Wednesday, March 6, 2013

Cara Mencegah Dan Merawat Ulser Mulut


Cara Mencegah Dan Merawat Ulser Mulut   | Pernahkah anda melihat satu tompokan putih semasa anda memeriksa mulut dan ia menyakitkan bahagian dalam mulut anda? Tompokan inilah yng dinamakan ulser mulut. Kebiasaannya, ibu-ibu akan menasihatkan supaya anda meletak secubit garam pada bahagian yang terkena ulser itu supaya ia cepat sembuh. 

Ulser mulut merupakan sejenis kudis yang terdapat di dalam bahagian lembut mulut kita. Selain bahagian dalam pipi, lidah juga boleh dijangkiti ulser. Rasa sakit akibat ulser ini akan menyebabkan anda berasa hilang selera untuk mengambil makanan atau minuman panas. Ia juga akan menyukarkan pertuturan anda.

Tindak balas terhadap jangkitan bakteria, virus atau fungus menyebabkan berlakunya ulser mulut. Ulser mulut ini boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Selain daripada jangkitan bakteria taua fungus, ulser juga boleh terjadi akibat daripada kecederaan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah, terkena dawai ortondik dan sebagainya.

Kekurangan zat makanan, tekanan, kurang rehat atau tidur dan keadaan mulut yang kotor turut boleh meyumbangkan ke arah penyakit ulser mulut.

Ulser boleh dirawat dengan meletakkan garam ke atas tompokan putih tersebut. Namun harus diingat bahawa cara ini amat menyakitkan. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan rawatan dengan sejenis krim atau gel yang terdapat di farmasi. Rasa sakit kerana ulser boleh juga diredakan berkumur-kumur dengan air garam suam atau ubt kumur antibakteria. Ulser mulut yang tidak serius kurang merasa sakit dan akan sembuh dalam tempoh satu hungga dua minggu selepas mendapat rawatan.

Cara yang paling baik untuk menghindarkan daripada terkena ulser mulut ialah:

a) Banyak minum air suam
b) Berehat dan tidur dengan cukup
c) Amalkan tabiat menjaga kebersihan mulut dan gigi supaya ia berada dalam keadaan yang baik.
d) Mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. Pastikan vitamin B12 dan C cukup diambil.

Jika ulser mulut tidak sembuh dan semakin merebak, anda hendaklah berjumpa dengan doktor gigi dengan segera. Ini kerana ulser mulut yang lamabat sembuh mungkin petanda awal barah mulut.


No comments:

Post a Comment