Showing posts with label Fuh Pelik. Show all posts
Showing posts with label Fuh Pelik. Show all posts

Friday, April 5, 2013

Fuh Pelik! Kaki Wanita Ini Seperti Kertas. Apakah?


Fuh Pelik! Kaki Wanita Ini Seperti Kertas. Apakah? | Menulis di kulit tubuh dengan pen itu sudah biasa. Tapi seorang perempuan yang menghidap penyakit kulit yang aneh, boleh mencoret-coret kulitnya dengan kuku untuk menghasilkan sebuah tulisan. Mungkin kita tidak percaya bila kulit tubuh boleh dijadikan sebagai media untuk menulis? Tapi kejadian tersebut benar-benar dialami seorang nenek yang boleh menulis di tubuhnya sendiri dengan menggunakan kuku.

Kes nenek bernama Huang Xiangji pertama kali menarik perhatian media pada tahun 2008. Seperti laporan ChinaDaily, Huang sudah mengalami kelainan kulit aneh ini sejak kecil, Oleh pasukan perubatan Huang dikenalpasti menderita sindrom artificial urticaria yang merupakan kelainan kulit.

Apapun yang dicoret pada kulitnya akan meninggalkan bekas termasuk kata-kata yang ditulisnya dengan lembut menggunakan kuku. dia kini digelar ‘buku berjalan’. Tubuh nenek yang kini berusia 52 tahun ini dipenuhi dengan puisi dan nota. “Keadaan ini sangat berguna kerana saya boleh menggunakan tangan saya untuk menulis nama barang ketika saya ingin berbelanja ke pasaraya,” jelas Huang, nenek yang digelar ‘wanita kertas’,. 

Seorang pakar kulit di Chinese Medical Association mengaku terkejut melihat keadaan ini. Dia mengatakan bahawa nenek ini tidak mengalami kesan yang buruk walaupun keadaan yang dialaminya sangat aneh. “Saya cuba menulis di kulitnya menggunakan jari, huruf-huruf itu kemudian menonjol dari kulitnya beberapa saat kemudian,” ujar Sandra Hsu, pakar kulit dari Chinese Medical Association.

Hsu mengatakan nenek Xiangji mengaku bahawa dia telah menggunakan tubuhnya sendiri sebagai buku selama bertahun-tahun. “Nenek itu bahkan tidak memerlukan pen dan kertas untuk menulis,” ungkap Hsu. Menurutnya, gangguan kulit urticaria memang sering terjadi, tetapi keadaan yang membolehkan pesakit boleh menulis di kulit sendiri sangatlah jarang. “Keadaan ini pada dasarnya adalah alahan, tetapi keadaan kulit yang menjadi begitu sensitif hingga boleh dijadikan buku berjalan sangatlah tidak biasa, “tambah Hsu. Sampai saat ini, belum ada data yang jelas yang menunjukkan jumlah pesakit yang menderita kelainan kulit artificial urticaria.

Fuh Pelik! Badan Anjing Bersinar Dan Bercahaya Didalam Gelap


Fuh Pelik! Badan Anjing Bersinar Didalam Gelap | Anjing bernama Tegon punya kemampuan bersinar dalam gelap. Tegon adalah anjing klon yang dihasilkan saintis Korea Selatan untuk kajian penyakit manusia, seperti alzheimer dan parkinson.

"Tegon boleh bersinar di bawah sinar ultraviolet jika diberi antibiotik doxycycline," ungkap Lee byeong-chun, ketua pasukan penyelidik dari Seoul National University (SNU).

Tegon yang lahir pada 2009 memang bukan anjing hasil pengklonan pertama yang dihasilkan SNU. Pada 2005 ada Snuppy, yang lahir dari uji coba 2.000 sel telur yang kemudian tumbuh menjadi 1.000 embrio. Dari jumlah itu, hanya satu ekor Snuppy yang dihasilkan.



Proses yang sama kemudian dilaksanakan untuk membuat Tegon, seekor anjing betina jenis beagle (anjing pemburu kecil). Bezanya, Tegon adalah anjing hasil pengklonan pertama yang boleh bersinar dalam gelap dengan sinar berwarna hijau. Uniknya lagi, sinarnya boleh dihidupmatikan jika Tegon diberi antibiotik tertentu melalui makanannya.

Kemampuan menghidupkan dan mematikan gen warna ini penting ertinya dalam kajian. Saintis boleh memantau kesan suatu zat yang ditambah pada gen tersebut. Sebagai contoh, gen beta-amyloid diketahui sebagai penyebab kerosakan fungsi saraf dalam penyakit alzheimer. Dengan menghidupkan gen tersebut lalu memantau fungsi saraf selepas itu, dapat menghasilkan petunjuk tentang perkembangan alzheimer.

"Pembuatan Tegon membuka wawasan baru mengingat suntikan gen yang boleh membuat anjing ini bersinar boleh digantikan dengan gen-gen penyebab penyakit-penyakit fatal pada manusia," kata byeong-chun. Kajian ini sengaja menggunakan anjing sebagai haiwan percubaan kerana terdapat sekitar 268 penyakit yang sama-sama boleh dihidapi oleh manusia dan anjing.

Hasil kajian ini diterbitkan di jurnal antarabangsa Genesis. Saintis menghabiskan masa selama lima tahun dan kos penyelidikan sebanyak 3.2 bilion won untuk membuat anjing dan melakukan pelbagai uji cuba yang diperlukan untuk keperluan pengesahan.

Thursday, April 4, 2013

Kisah Benar Cinta Monyet Jantan Dan Si Ayam Betina


Kisah Benar Cinta Monyet Jantan Dan Si Ayam Betina | Monyet jantan itu mengoyang goyangkan badannya seolah menari dan memuncung2kan mulutnya bagi menarik perhatian ayam betina tersebut .Siayam betina terarik dengan telatah dan kehebatan monyet ini . Perlahan lahan siayam berjalan menuju kearah simonyet seolah olah malu2 kucing .. Monyet menyambut kedatangan siayam dengan pelukan dan ciuman . Sungguh romantik seolah seperti pasangan kekasih sedang dilamun cinta .

Begitulah aksi simonyet dan siayam dikampung Betina ,Desa Lumanjang Indonesia. Entah mengapa monyet jantan peliharaan Ali Murtadi,43, tidak mahu berenggang dan suka memeluk ayam betina tersebut . Monyet istimewa ini setelah berjaya menangkapnya disebuah kawasan Lereng Gunung di Kecamatan Senduro Indonesia . 

Pada awalnya monyet jantan itu sangat liar namun sebulan dilatih monyet tersebut jadi jinak dan menyesuaikan diri bersama Ali. Paling melucukan monyet tersebut bercinta cinta dengan ayam peliharaan Ali ..

Percayakah Anda Lelaki Ini Mempunyai Dua Wajah Depan Dan Belakang?


Percayakah Anda Lelaki Ini Mempunyai Dua Wajah Depan Dan Belakang? | Edward Mordrake dilaporkan waris abad ke-19 untuk kaum bangsawan Inggeris. Beliau kononnya mempunyai wajah tambahan di belakang kepala, yang tidak boleh makan atau bercakap, walaupun ia boleh ketawa atau menangis. 

Edward merayu doktor agar "kepala syaitan" beliau dapat dikeluarkan, kononnya, ia berbisik perkara dahsyat kepadanya pada waktu malam, tetapi doktor tidak dapat melakukan apa2. Dia membunuh diri pada usia 23 tahun kerana tak sanggup hidup bersama kepala 'syaitan' tersebut

Wednesday, April 3, 2013

Fuh Pelik! Bayi Berhidung Badut Ditemui


Fuh Pelik! Bayi Berhidung Badut Ditemui | Selama tiga tahun, ibu kepada Connie Lloyd terpaksa menahan telinga mendengar mulut pot pet orang berkenaan anaknya yang lahir dengan hidung seperti hidung badut sarkas.

Ibunya, dari Slough, Berkshire, England, berkata: "Apabila kami melihat hidungnya kami takjub. Dia kelihatan seperti kanak-kanak yang berbeza tetapi kita tahu dia adalah Connie kami."

Doktor telah mengesan bayangan di hidung Connie dengan mengimbas setelah 26 minggu tetapi apabila dia dilahirkan pada bulan September 2008, dia muncul dengan sempurna sihat.

Dua minggu kemudian, ibu bapanya Zara dan Tom mendapati hidung anak perempuan mereka telah bertukar menjadi merah cerah. Mulanya ia hanya titik kecil, tetapi cepat membesar kepada 4cm lebar.

Doktor peribadi mereka merujuk mereka kepada pakar kulit di Great Ormond Street Hospital, yang mendiagnosis bayi itu dengan haemangioma, iaitu tumor benigna.

Monday, April 1, 2013

Belut Aneh Warna Merah Ditemui. Apakah Puncanya?


Belut Aneh Warna Merah Ditemui. Apakah Puncanya? | Kebiasaannya kita selalunya melihat belut berwarna hitam coklat. Namun begitu, di China terdapat seekor belut yang berwana merah darah berjaya ditemui.

Kisah difahamkan, penemuan itu bermula apabila lelaki tersebut pergi memancing di sebuah sungai. Tiba-tiba umpanya mengena dan bergerak. Sangkaan awal dirinya adalah seekor ikan. Namun dia terkejut apabila mendapati ia adalah spesis belut yang berwarna merah.

Penemuan ini telah menggemparkan penduduk setempat. Pakar perikanan memberi amaran agar belut itu tidak dimakan, di khuatiri belut itu ada mengandungi unsur berbahaya bagi tubuh manusia. Kini belut pelik itu ada dalam peliharaan Chen sekeluarga.

Fuh Pelik! Mummia Anjing Ditemui Di Mexico


Fuh Pelik! Mummia Anjing Ditemui Di Mexico | BANDAR MEXICO - Rangka seekor mumia anjing yang dipercayai berusia kira-kira 1,000 tahun ditemui di Cueva de la Candelaria, Coahuila pada 12 November lalu di sini, lapor sebuah akhbar semalam. Mumia tersebut merupakan satu-satunya artifak seumpamanya yang ditemui di sini. Ia dijangka menjalani beberapa kajian seperti radiografi dan analisis ujian asid deoksiribonukleik (DNA) oleh Institut Antropologi dan Sejarah Kebangsaan Mexico (INAH) untuk dipulihkan.

Seorang pakar arkeologi INAH, Isaac Aquino Toledo berkata, ia merupakan salah satu daripada beberapa spesimen mumia anjing yang ditemui di dunia. Mumia anjing biasanya ditemui di Mesir dan Peru. Spesimen itu akan disimpan bersama-sama dengan 2,500 bahan arkeologi lain yang ditemui pada tahun 1953.

Penemuan itu menguatkan lagi pendapat bahawa anjing ditanam bersama-sama tuannya dalam pengebumian orang nomad di rantau ini. Beberapa objek lain yang ditemui bersama anjing mumia tersebut ialah tekstil, anyaman rotan, kayu, artifak tulang serta 200 rangka tulang manusia. - Reuters

Hanya Di Sepanyol - Tradisi Pelik Gusti Dengan Kuda Ditemui


Hanya Di Sepanyol - Tradisi Pelik Gusti Dengan Kuda Ditemui | Setiap tahun, apabila tiba musim panas, penduduk-penduduk di perkampungan Galicia, barat daya Sepanyol akan berpusu-pusu memenuhi dataran pergunungan Sabucedo untuk menjalankan pesta tradisional yang dikenali sebagai 'Rapa Das Bestas'.

Festival ini memerlukan mereka untuk menangkap dan menundukkan kuda liar dengan tangan kosong, membersihkan serta memangkas bulu haiwan tersebut sehingga rapi.

Tradisi ini merupakan satu acara keramaian yang dijalankan sekali setahun oleh penduduk-penduduk di Galicia, yang mana mereka akan meraikannya pada hujung minggu pertama bulan Julai. la diadakan selama ripe hari berturut-turut iaitu bermula pada dan Jumaat dan akan berakhir pada hari Ahad.

Menjelang bulan Julai, beratus-ratus ekor kuda liar akan dikumpulkan di dataran komuniti Sabucedo yang terletak di dalam wilayah Pontevedra. Haiwan-haiwan ini akan dipilih terlebih dahulu dan hanya kuda yang telah mencapai usia matang iaitu berusia antara empat hingga lima tahun sahaja akan digunakan bagi festival 'Rapa Das Bestas' ini.

Apa yang menarik tentang ritual tradisional Sabucedo ialah penduduk-penduduk setempat dan para peserta yang terlibat hanya menggunakan tangan kosong untuk menjinakkan, bergomol serta bergusti dengan kuda-kuda liar yang dilepaskan.

Berbeza dengan 'Rapa Das Bestas' di temper lain yang mana acara ini kebiasaannya memerlukan peserta menggunakan peralatan lain seperti tali dan kain.

Berdasarkan kepada cerita lisan, pesta yang diraikan itu mempunyai sejarah dan legendanya yang tersendiri.

Penduduk-penduduk setempat menyatakan, ritual menangkap den membersihkan kuda liar di kawasan berkenaan merupakan salah satu manifestasi rasa syukur mereka pada dewa penaung Sabucecio yang dikenaii sebagai San Lorenzo.

5 Kematian Paling Pelik Yang Kita Sendiri Tidak Pernah Terfikir


5 Kematian Paling Pelik Yang Kita Sendiri Tidak Pernah Terfikir | Setiap manusia pasti tidak akan terlepas dari ajal maut. Di dunia ini sahaja terdapat banyak kisah-kisah pelik yang boleh mengakibatkan kematian seseorang. Ayuh kita ikuti sebahagian daripada kisah tersebut.

Meninggal kerana janggut. 
Hans Steininger, merupakan orang Austria yang terkenal kerana mempunyai janggut yang terpanjang di dunia sekitar 140 cm. Pada suatu hari di tahun 1567, terjadi kebakaran yang mengakibatkan huru-hara. Beliau lupa mengikat janggutnya yang panjang. Kerana terburu-buru, dia terpijak janggutnya sendiri dan terjatuh. Lehernya patah dan dia pun mati.

Meninggal kerana menendang peti. 
Kejadian berlaku pada awal abad 20. Jack Daniel, seorang pengusaha Whiskey terkenal di Tennessee, Amerika Syarikat ingin membuka salah satu peti, namun dia terlupa nombor kombinasinya. Dia mengamuk dan menendang peti tersebut. Salah satu jarinya terluka menyebabkan infeksi yang mengakibatkan kematiannya.

Meninggal ketika membicarakan tentang Hitler. 
Pada tahun 1943, seorang pengkritik politik bernama Alexander Woolcott meninggal setelah mengalami serangan jantung ketika sedang membicarakan tentang Adolf Hitler.

Meninggal kerana kulit jeruk. 
Bobby Leach (1858-1926) adalah seorang ahli lagak ngeri. Dia juga orang kedua di dunia yang berjaya menakluki air terjun Niagara dengan menggunakan tong barrel. Dia meninggal tahun 1926 kerana tergelincir akibat terpijak kulit jeruk di tepi jalan, di Selandia Baru. Kakinya patah dan terjadi infeksi yang parah.

Meninggal kerana menahan buang air kecil. 
Tycho Brahe (1546-1601) adalah seorang ahli astronomi. Pada tahun 1601, beliau sedang menghadiri jamuan makan besar yang sangat lama, di Praha (sekarang Czechoslovakia). Adat pada zaman itu meyakini bahawa ketika menghadiri jamuan makan, buang air adalah sangat tidak sopan. Akibatnya beliau terpaksa menahan buang air kecil selama jamuan itu berlangsung. Kandungan bahan toksik di badannya tidak mampu menahan sebegitu lama. Akhirnya, beliau meninggal 11 hari kemudian.

Sunday, March 31, 2013

Fuh Pelik! Lelaki Ini Memiliki Hobi Mengumpul Sampah. Lihatlah Sampah Dalam Rumahnya


Fuh Pelik! Lelaki Ini Memiliki Hobi Mengumpul Sampah. Lihatlah Sampah Dalam Rumahnya | Hampir setiap inci lorong di tingkat atas rumah kediaman Anthony bertimbun dengan timbunan barangan, menjulang dekat dengan siling.

Terdapat beberapa gantung majalah dan beg pakaian yang penuh sesak dengan buku-buku, pakaian dan peralatan perkakasan sehingga menyukarkan untuk bergerak.

Walaupun tidak berselerak seperti tingkat atas, bilik keluarga hidup dalam keadaan ruang yang sempit.

Hampir daripada setengah bilik untuk menempatkan susunan buku, resit, mesin senaman yang berkarat, rantai dan gear, set televisyen rosak, kotak kosong dan pakaian pasar raya yang murah masih ada dalam beg plastik mereka.

Kediaman rumah teres dua tingkat Anthony adalah hasil daripada tabiat menyorok dan menyimpan bapanya.

Anthony (bukan nama sebenar) berkata: “Ayah saya mempunyai masalah untuk membuang barang-barang yang rosak atau tidak diperlukan.”

Dia akan berfikir sesuatu yang buruk akan berlaku jika dia membuang barang-barang tersebut, tambah pelajar komunikasi 21-year-old, rumahnya dipenuhi dengan lipas dan tikus.

“Bapa saya akan pulang dari bekerja setiap hari dan membawa barang-barang dari tempat kerja atau dibeli di pasar raya. Dia terus membeli buku, alat dan barang-barang lain, katanya barang-barang tersebut akan diperlukan pada masa hadapan.

“Tetapi mereka hanya mengumpul habuk,” kata Anthony.

Sarah, seorang guru berusia 56 tahun turut mengalami keadaan yang sama dengan suaminya.

“Dia tidak mahu untuk membuang apa-apa kerana mungkin memerlukan barang tersebut pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Damansara.

“Dia hanya mengumpul dan terus mengumpul.”

Keadaan menjadi begitu buruk sehingga dia akhirnya memutuskan untuk memberi sebuah bilik kepada suaminya sebagai tempat menyimpan pelbagai kotak, surat khabar, buku dan beg plastik.

Beliau berkata tabiat tersebut sedikit sebanyak mengganggu hubungan perkahwinan mereka, kerana dia akan sentiasa berleter kepada suami yang juga mempunyai tabiat mengumpul pembalut ais krim dalam peti sejuk.

“Saya beritahu dia kita boleh menggunakan ruang ini untuk perkara-perkara yang lebih baik tetapi dia tidak akan mendengar,” kata Sarah.

“Beliau berasa selamat apabila dikelilingi dengan sampah.”

Fuh Aneh! Pokok Pinang Tertera Jelas Wajah Manusia Ditemui. Misteri Atau Kebetulan?



Fuh Aneh! Pokok Pinang Tertera Jelas Wajah Manusia Ditemui. Misteri Atau Kebetulan? | Agaknya fenomena alam aneh dan unik semakin banyak dijumpai didunia ini. Kadang kala sukar untuk kita mempercayai, ada yang boleh dipercayai dan ada juga tidak. Namun banyak juga yang menganggapnya sebagai hal mistik atau ghaib yang susah dihuraikan.

Baru baru ini ditemukan fenomena unik yang benar benar luar biasa iaitu ada sebatang pokok pinang yang salah satu bahagiannya muncul mirip sekali dengan wajah manusia, terutama seperti bahagian mulut dan hidung, dimana bentuk bibirnya benar-benar mirip bibir manusia.Yang unik lagi adalah bentuk wajah itu setiap harinya konon selalu berubah ubah.

Menceritakan lebih lanjut kejadian unik tersebut ada di kota Bau-Bau Sulawesi Tenggara sejak 21 September 2010 lalu. Sebuah pohon pinang muncul wajah yang mirip dengan wajah manusia tepatnya di pelepahnya. Pokok pinang tersebut tumbuh di halaman seorang penduduk yang bernama Rahman yang terletak di daerah Jembatan Tengah.

Menurut saksi dan penduduk setempat menyatakan jika wajah yang terdapat pada pelepah pokok pinang tersebut setiap hari boleh berubah bentuknya.Bahkan pada 23 September 2010 wajah manusia yang nampak pada pokok pinang tersebut sudah mulai nampak jelas bentuk matanya dan mulutnya.

Menurut Rahman tuan rumah pemilik pokok pinang tersebut, malam hari sebelum munculnya wajah tersebut dia mendengar suara seperti tangisan dari arah pokok pinang itu,dan keesokan harinya muncul wajah di pelepah pinang tersebut.

Menurut Pak Abdul Jalil seorang paranormal yang tinggal di kawasan Kanakea Bau-Bau menyatakan bahawa wajah yang muncul pada pokok pinang tersebut adalah kewujudan dari jin yang telah sengaja “dibuang” oleh seseorang pada pokok pinang itu. Sejak penampakan wajah pada pokok pinang itu.

Bagaimanapun fenomena alam ini, apakah bentuk kekuasaan dan kebesaran dari Tuhan Yang Maha Kuasa,atau sebagai hal lumrah yang boleh saja terjadi dimanapun, tentu iman yang ada dalam hati kita masing-masing yang mampu menjawabnya.

Saturday, March 30, 2013

Fuh Pelik! Inilah Cara Orang Tibet Semadikan Mayat Bayi


Fuh Pelik! Inilah Cara Orang Tibet Semadikan Mayat Bayi | Fenomena ini bukalah sesuatu yang aneh jika kali pertama anda menjejak kaki ke Tibet . Amalan ini menjadi kepercayaan mereka sejak dahulu lagi.. Cara mengebumikan mayat kanak kanak di Tibet mempunyai persamaan dengan adat masyarakat Teroja di Sulawesi Indonesia .. Amalan tersebut sebagai menghormati mayat bayi bayi mereka dan masih digunakan oleh segelintir di perkampungan di Tibet yang tinggal di pendalaman Nyingchi dan Kangbei .

Mayat bayi akan dimasukkan dalam peti kayu , bakul atau beg plastik atau dibalut dengan kain sebelum digantung dan dikat diatas pokok . Mereka percaya dengan cara itu roh bayi akan terbang terus kesyurga tanpa halangan . Malah mereka percaya roh tersebut akan melawat mayat mereka pada bila bila masa..

Bagi mayat orang dewasa pula , mereka dibogelkan diatas puncak bukit kemudian dibiarkan burung memakan mayat tersebut .. Masyarakat Tibet percaya roh mereka akan mendapat keberkatan dari dewa burung .. Cara mereka menguburkan mayat2 dewasa ini amat mengerikan .. 

Masyarakat Tibet merupakan satu kelompok etnik china. Mereka mempunyai kelompok terbesar selain dari masyarakat Tibet di India , Tibet di Nepal serta Bhutan . Cara mereka bertutur amat sukar untuk difahami , dan masyrakat Tibet adalah golongan yang tidak tahu apa itu kemodenan

Fuh Pelik! Kembar Seiras Tapi Warna Kulit Berbeza Di Temui


Fuh Pelik! Kembar Seiras Tapi Warna Kulit Berbeza Di Temui | Dua adik- beradik, Kian dan Ramee merupakan salah satu pasangan kembar seiras yang berasal dari England. Mereka mempunyai satu keistimewaan yang tidak ada pada pasangan kembar lain iaitu memiliki warna kulit dan mata yang berbeza.

Menurut ibu pasangan kembar, Kyle Hodgson, keadaan pelik yang dialami oleh kedua-dua orang anak perempuannya mula dikesan sejak mereka dilahirkan iagi. Pada ketika itu, anak kembar pertamanya iaitu Ramee memiliki warna kulit yang cerah selepas dilahirkan. Selang beberapa minit selepas itu, Kian pula dilahirkan. Bagaimanapun, warna kulit Kian tidak sama dan gelap berbanding kakaknya, Ramee. 

Kini, pasangan kembar tersebut sudah pun menjangkau usia tujuh tahun. Meskipun secara kasarnya mereka berbeza warna kulit, namun mereka pernah tidak pernah mempersoalkan perkara itu kepada Hodgson. Tambahan pula, mereka berdua amat rapat antara satu sama lain dan tetap menjalani kehidupan normal seperti pasangan kembar seiras lain.

Sungguhpun begitu, kata wanita itu, perbezaan warna kulit yang dialami oieh anak kembarnya dianggap pelik oleh sesetengah masyarakat. la bagaikan satu malapetaka buruk yang mungkin perlu dihadapi oleh pasangan kembar ini apabila dewasa kelak. 

Menurut Hodgson, ramai di kalangan mereka mempersoalkan tentang pakaian Ramee dan Kian yang sama setiap kali dia membawa pasangan kembar tersebut keluar bersiar-siar. 

Namun, apa yang boleh dilakukannya hanyalah menyatakan bahawa dua orang anak perempuannya itu pasangan kembar. Tapi jawapan berkenaan membuatkan mereka yang bertanya tercengang seketika sambil memikirkan bagaimana pasangan kembar berkenaan boleh mempunyai warna kulit yang berbeza. 

Menurut wanita itu lagi, dia dan suaminya, Remi Horder, merupakan antara individu di England yang berdarah kacukan. Masing-masing lahir danpada perkahwinan campur antara individu berketurunan kulit putih dengan kulit hitam. Keadaan ini dipercayai menjadi penyebab kenapa pasangan kembar ini mempunyai warna kulit yang berbeza. 

Kemungkinan Kian dan Ramee mewarisi satu daripada sejuta kombinasi gen leluhur keluarga mereka.

Friday, March 29, 2013

Fuh Pelik! Wanita Ini Letak Jawatan Kerana Disuruh Make Up. Apakah?


Fuh Pelik! Wanita Ini Letak Jawatan Kerana Disuruh Make Up. Apakah? | LONDON - Seorang gadis berusia 24 tahun, Melanie Stark (gambar) meletakkan jawatan sebagai pembantu jualan di gedung beli-belah Harrods di Knightsbridge kerana dia dipaksa memakai mekap jika mahu terus bekerja, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurutnya, dia diarah pulang dari gedung tersebut selepas tidak mematuhi peraturan yang mahu pekerja wanita memakai mekap.

"Saya mengetahui bentuk wajah saya jika saya memakai mekap. Saya pernah menggunakan mekap suatu masa dahulu walaupun saya tidak memakai alat solek di tempat kerja.

"Namun, saya tidak tahu kenapa pada zaman ini, Harrods boleh mengambil hak saya untuk memilih memakai mekap atau tidak," kata Melanie.

Bagaimanapun, seorang jurucakap Harrods menyatakan semua kakitangannya tertakluk pada peraturan pakaian semasa mereka menandatangni perjanjian untuk bekerja dengan gedung itu. - Agensi.

Fuh Pelik! Wanita Ini Pengsan Tiap Kali Telefonnya Berdering



Fuh Pelik! Wanita Ini Pengsan Tiap Kali Telefonnya Berdering | Kebanyakan orang menyukai kejutan, namun bagi Caitlin Wallace itu adalah sebuah penderitaan baginya, kerana wanita berusia 26 tahun ini pengsan setiap kali sesuatu yang tidak terduga terjadi.

Caitlin menderita cataplexy, suatu keadaan aneh dimana emosi ekstrim menyebabkan otot-otot melemah. Tertawa, kemarahan, kegembiraan dan ketakutan semua boleh menyebabkan reaksi bagi penderita gangguan ini, namun bagi Caitlin, kejutan lah yang menjadi penyebabnya.

Hal sederhana seperti dering telefon, bertemu seorang teman lama dan surat yang masuk melalui pintu semuanya pernah membuat Caitlin pengsan, bahkan pernah sampai 20 kali sehari.

Bentuk ekstrim keadaan ini bererti dia kehilangan kendali dari semua otot-ototnya dan mengalami kelumpuhan selama beberapa minit. Dimana meskipun ia boleh mendengar segalanya, dia tidak boleh melihat.

“Hal ini dimulai dengan perasaan jatuh setiap kali aku tertawa atau mendengar sesuatu, dan pada akhir minggu ketika seseorang di tempat aku bekerja menceritakan sebuah lawak, aku langsung kehilangan kawalan dan jatuh ke lantai. Ini kemudian berkembang dari tertawa sampai pada kejutan. Aku boleh kolaps hanya kerana ponselku berdering.” tutur wanita asal Liverpool, Inggris ini yang dikutip mail online.

Gejala pada Caitlin ini dimulai pada Februari tahun lalu, dan setelah serangan pertama dia pergi ke unit kecelakaan dan darurat setempat kerana takut ia menderita stroke.

Doktor menyarankan dia menemui seorang ahli saraf dan melakukan ujian, termasuk scan otak, sebelum merujuk ke klinik spesialis tidur di hospital Universiti James Cook di Middlesbrough.

Disitulah Caitlin didiagnosis menderita cataplexy dan narkolepsi, yang menyebabkan ngantuk di siang hari yang berlebihan. Dan keaddan ini berarti ia harus melepaskan SIM serta pekerjaannya sebagai receptionistdi sebuah klinik doktor gigi.

Thursday, March 28, 2013

Koleksi Bayi Paling Aneh Yang Pernah Menggemparkan Dunia


Koleksi Bayi Paling Aneh Yang Pernah Menggemparkan Dunia | Salam sejahtera... Setiap hari, ratusan ribu bayi dilahirkan dan kebanyakannya adalah dianggap normal. Namun, ada sesetengahnya dilahirkan dalam keadaan yang tidak cukup sifat ataupun tidak sempurna. Bagaimanapun setiap bayi yang dilahirkan adalah anugerah tidak terhingga dari-Nya. Erm, jom terjah gambar-gambar bayi paling unik di dunia di bawah...


Mati kemudian hidup kembali

Bayi ini dikhabarkan meninggal setelah lahir tetapi setelah dua jam kemudian bayi itu hidup dengan baik dan sihat.


Satu tahun hamil

Bayi perempuan kecil itu membawa kembarnya di perutnya. Sudah melakukan pembedahan dan sekarang dalam keadaan sihat dan normal.


Bayi Berkulit Harimau (Ichthyosis Harlequin)

Bayi yang kelihatan seperti kulit harimau dilahirkan di Gilgit, Pakistan lahir pada 2010. Bayi itu meninggal dunia sejurus dilahirkan.


Bayi Bermutasi (Anencephaly)

Bayi ini dilahirkan pada tahun 2006 dengan keadaan yang disebut anencephaly. Apakah ada hubungannya dengan pembentukkan otak yang tidak tepat atau tidak lengkap.


Bayi Berekor

Dilahirkan di India pada tahun 2001. Banyak orang India menganggap dia adalahanugerah tuhan.

Haiwan Pelik Menyerupai "Peter Pan" Ditemui Di Derbishire


Haiwan Pelik Menyerupai "Peter Pan" Ditemui Di Derbishire | Di suatu kawasan pedalaman Derbyshire Countryside, England, seorang warga tempatan menemui sejenis makhluk yang pada mulanya kelihatan seperti seorang bayi. Namun setelah diamati secara dekat, warga tersebut mendapati makhluk tersebut menyerupai seorang manusia tetapi mempunyai sayap. Pihak polis telah mengambil makhluk tersebut untuk dikaji.

Menurut laporan dari hasil X-ray, makhluk tersebut memiliki struktur tulang mirip dengan susunan tulang pada badan, tetapi pada badannya terdapat sedikit rongga seperti serangga. Uniknya, ia juga memiliki rupa bentuk mirip dengan manusia. Mempunyai 2 tangan lengkap dengan 5 jari, dua kaki dan pada bahagian kepalanya terdapat lapisan jaringan kulit sangat tipis yang ditumbuhi rambut berwarna perang keemasan.

Lebih menyukarkan, makhluk ini mempunyai sayap dan badannya pula tersangat kecil di antara 10-20 cm tingginya. Mayatnya juga tidak membusuk malah mengering dan sama sekali tidak mengeluarkan bau busuk. Pada struktur sayapnya pula, ianya seolah-olah daun. Sayapnya mirip dengan struktur sayap serangga.

Sampai sekarang, pasukan forensik yang meneliti jasad makhluk ini belum dapat mengenal pasti sepenuhnya mengenai spesis (jenis) dan identiti makhluk terbabit. Menurut kesimpulan yang didapati, makhluk tersebut memilik struktur DNA mirip dengan DNA manusia, namun ianya terdapat banyak persamaan dengan serangga.

Fuh Pelik! Staf Google Larang Anaknya Buka Google. Kenapakah?


Fuh Pelik! Staf Google Larang Anaknya Buka Google. Kenapakah? | Banyak pegawai tinggi Apple yang mendaftarkan anak mereka ke sekolah Waldorf di wilayah Los Altos, California, kerana di sana komputer tidak boleh digunakan sebelum kelas 8, penggunaannya pun sangat terbatas.

Seperti yang dilaporkan oleh New York Times, komputer tidak diperbolehkan digunakan dalam ruang kelas. Bahkan pihak melarang penggunaan komputer untuk pelajarnya di rumah.

Dari banyaknya pekerja Google yang mendaftarkan anak mereka di sekolah tersebut membuktikan bahwa standard yang diterapkan di sekolah Waldorf ternyata dirasa cukup baik oleh para orang tua.

"Program ini menolak anggapan bahawa teknologi sangat diperlukan pada tingkat dasar pendidikan sekolah," ujar Alan Eagle, salah satu eksekutif di Google yang mendaftarkan anaknya ke sekolah tersebut.

Entah apa yang mendasari pemikiran para pekerja Google yang mendaftarkan anak mereka di sekolah tersebut, mengingat latar belakang orang tuanya yang penuh dengan teknologi.

Eagle mengatakan bahawa anaknya yang duduk di kelas 5 tidak tahu cara menggunakan Google, sementara anaknya yang kelas 8 baru belajar untuk menggunakan Google.

"Di Google, kami membuat teknologi agar semudah mungkin digunakan oleh konsumen, yang mungkin hal inilah yang boleh menghambat perkembangan otak dari anak-anak; semuanya menjadi terlalu mudah," ungkap Eagle.

Sekolah Waldorf cukup berhasil dalam melakukan metode pendidikannya, banyak yang lulus dengan nilai tinggi. Banyak orang tua pun ikut memuji metode pendidikan sekolah tersebut.

Wednesday, March 27, 2013

Tahukah Anda Obama Pernah Mereka Teknik Menghisap Ganja?


Tahukah Anda Obama Pernah Mereka Teknik Menghisap Ganja? | Sebuah buku baru yang membongkar kehidupan waktu remaja Barack Obama mendedahkan kegiatan menghisap ganja Presiden Amerika Syarikat itu ketika berada di sekolah menengah pada 1970-an.

Ia menceritakan bagaimana Obama yang berusia belasan tahun ketika itu dan rakannya, membentuk ‘The Coom Gang,’ yang bererti menghisap ganja.

Menurut buku berjudul ‘Barack Obama: The Story,’ itu, Obama mencipta teknik menghisap ganja dan menaiki kereta yang dipanggil Choomwagon.

Penulisnya, David Maraniss menggunakan nama Barry untuk merujuk kepada Obama dan mendakwa, presiden itu dikenali pada zaman remajanya kerana memulakan beberapa teknik menghisap ganja. 

Menurut Maraniss, Obama dan rakannya akan menutup semua tingkap kereta ketika menghisap ganja dalam kenderaan kerana tidak mahu membazir. “Mereka mahu menikmati asap ganja itu,” tulis Maraniss.

Obama dikatakan melakukan kegiatan itu ketika belajar di Sekolah Punahou di Honolulu, Hawaii dan Kolej Occidental di Los Angeles.

Ini bukan kali pertama Obama dikaitkan dengan ganja. Pada 1995, dalam buku kisah hidupnya, ‘Dreams from My Father,’ Obama mengaku menghisap ganja.- DM

Tuesday, March 26, 2013

Fuh Sakit! Pemancing Ingat Dapat Ikan Besar, Rupanya Dapat Penyelam Scuba


Fuh Sakit! Pemancing Ingat Dapat Ikan Besar, Rupanya Dapat Penyelam Scuba | John Goldfinch, 61, sedang mengail ikan mackerel di tepi pantai Budleigh Salterton, Devon, England bersama rakan-rakannya Colin dan Alan Ashley, dimana tiba-tiba dia rasakan umpannya memaut sesuatu yang besar.

Keseronokan terbayang diwajahnya kerana disangkanya dia akan dapat ikan besar. Tetapi tidak lama lepas itu muncul seorang lelaki penyelam skuba dari dalam air. 

Rupa-rupanya mata kail Goldfinch tersangkut pada kaki penyelam itu menyebabkannya terpaksa menimbulkan diri ke permukaan. Dan tak lama muncul pula teman wanitanya yang menyelam bersama-sama, untuk bantu buang mata kail itu.

Rakan-rakan Goldfinch ketawa dengan kejadian tersebut. Dia meminta maaf kepada penyelam dan penyelam itu pula mengatakan keadaan di bawah air sana sangat keruh, itu sebabnya dia tidak perasan ada mata kail.

"Saya tidak melihat penyelam itu kerana dia tidak mempunyai boya keselamatan, yang sepatutnya mereka letak apabila mereka bergerak di dalam air," kata Goldfinch.