Showing posts with label Fuh Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Fuh Kesihatan. Show all posts

Wednesday, April 3, 2013

8 Kebaikan Dan Manfaat Makanan Pedas




8 Kebaikan Dan Manfaat Makanan Pedas | Setiap orang mempunyai cara makanan dan pola makanan yang berbeza. Hanya harus pandai mengimbangi makanan mengikut piramid makanan untuk mendapatkan nutrient yang seimbang untuk tubuh badan.


Setiap jenis makanan mempunyai khasiat yang berbeza. Begitu juga dengan makanan pedas.Makanan pedas mungkin menjadi kesukaan dari sebagian orang, tetapi ada juga orang yang tidak suka dengan makanan pedas.Orang yang tidak suka makanan pedas kebiasaannya takut perutnya akan sakit ataupun telah mempunyai penyakit yang tidak boleh makan makanan pedas. Namun makanan pedas ternyata ada manfaat baik bagi tubuh kita.


1. Melancarkan pernafasan
Makanan pedas bertindak seperti ubat untuk yang mempunyai masalah pernafasan dan membantu pesakit asma, bronkitis kronik, sinusitis dan penyakit pernafasan yang lain agar bernafas lebih baik.

2. Menjaga mood
Makanan pedas boleh meningkatkan penghasilan hormon yang memberi rasa ketenangan, seperti serotonin. Hasilnya, makanan ini mampu membantu mengurangkan depresi dan stress.

3. Mencegah Kanser
Banyak penelitian menunjukkan kuantiti teratur makanan pedas akan mengurangi risiko kanser. Kapsaicin sejenis zat dalam cili dapat menyebabkan rasa panas, terbakar bila terkena kulit . Ia memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dan pada banyak kes sel-sel kanser mati tanpa merosakkan sel di sekitarnya.

Menurut American Association for Cancer Research, kapsaisin juga memiliki kemampuan untuk membunuh beberapa sel kanser dan leukimia. Sedangkan kunyit, yang dijadikan bahan dalam kari dan mustard, boleh memperlambatkan proses penyebaran kanser dan pertumbuhan tumor. Untuk memberikan hasil semaksima mungkin, campurkan dengan lada hitam untuk menyerap kunyit 2.000 peratus lebih banyak.

4. Memperbaiki fungsi penghadaman
Manfaat cili dalam saluran penghadaman adalah meningkatkan aliran darah di perut dan meningkatkan lapisan mukus. Kapsaisin juga membantu membunuh bakteri H.pylori penyebab penyakit gastrik.

Akan tetapi jika anda mengalami heartburn (rasa panas) setelah makan pedas, cubalah tablet antiacid yang akan meneutralkan asid di perut.

5. Menghilangkan Gejala Selsema
Kapsaisin membantu meningkatkan pengeluaran peluh dan menghilangkan gejala selsema yang mengganggu. Makanan pedas juga akan membantu membuka pernafasan, mengurangkan radang pada saluran pernafasan dan gejala selsema yang lain.

6. Menyihatkan jantung
Cili menyihatkan jantung dengan cara mencegah pembekuan darah. Pemerhatian juga menunjukkan kadar kolesterol yang tidak baik/LDL boleh mencegah pengoksidaan yang akan menyebabkan pembuluh darah tersumbat.

Kapsaisin juga berkesan melawan keradangan, yang telah dikenalpasti sebagai faktor risiko penyakit jantung.
Hasil kajian juga menunjukkan, budaya makan makanan pedas menyebabkan insiden serangan jantung dan stroke menjadi lebih rendah.

Alasannya, cili merah boleh mengurangkan kesan dari kolesterol yang berat, sedangkan kapsaisin pula boleh melawan keradangan. Kedua-duanya merupakan faktor risiko untuk masalah jantung.

7. Turunkan berat badan
Cili mengandung kapsaisin, , memiliki kesan termogenik yang boleh menyebabkan tubuh membakar kalori ketika mengunyah selama 20 minit. Ia yang akan mempercepat metabolisme dan membantu tubuh membakar kalori lebih cepat. Hal ini terjadi kerana kapsaisin meningkatkan suhu tubuh dan berperanan dalam meningkatkan denyutan jantung.

Tambahan pula, kajian menunjukkan orang yang suka makanan pedas biasanya makan dalam kuantiti yang sedikit sehingga berat badan lebih terjaga. Lagipun, rasa pedas itu boleh meningkatkan metabolisme anda.

8. Menurunkan tekanan darah
Menurunkan tekanan darah. Vitamin A dan C mampu menguatkan dinding otot jantung, sementara panas dari lada meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh. Kombinasi ini boleh menghasilkan sistem kardiovaskular yang lebih kuat.

Monday, April 1, 2013

Mitos Dan Fakta Tentang Rambut Yang Anda Tidak Pernah Ketahui

petua penjagaan kesihatan rambut

Mitos Dan Fakta Tentang Rambut Yang Anda Tidak Pernah Ketahui | Pasti anda pernah mendengar bahawa ramai bercakap jangan mengikat rambut ketika rambut basah kerana takut nanti rambut akan berbuah. Tanpa usul periksa, anda terus menganggap apa yang dikatakannya itu fakta.

Tetapi anda perlu tahu bahawa tidak semua informasi itu benar. Jadi di sini kami inginkan kongsikan yang mana fakta dan yang mana satu mitos

Perapi rambut boleh memperbaiki rambut bercabang
  • MITOS - Tidak kiralah seberapa banyak iklan perapi yang mengaku boleh memperbaiki rambut bercabang, kenyataannya tidak sedemikian. Perapi sememangnya boleh memperbaiki rambut bercabang, namun hujung rambut yang telah bercabang tetap ada. Cara untuk menyingkirkan hujung rambut bercabang adalah memotongnya secara teratur setiap empat hingga enam minggu. 

Jangan tidur dengan rambut basah kerana kurap akan tumbuh
  • MITOS - Anda sebenarnya boleh tidur dengan rambut basah tanpa risau kurap atau bakteria akan tumbuh di kulit kepala. Kulit kepala tidak akan didatangi kurap atau sebarang bakteria sekiranya anda rajin merawat dan menjaga kulit kepala agar sentiasa bersih. 

Rambut akan tumbuh lebat dengan bersikat 100 kali sehari
  • MITOS - Fikirkan semula tentang perkara ini. Bagaimana hanya dengan bersikat rambut 100 kali sehari boleh menumbuhkan rambut? Bersikat secara berlebihan sebenarnya boleh merosakkan kulit kepala, apa lagi jika kamu menggunakan sikat yang salah. 

Berkongsi sikat boleh menyebarkan penyakit
  • FAKTA - Setiap orang harus punya sikatnya tersendiri. Sejumlah parasit seperti kutu boleh hidup pada sikat dan ia dengan mudah akan menular dari satu kepala ke kepala yang lain. 

Lebih banyak bersyampu membuatkan rambut akan lebih bersih
  • MITOS - Tidak kisahlah seberapa banyak syampu yang anda gunakan, asalkan ia telah membersihkan keseluruhan rambut hasilnya akan sama sahaja. Jangan membazir syampu dan gunakanlah dengan jumlah yang secukupnya. 

Makanan mempengaruhi kualiti dan kesihatan rambut
  • FAKTA - Apa yang anda makan memiliki kesan terhadap kualiti dan kesihatan rambut. Pola makan yang seimbang ditambah pula dengan suplemen multivitamin akan membuatkan rambut anda tumbuh lebih sihat dan bersinar. 

Mengikat rambut dengan tegang dan ketat boleh menyebabkan kebotakan
  • FAKTA - Mengikat rambut tegang atau tertarik boleh menyebabkan Alopecia. Situasi ini terjadi apabila anda sering mengikat rambut secara ketat tanpa membiarkan rambut berehat. Alopeciamemang boleh mengakibatkan rambut gugur dan kebotakan.

Sunday, March 31, 2013

Cara Betul Menjaga Kesihatan Rambut (Gugur, Kusam, Botak)

Cara Betul Menjaga Kesihatan Rambut Gugur Kusam Botak Kelemumur, Petua Elak Rambut Gugur.

Cara Betul Menjaga Kesihatan Rambut (Gugur, Kusam, Botak) | BAGI wanita rambut sebahagian daripada kecantikan. Rambut yang sihat, lebat dan berkilau dengan pemilihan gaya rambut yang tepat akan meningkatkan nilai kejelitaan seseorang.

Perawatan rambut sama pentingnya dengan rawatan kulit. Keindahan rambut mencerminkan kesihatan seseorang. Apabila kusam, tidak bercahaya dan hujungnya bercabang ini menandakan rambut tidak sihat. Masalah rambut disebabkan pola pemakanan yang kurang baik, ketidakseimbangan hormon atau rawatan rambut kurang sesuai. 

Secara amnya, pertumbuhan rambut normal di antara 0.2 milimeter sehing­ga 0.3 milimeter sehari. Pertumbuhan rambut mengalami beberapa tahap iaitu tahap pertumbuhan, tahap rehat iaitu beberapa bulan dan keguguran me­ngambil masa 100 hari.

Waktu rambut kekal di kepala boleh mencapai dua setengah tahun manakala rambut gugur sebanyak 40 sehingga 100 helai sehari, tetapi ini dikira masih normal. Apabila keguguran melebihi 100 helai sehari, anda harus melakukan sesuatu pada rambut anda.

Terdapat tiga jenis rambut iaitu: 

1. Rambut berminyak 

Jenis rambut ini mempunyai kelenjar minyak yang bekerja secara berlebihan sehingga rambut kelihatan berminyak. Basah dan melekit kerana minyak terlalu banyak, mudah kotor sehingga membentuk rumpun rambut. 

Apabila menghias rambut, biasanya ia tidak kekal lama kerana strukturnya cepat berubah. Satu cara menjaga kesihatan dan kebersihan rambut dengan merawat secara rapi iaitu dengan cara mencuci rambut dengan kerap. 

2. Rambut normal 

Rambut jenis ini memiliki kelenjar minyak yang me­ngeluarkan minyak dengan cukup. Rambut tidak cepat kotor dan mengembang. 

Rawatan untuk rambut jenis ini juga mudah. Cuci menggunakan syampu dan perapi rambut bagi mengekalkan kelembapannya. 

3. Rambut kering 

Rambut ini kelihatan me­ngembang, kering, suram dan mudah rosak. Ini disebabkan kandungan minyak pada kelenjar lemak sangat sedikit dan kurang aktif. 

Rambut jenis ini mudah kusut, batang rambut akan rosak dan hujung rambut akan pecah apabila disikat. Ini biasa berlaku apabila rambut diikat kuat. 

Terlalu kerap menggunakan syampu dan pengering rambut juga menyebabkan rambut rapuh. 

Setiap wanita akan me­ngalami masalah rambut yang sama iaitu kelemumur dan masalah keguguran rambut. Namun, ramai yang tidak memahami punca sebenar masalah ini. 

Kelemumur berlaku pada kulit kepala yang sudah mati, kering dan bersisik. Berlaku pengelupasan kulit kepala normal sekitar lima hingga 10 peratus daripada keseluruhan kulit kepala. 

Kelemumur tumbuh pada semua jenis rambut. Ini bukan penyakit tetapi proses fisiologi normal. Umumnya kelemumur terjadi pada remaja dan berkurangan pada usia pertengahan dan tiada ketika tua. 

Bagi mereka yang ­mengalami masalah keguguran rambut pastinya cemas melihat rambut gugur melebihi 100 helai sehari. Jangan bimbang kerana ini perkara normal. Mungkin disebabkan faktor perubahan hormon atau kesan daripada produk rawatan yang tidak sesuai. 

Biasanya wanita selepas bersalin akan mengalami keguguran rambut yang serius. Namun, kehilangan rambut disebabkan faktor ini tidak kekal dan akan berubah. 

Keguguran rambut bisanya disebabkan faktor keturunan dan genetik, ­perubahan hormon, ­serangan kulat atau ­bakteria, menggunakan syampu tidak sesuai dengan rambut, tekanan perasaan dan diet tidak seimbang tanpa pengambilan karbohidrat, vitamin dan protein, pengambilan vitamin A berlebihan, kesan perubatan kemoterapi pada pesakit barah dan amalan mewarna, mencelup, melurus atau kerinting rambut. 


1 Kurangkan manipulasi rambut

Terdapat banyak produk di pasaran melambangkan diri sendiri sebagai produk yang dapat memelihara dan menjaga kesihatan rambut bagi seseorang. Selain itu, produk tersebut akan menggalakkan pengguna untuk menggunakan produk berkenaan dengan kerap agar rambut dapat menjadi sihat dan bersinar. Pernyataan tersebut adalah kurang tepat. Tisu rambut merupakan tisu yang telah mati maka kerosakan yang terjadi adalah kekal dan tidak dapat dipulihkan. Oleh itu, cara yang terbaik untuk memelihara rambut daripada kerosakan adalah kurang memanipulasikan rambut anda. Dengan cara ini kadar kerosakan yang akan terjadi adalah rendah kerana rambut tidak diganggu oleh sebarang bahan kimia dan alat yang berfungsi untuk membentukkan gaya rambut. 

2 Memilih sikat yang bergigi luas

Sikat merupakan alat yang asas bagi setiap orang untuk menyikat rambut agar rambut kelihatan kemas. Selain fungsi yang paling asas ini, sikat juga berfungsi untuk membentukkan pelbagai jenis gaya fesyen rambut. Oleh itu, sikat merupakan alat yang paling rapat dengan rambut. Dengan ini kita dapat melihat kepentingan memilih sikat yang sesuai agar rambut dapat dipelihara semasa seseorang mendandankan rambut mereka. Sikat yang berlapis teflon dan mempunyai gigi yang luas adalah dicadangkan bagi tujuan tersebut kerana gigi yang luas dapat mengurangkan kerosakan yang akan terjadi semasa gigi sikat melalui rambut kita. 


3 Memilih berus yang mempunyai bentuk bulat pada hujung gigi

Alat yang kedua yang sentiasa menjadi pilihan oleh orang ramai untuk mendandankan rambut adalah berus. Justeru, memilih berus yang sesuai juga adalah penting sekali untuk menjaminkan kesihatan rambut. Berus sentiasa digunakan untuk mengeringkan rambut tanpa mengira rambut yang lurus atau kerinting. Bagi tujuan mengurangkan geseran antara gigi berus dan rambut maka jenis reka bentuk berus yang dikenali sebagai blow-drying brush adalah digalakkan. Hal ini kerana berus tersebut mempunyai ruang yang mencukupi antara gigi pada berus tersebut. Di samping itu, terdapat juga lubang pada papan berus agar angin panas yang dihasilkan oleh pengering rambut dapat dilepaskan. Berus jenis ini mempunyai bentuk bulat pada hujung gigi yang dapat mengurangkan geseran antara rambut dan gigi berus malahan reka bentuk sebegini juga dapat melindungi kulit kepala daripada cedera

4. Mengelakkan menyikat rambut semasa rambut basah

Rambut adalah lebih lemah pada masa basah berbanding dengan semasa kering. Oleh itu, rambut adalah lebih mudah patah atau putus semasa basah sekiranya dibandingkan dengan keadaan kering. Memandangkan keadaan menghadapi rambut yang basah merupakan keadaan yang tidak dapat dielakkan oleh setiap orang maka cara yang digalakkan untuk mengemaskan rambut semasa dalam keadaan basah adalah menyikat dengan jari sendiri. Walaubagaimanapun cara memelihara yang paling digalakkan adalah menyikat rambut pada keadaan yang kering atau hampir kering. Kelakuan ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kerosakan yang akan terjadi.

5 Membiarkan rambut kering secara semula jadi dan elak penggunann pengering rambut 

Seperti yang diterangkan di atas, rambut adalah lemah pada keadaan panas maka menggunakan pengering rambut akan merosakkan rambut dengan lebih mudah. Angin panas yang dihasilkan oleh pengering rambut akan merosakkan struktur protein bagi rambut kita maka rambut kita akan menjadi rapuh dan mudah putus. Sekiranya penggunaan pengering rambut adalah sangat diperlukan maka pengguna harus menjarakkan pengering rambut sekuarang-kurangnya 12 inci daripada rambut sendiri. Selain itu, suhu angin panas tersebut harus dimulakan pada suhu yang rendah dan meningkat secara perlahan-lahan. Tambahan lagi, suhu yang terlalu tinggi adalah tidak digalakkan untuk mengenakan terhadap rambut agar tahap kerosakan dapat dikurangkan.

Cara penjagaan rambut yang tepat adalah penting bagi setiap orang. oleh itu, tips yang dibincang pada edisi ini diharapkan dapat memberi panduan bagi orang ramai agar dapat memiliki rambut yang cantik dan sihat.

Thursday, March 14, 2013

Petua Menghilangkan Rasa Sakit Ulser Mulut



Petua Untuk Meredakan Sakit Ulser Mulut | Ulser merupakan tompokan putih atau kuning dalam mulut yang mempunyai tanda kemerahan di sekelilingnya. Ulser ini mempunyai saiz yang berbeza-beza dan menyakitkan.

Kesakitan akan berkurangan dalam tempoh 3 - 4 hari tetapi ulser biasanya akan mengambil masa 10 - 14 hari untuk sembuh sepenuhnya.Dapatkan pemeriksaan doktor pergigian jika ulser mulut masih berlarutan melebihi dua minggu. Pemeriksaan penting untuk menentukan tiada lesi kanser dan pra kanser mulut.

Cuba petua ini untuk menghilangkan rasa sakit ulser mulut:

a. Berkumur dengan bahan kumuran antiseptic atau air garam.
b. Sapukan gel analgesik atau gel penahan sakit
c. Kekalkan kesihatan mulut yang baik.
d. Makan makanan yang lembut.
e. Kurangkan makanan pedas dan berempah.
f. Minum air secukupnya.
g. Banyak minum air suam.
h. Berehat dan tidur dengan cukup.
i. Amalkan tabiat menjaga agar mulut dan gigi berada pada tahap kesihatan yang baik.
j. Mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. Pastikan anda mengambil cukup vitamin B12 dan vitamin C.
k. Daun buah Nangka dibakar bersama jagung dan tempurung kelapa sampai hangus. Abunya dicampur dengan minyak dan disapu pada ulser dan luka.

Thursday, March 7, 2013

Petanda Gejala Barah Otak Yang Pelu Diketahui Segera


Petanda Gejala Barah Otak Yang Pelu Diketahui Segera | PERNAHKAH anda berasa sakit kepala, pandangan kabur, muntah-muntah dan sering lupa? Jika ya anda harus segera berjumpa doktor kerana dikhuatiri ia mungkin antara gejala awal barah otak.

Barah otak antara penyakit paling digeruni masyarakat dunia selain barah payudara. Ia boleh menyerang sesiapa tanpa mengira umur dan jantina sama ada kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Menurut Perunding Pakar Bedah Otak Stereotaktik Advanced Neuroscience and Orthopaedic Clinic, Dr Chee Chee Pin, terdapat dua jenis barah yang diklasifikasikan sebagai Tumor Benigna dan Tumor Malignan. 

Petanda Gejala Barah Otak Yang Pelu Diketahui Segera : 
1. Sakit kepala yang teruk terutama di sebelah pagi berbanding tengah hari.
2. Sakit kepala berterusan diikuti loya dan muntah
3. Pandangan kabur
4. Sering lupa
5. Epilepsi (sawan, kekejangan otot dan tidak sedarkan diri)
6. Gangguan percakapan
7. Kesukaran menggerakkan kaki dan tangan
8. Gangguan ingatan atau perubahan personaliti
9. Kerap diserang sakit kepala

Wednesday, March 6, 2013

Cara Mencegah Dan Merawat Ulser Mulut


Cara Mencegah Dan Merawat Ulser Mulut   | Pernahkah anda melihat satu tompokan putih semasa anda memeriksa mulut dan ia menyakitkan bahagian dalam mulut anda? Tompokan inilah yng dinamakan ulser mulut. Kebiasaannya, ibu-ibu akan menasihatkan supaya anda meletak secubit garam pada bahagian yang terkena ulser itu supaya ia cepat sembuh. 

Ulser mulut merupakan sejenis kudis yang terdapat di dalam bahagian lembut mulut kita. Selain bahagian dalam pipi, lidah juga boleh dijangkiti ulser. Rasa sakit akibat ulser ini akan menyebabkan anda berasa hilang selera untuk mengambil makanan atau minuman panas. Ia juga akan menyukarkan pertuturan anda.

Tindak balas terhadap jangkitan bakteria, virus atau fungus menyebabkan berlakunya ulser mulut. Ulser mulut ini boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Selain daripada jangkitan bakteria taua fungus, ulser juga boleh terjadi akibat daripada kecederaan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah, terkena dawai ortondik dan sebagainya.

Kekurangan zat makanan, tekanan, kurang rehat atau tidur dan keadaan mulut yang kotor turut boleh meyumbangkan ke arah penyakit ulser mulut.

Ulser boleh dirawat dengan meletakkan garam ke atas tompokan putih tersebut. Namun harus diingat bahawa cara ini amat menyakitkan. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan rawatan dengan sejenis krim atau gel yang terdapat di farmasi. Rasa sakit kerana ulser boleh juga diredakan berkumur-kumur dengan air garam suam atau ubt kumur antibakteria. Ulser mulut yang tidak serius kurang merasa sakit dan akan sembuh dalam tempoh satu hungga dua minggu selepas mendapat rawatan.

Cara yang paling baik untuk menghindarkan daripada terkena ulser mulut ialah:

a) Banyak minum air suam
b) Berehat dan tidur dengan cukup
c) Amalkan tabiat menjaga kebersihan mulut dan gigi supaya ia berada dalam keadaan yang baik.
d) Mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. Pastikan vitamin B12 dan C cukup diambil.

Jika ulser mulut tidak sembuh dan semakin merebak, anda hendaklah berjumpa dengan doktor gigi dengan segera. Ini kerana ulser mulut yang lamabat sembuh mungkin petanda awal barah mulut.