Saturday, March 30, 2013

Fuh Pelik! Kembar Seiras Tapi Warna Kulit Berbeza Di Temui


Fuh Pelik! Kembar Seiras Tapi Warna Kulit Berbeza Di Temui | Dua adik- beradik, Kian dan Ramee merupakan salah satu pasangan kembar seiras yang berasal dari England. Mereka mempunyai satu keistimewaan yang tidak ada pada pasangan kembar lain iaitu memiliki warna kulit dan mata yang berbeza.

Menurut ibu pasangan kembar, Kyle Hodgson, keadaan pelik yang dialami oleh kedua-dua orang anak perempuannya mula dikesan sejak mereka dilahirkan iagi. Pada ketika itu, anak kembar pertamanya iaitu Ramee memiliki warna kulit yang cerah selepas dilahirkan. Selang beberapa minit selepas itu, Kian pula dilahirkan. Bagaimanapun, warna kulit Kian tidak sama dan gelap berbanding kakaknya, Ramee. 

Kini, pasangan kembar tersebut sudah pun menjangkau usia tujuh tahun. Meskipun secara kasarnya mereka berbeza warna kulit, namun mereka pernah tidak pernah mempersoalkan perkara itu kepada Hodgson. Tambahan pula, mereka berdua amat rapat antara satu sama lain dan tetap menjalani kehidupan normal seperti pasangan kembar seiras lain.

Sungguhpun begitu, kata wanita itu, perbezaan warna kulit yang dialami oieh anak kembarnya dianggap pelik oleh sesetengah masyarakat. la bagaikan satu malapetaka buruk yang mungkin perlu dihadapi oleh pasangan kembar ini apabila dewasa kelak. 

Menurut Hodgson, ramai di kalangan mereka mempersoalkan tentang pakaian Ramee dan Kian yang sama setiap kali dia membawa pasangan kembar tersebut keluar bersiar-siar. 

Namun, apa yang boleh dilakukannya hanyalah menyatakan bahawa dua orang anak perempuannya itu pasangan kembar. Tapi jawapan berkenaan membuatkan mereka yang bertanya tercengang seketika sambil memikirkan bagaimana pasangan kembar berkenaan boleh mempunyai warna kulit yang berbeza. 

Menurut wanita itu lagi, dia dan suaminya, Remi Horder, merupakan antara individu di England yang berdarah kacukan. Masing-masing lahir danpada perkahwinan campur antara individu berketurunan kulit putih dengan kulit hitam. Keadaan ini dipercayai menjadi penyebab kenapa pasangan kembar ini mempunyai warna kulit yang berbeza. 

Kemungkinan Kian dan Ramee mewarisi satu daripada sejuta kombinasi gen leluhur keluarga mereka.

No comments:

Post a Comment