mati juga. Akhirnya Rasputih dipukul dengan tongkat dan akhirnya ditenggelamkan ke Sungai Neva yang dingin. Dari hasil autopsi, sebab kematian sebenarnya adalah tenggelam.

10. Meninggal kerana bola besbol
Ray Chapman (1891-1920) dikenali sebagai satu-satunya pemain yang tewas dalam pertandingan besbol. Ia tewas kerana kepalanya kena lemparan bola dari Carl Mays. Pada saat itu, bola besbol selalu dilumuri tanah oleh pelempar bola sebelum dilemparkan, untuk mempersulit lawan melihat bolanya.

11. Meninggal kerana selendang
Isadora Duncan (1877-1927) dikenali sebagai tokoh tarian moden.Ia gemar mengenakan selendang semasa bergerak. Pada September 1927, ia sedang naik kereta, dengan jendela terbuka (!) Dan kereta bergerak dalam kelajuan tinggi. Saat itu ia memakai selendang yang bersaiz besar. Kerana selendangnya "terbang" sampai ke ban mobil, ia tercekik seketika dari jendela kereta.

12. Meninggal ketika membicarakan Hitler
Pada tahun 1943, seorang pengkritik Nazisme dan fasisme bernama Alexander Woolcott meninggal setelah mengalami serangan jantung saat tengah membicarakan Adolf Hitler.

13. Meninggal di panggung konsert
Leslie Harvey, gitaris Stone the Crows, meninggal pada tahun 1972 kerana kejutan elektrik dari mikrofon yang ia gunakan di panggung konsert.

14. Meninggal saat siaran TV
Christine Chubbuck (1944-1974) merupakan satu-satunya reporter televisyen yang meninggal di tengah-tengah siaran langsung televisyen. Ia menembak kepalanya sendiri pada siaran Suncoast Digest (WXLT-TV) pada 15 Julai 1974 dengan revolver 38 mm.Chubbuck sebelumnya memang sudah bermasalah dengan depresi yang berlarut-larut.

15. Meninggal kerana "dibunuh robot"
Robert Williams sedang berusaha mengambil suatu barang di rak simpanan Ford Motor 's Flat Rock kerana robot sedang tidak berfungsi. Tiba-tiba robot bergerak dan lengan robot tersebut membentur kepala Williams. Ia tewas seketika pada 25 Januari 1979. Hanya 2 tahun kemudian, kemalangan serupa terjadi di Jepun. Kenji Urada gagal mematikan robot yang akhirnya secara tidak sengaja mendorong tubuhnya ke dalam mesin giling (!).

16. Meninggal kerana terpenggal helikopter
Victor Morrow (1929-1982) dan 2 orang pelakon kanak-kanak yang bersamanya tewas kerana terpenggal baling-baling helikopter saat sedang syuting untuk film Twilight Zone, pada tahun 1982. Kes ini mendorong kerajaan Amerika Syarikat menyemak semula undang-undang perlindungan tenaga kerja kanak-kanak dan peraturan-peraturan keselamatan serta jaminan keselamatan di lokasi syuting.

17. Meninggal kerana kaktus
Masih tahun 1982, David Grundman dan seorang temannya sedang pergi memburu kaktus. Mereka bertemu sebuah kaktus besar.Kaktus ini adalah kaktus Saguaro setinggi hampir 8 meter yang berumur kira-kira 100 tahun. Di depannya ada sebuah kaktus kecil.Mereka menembak kaktus kecil dulu, berjaya. Sekarang giliran yang besar. Tapi yang terjadi, malah kaktus raksasa tadi tertembak sampai bolong, dan akhirnya jatuh menimpa Grundman. Ia meninggal seketika. Benar-benar balas dendam oleh kaktus!

18. Meninggal kerana tutup botol
Tennessee Williams (1911-1983), penulis drama Amerika Syarikat, tewas kerana tercekik tutup botol yang ditelan saat ia mabuk di sebuah hotel di New York. Hal ini diduga berkaitan dengan kebiasaannya menaruh tutup botol di kedua-dua mata dan mulutnya ketika sedang minum-minum.

19. Meninggal ketika melawak
Dick Shawn (1924-1987) sedang melawak tentang kempen politik di Amerika Syarikat. Setelah mengatakan "I will not lay down on the job!" (Saya tidak akan meletakkan jawatan!), Ia langsung terbaring di lantai. Penonton mengira itu adalah bagiandari lelucon. Tapi kerana ia tak bangun-bangun lagi, beberapa petugas panggung pun memeriksanya dan melakukan bantuan nafas kecemasan.Tidak lama kemudian ia pun meninggal.

20. Meninggal ketika "rekonstruksi"
Pada tahun 1991, seorang wanita Thailand berusia 57 tahun bernama Yooket Paen, tergelincir kotoran sapi sedang berjalan di kebunnya. Setelah itu ia terpegang sebuah kabel telanjang (tanpa bungkus), dan kejutan elektrik sampai meninggal. Setelah pengkebumiannya, adik Paen datang ke kebun tersebut. Ia juga tergelincir kotoran lembu yang sama, terpegang kabel yang sama, dan meninggal juga.

21. Meninggal kerana domba
Pada tahun 1999, Betty Stobbs sedang memberi makan domba-dombanya dengan basikal motor. Makanan untuk para domba tersebut terletak di tab belakang motosikalnya. Saat itu, domba-domba tersebut rupanya sedang kelaparan. Mereka pun menyerbu tab belakang tersebut, sampai-sampai Stobbs terlempar ke jurang sedalam 30 meter. Ia belum meninggal kerana "lemparan" ini.Namun ke mana motosikalnya? Ternyata ada betul-betul di belakangnya, dan ia pun tewas tertimpa motosikalnya sendiri.

22. Meninggal kerana rak buku
November 2006, Mariesa Weber (38 tahun) diduga hilang. Sudah 2 minggu ia tidak ditemui keluarganya (padahal ia tewas di rumah sendiri!). Namun akhirnya ia ditemui berada di bawah tumpukan rak buku yang jatuh. Nampaknya ia sedang berusaha ketara kabel televisyen ke colokan listrik, yang hanya boleh dicapai dengan berdiri di atas meja di sebelah rak buku. Namun celakanya ia jatuh dengan kepala lebih dulu, dan rak bukunya ikut jatuh menimpa Weber.

23. Meninggal kerana game online
Pada tahun 2005, Lee, seorang Korea Selatan berusia 28 tahun, tewas selepas 50 jam nonstop bermain Starcraft di sebuah warnet di Daegu. Starcraft adalah game online.Semoga menambah wawasan kita semua