Showing posts with label Fuh Petua. Show all posts
Showing posts with label Fuh Petua. Show all posts

Wednesday, April 3, 2013

Tips Dan Petua Untuk Kurangkan Muntah Dan Loya Semasa Hamil

Tips Dan Petua Untuk Kurangkan Muntah Dan Loya Semasa Hamil

Tips Dan Petua Untuk Kurangkan Muntah Dan Loya Semasa Hamil | “Morning sickness” atau muntah-muntah ialah masalah yang biasa berlaku dikalangan wanita hamil atau mengandung. Ia boleh berlaku bila bila masa. Kebanyakkan bermula seawal 6 minggu pertama dan berakhir pada lewat 16 minggu. Walaubagaimanpun, terdapat segelintir dari wanita yang hamil mengalami masalah ini sehingga ke peringkat akhir kandungan.

Punca yang tepat terhadap masalah ini belum diketahui secara jelas, tapi kemungkinan besar ia terjadi disebabkan oleh kehadiran hormon-hormon dirembeskan dalam kuantiti yang banyak diawal kehamilan.

Morning sickness bukan sahaja boleh menganggu kehidupan harian wanita yang mengandung, tetapi ia juga boleh memberikan bahaya kepada ibu dan anak yang didalam kandungan.

Morning sickness yang teruk boleh menyebabkan wanita kehilangan bendalir tubuh yang banyak, dan kehilangan zat galian akan memberikan kesan kepada bayi sekiranya ia berlaku dalam jangka masa yang lama . Bayi mungkin akan mengalami kekurangan berat badan, tidak membesar secara normal kerana kekurangan zat-zat penting yang diperlukan untuk tumbesaran bayi.

Jadi, sekiranya anda mengalami masalah muntah muntah secara berlebihan, anda harus berjumpa dengan doktor dengan segera.

Tip-tip untuk kurangkan simptom

Kepada wanita yang mengalami muntah-muntah ringan dan sederhana anda boleh mencuba untuk amalkan tip-tip ini :-

  • Minum 10 gelas air sehari untuk mengantikan bendalir badan yang hilang dan juga mengelakkan sembelit
  • Jauhkan dari bau-bau yang tidak menyenangkan yang boleh menyebabkan anda muntah. Beritahu suami dan saudara dan rakan-rakan di tempat kerja tentang bau-bauan tersebut.
  • Hindarkan diri dari wangian
  • Sekiranya anda rasa loya, asam boleh mengurangkan rasa loya.
  • Legakan perut dengan memakan makanan berhalia. Hidu lemon lemon atau minum jusnya
  • Sekiranya masih mempunyai anak yang kecil, pastikan diaper anak dikendalikan oleh suami atau pembantu rumah.
  • Sekiranya memerlukan perjalanan jauh melalui udara, tundakan tarikhnya. Anda tentu tidak mahu merasa loya disebabkan oleh perjalanan yang bumpy atau bau dari makanan, ataupun dari wangi dari penumpang sebelah.
Selamat mencuba :)

Fuh Petua! 9 Awet Muka Cara Islam


Fuh Petua! 9 Awet Muka Cara Islam | Semua orang nak kekal cantik dan sihat. Awet muda bukan tujuan menidakkan fitrah kejadian manusia, peredaran masa yang sememangnya manusia semakin tua, yang telah Allah tentukan buat hambaNya. Kita tidak mengubah, tetapi memelihara atau menjaga serta mensyukuri nikmat Allah Yang Maha Pencipta.

Jika sayangkan sesuatu, sudah tentu kita akan menjaganya. Jadi kerana itu kita perlu menjaga kecantikan dan kesihatan tubuh badan kita dengan sebaik mungkin.

Lihat di bawah, baca dan praktikkan. InsyaAllah pasti menjadi, yakin pada Allah dan pasang niat yang baik maka baiklah jadinya.

Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.

Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.

Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.

Petua 9: Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu).

Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. 

Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

Petua Merawat Kulit Terkena Minyak Panas Menggunakan Kicap Dan Garam Halus

Petua Merawat Kulit Terkena Minyak Panas Menggunakan Kicap Dan Garam Halus

Petua Merawat Kulit Terkena Minyak Panas Menggunakan Kicap Dan Garam Halus | Apabila kita memasak di dapur, kadang-kadang kulit kita akan terkena minyak panas secara tidak sengaja.

Jangan panik dan risau. Terdapat pelbagai petua dan cara yang dapat dilakukan apabila kulit kita terkena minyak panas. Bahan yang digunakan untuk merawat kulit terkena minyak panas pun mudah untuk digunakan iaitu kicap dan garam halus. Selamat mencuba.

Cara-cara:
Ambil sedikit kicap dan garam halus. Kemudian sapukan kedua-dua bahan tadi di tempat yang terkena minyak atau air panas. Kesannya akan dapat dikurangkan dan sakit akan berkurangan.

Nota Kakiku : Kalau hendak guna marjerin atau pun colgate boleh juga.

Tuesday, April 2, 2013

Cara Dan Petua Menghilangkan Nafas Mulut Berbau


Cara Dan Petua Menghilangkan Nafas Mulut Berbau | Masalah nafas berbau seharusnya diberi perhatian kerana ia mampu untuk mengurangkan keyakinan seseorang untuk berkomunikasi dengan oranglain. Tambahan pula, bimbang sekiranya ramai orang mula menjauhkan diri daripada kita.


Selain daripada itu, ia juga berkemungkinan sebagai tanda kehadiran penyakit lain yang mungkin anda hadapi. Cara untuk menghilangkan masalah nafas berbau adalah dengan :

1. Bersihkan lidah
Untuk menghilangkan masalah nafas berbau, anda bukan sahaja perlu menggosok gigi setiap hari, tetapi juga perlu untuk menggosok lidah.

Ini kerana lidah anda terutamanya bahagian belakang atas, adalah punca utama yang menyebabkan masalah nafas berbau yang serius. Ia terjadi kerana lidah anda mempunyai berjuta-juta filamen yang boleh memerangkap sisa makanan dan bakteria, jika dibiarkan akan membawa kepada masalah nafas berbau.

2. Mengunyah gula-gula getah 
Air liur merupakan pertahanan terbaik untuk menghilangkan masalah nafas berbau. Gula-gula getah sebenarnya dapat membantu untuk merangsang penghasilan air liur lebih banyak. Sebab itulah nafas kita berbau apabila bangun dari tidur, ini adalah kerana aliran air liur rendah ketika seseorang berbaring/ tidur.

3. Menghisap kulit kayu manis
Kulit kayu manis mengandungi sebatian yang dapat membantu untuk menghilangkan masalah nafas berbau. Selain daripada itu, ia juga mampu untuk mengurangkan bakteria yang menjadi punca masalah nafas berbau. Seorang yang menghisap kulit kayu manis setiap hari dapat mengurangkan kehadiran bakteria punca nafas berbau sebanyak 50% berbanding orang yang tidak menghisapnya.

4. Pastikan mulut sentiasa lembap 
Minum lebih banyak air juga dapat membantu untuk menghilangkan bakteria ‘jahat’ yang menyebabkan masalah nafas berbau. Selain daripada itu, kajian juga menunjukkan dengan mengamalkan peminuman teh, ia turut dapat membantu menghilangkan masalah nafas berbau kerana teh mengandungi poleypehnols, iaitu sejenis ‘bahan kimia’ tumbuhan yang dapat menyekat pertumbuhan bakteria punca nafas berbau.

5. Pemakanan
Kesan sampingan seseorang yang mengurangkan pengambilan karbohidrat dalam pemakanan mereka adalah masalah nafas berbau. Selain daripada itu,makanan yang dimakan juga mungkin punca masalah nafas berbau seperti bawang putih, kopi dan sebagainya.

6. Ubat kumur 
Ubat kumur berfungsi untuk menghilangkan bakteria di dalam mulut yang menyebabkan masalah nafas berbau. Anda dinasihatkan untuk mengamalkan ubat kumur ini sekurang-kurangnya sekali sehari.

7. Masalah perubatan
Hasil daripada kajian, 90% masalah nafas berbau adalah berpunca daripada kesan sampingan terhadap penyakit lain seperti penyakit gusi, kanser mulut, kaviti dan sebagainya. Anda dinasihatkan untuk mengelakkan pengambilan rokok dan alkohol yang merupakan punca utama terhadap penyakit mulut.

Monday, April 1, 2013

Petua Bagi Rambut Cepat Panjang

petua rambut cepat panjang

Petua Bagi Rambut Cepat Panjang | Inginkan rambut sihat dan cepat panjang? Kami ada cara yang boleh dikongsi bersama. Jom semak.

1. Sekiranya rambut kamu rosak atau hujungnya bercabang, segeralah merapikan bahagian yang bercabang itu dengan memotongnya kerana ini merupakan langkah awal.

2. Jangan bersyampu setiap hari. syampu boleh mengurangkan minyak semula jadi yang dihasilkan oleh rambut dan ia sangat berguna untuk zat rambut. Sekiranya kamu tidak selesa kerana rambut mudah berbau, gunakan sedikit perapi agar rambut kembali wangi.

3. gunakan produk-produk penataan rambut sesedikit mungkin. Misalnya gel, volumizer, serum, semburan rambut dan sebagainya. Penggunaan produk yang terlalu kerap boleh membuatkan rambut keras sehingga kamu terpaksa memerlukan syampu untuk membersihkannya.

4. Minimumkan penggunaan peralatan yang panas seperti pengering rambut, pengeriting rambut dan pelurus rambut.

5. Gunakan sikat rambut untuk mengurut kulit kepala setiap malam. Lakukan gerakan memutar ke seluruh kulit kepala sekitar 15 minit. Setelah itu, sikat rambut kamu secara perlahan dari pangkal rambut sehingga ke hujung. Cara ini akan menyebarkan minyak semula jadi pada pangkal rambut ke seluruh rambut hingga ke hujungnya.

Baca Lagi Petua Rambut Yang Lain!

Sunday, March 31, 2013

Cara Betul Menjaga Kesihatan Rambut (Gugur, Kusam, Botak)

Cara Betul Menjaga Kesihatan Rambut Gugur Kusam Botak Kelemumur, Petua Elak Rambut Gugur.

Cara Betul Menjaga Kesihatan Rambut (Gugur, Kusam, Botak) | BAGI wanita rambut sebahagian daripada kecantikan. Rambut yang sihat, lebat dan berkilau dengan pemilihan gaya rambut yang tepat akan meningkatkan nilai kejelitaan seseorang.

Perawatan rambut sama pentingnya dengan rawatan kulit. Keindahan rambut mencerminkan kesihatan seseorang. Apabila kusam, tidak bercahaya dan hujungnya bercabang ini menandakan rambut tidak sihat. Masalah rambut disebabkan pola pemakanan yang kurang baik, ketidakseimbangan hormon atau rawatan rambut kurang sesuai. 

Secara amnya, pertumbuhan rambut normal di antara 0.2 milimeter sehing­ga 0.3 milimeter sehari. Pertumbuhan rambut mengalami beberapa tahap iaitu tahap pertumbuhan, tahap rehat iaitu beberapa bulan dan keguguran me­ngambil masa 100 hari.

Waktu rambut kekal di kepala boleh mencapai dua setengah tahun manakala rambut gugur sebanyak 40 sehingga 100 helai sehari, tetapi ini dikira masih normal. Apabila keguguran melebihi 100 helai sehari, anda harus melakukan sesuatu pada rambut anda.

Terdapat tiga jenis rambut iaitu: 

1. Rambut berminyak 

Jenis rambut ini mempunyai kelenjar minyak yang bekerja secara berlebihan sehingga rambut kelihatan berminyak. Basah dan melekit kerana minyak terlalu banyak, mudah kotor sehingga membentuk rumpun rambut. 

Apabila menghias rambut, biasanya ia tidak kekal lama kerana strukturnya cepat berubah. Satu cara menjaga kesihatan dan kebersihan rambut dengan merawat secara rapi iaitu dengan cara mencuci rambut dengan kerap. 

2. Rambut normal 

Rambut jenis ini memiliki kelenjar minyak yang me­ngeluarkan minyak dengan cukup. Rambut tidak cepat kotor dan mengembang. 

Rawatan untuk rambut jenis ini juga mudah. Cuci menggunakan syampu dan perapi rambut bagi mengekalkan kelembapannya. 

3. Rambut kering 

Rambut ini kelihatan me­ngembang, kering, suram dan mudah rosak. Ini disebabkan kandungan minyak pada kelenjar lemak sangat sedikit dan kurang aktif. 

Rambut jenis ini mudah kusut, batang rambut akan rosak dan hujung rambut akan pecah apabila disikat. Ini biasa berlaku apabila rambut diikat kuat. 

Terlalu kerap menggunakan syampu dan pengering rambut juga menyebabkan rambut rapuh. 

Setiap wanita akan me­ngalami masalah rambut yang sama iaitu kelemumur dan masalah keguguran rambut. Namun, ramai yang tidak memahami punca sebenar masalah ini. 

Kelemumur berlaku pada kulit kepala yang sudah mati, kering dan bersisik. Berlaku pengelupasan kulit kepala normal sekitar lima hingga 10 peratus daripada keseluruhan kulit kepala. 

Kelemumur tumbuh pada semua jenis rambut. Ini bukan penyakit tetapi proses fisiologi normal. Umumnya kelemumur terjadi pada remaja dan berkurangan pada usia pertengahan dan tiada ketika tua. 

Bagi mereka yang ­mengalami masalah keguguran rambut pastinya cemas melihat rambut gugur melebihi 100 helai sehari. Jangan bimbang kerana ini perkara normal. Mungkin disebabkan faktor perubahan hormon atau kesan daripada produk rawatan yang tidak sesuai. 

Biasanya wanita selepas bersalin akan mengalami keguguran rambut yang serius. Namun, kehilangan rambut disebabkan faktor ini tidak kekal dan akan berubah. 

Keguguran rambut bisanya disebabkan faktor keturunan dan genetik, ­perubahan hormon, ­serangan kulat atau ­bakteria, menggunakan syampu tidak sesuai dengan rambut, tekanan perasaan dan diet tidak seimbang tanpa pengambilan karbohidrat, vitamin dan protein, pengambilan vitamin A berlebihan, kesan perubatan kemoterapi pada pesakit barah dan amalan mewarna, mencelup, melurus atau kerinting rambut. 


1 Kurangkan manipulasi rambut

Terdapat banyak produk di pasaran melambangkan diri sendiri sebagai produk yang dapat memelihara dan menjaga kesihatan rambut bagi seseorang. Selain itu, produk tersebut akan menggalakkan pengguna untuk menggunakan produk berkenaan dengan kerap agar rambut dapat menjadi sihat dan bersinar. Pernyataan tersebut adalah kurang tepat. Tisu rambut merupakan tisu yang telah mati maka kerosakan yang terjadi adalah kekal dan tidak dapat dipulihkan. Oleh itu, cara yang terbaik untuk memelihara rambut daripada kerosakan adalah kurang memanipulasikan rambut anda. Dengan cara ini kadar kerosakan yang akan terjadi adalah rendah kerana rambut tidak diganggu oleh sebarang bahan kimia dan alat yang berfungsi untuk membentukkan gaya rambut. 

2 Memilih sikat yang bergigi luas

Sikat merupakan alat yang asas bagi setiap orang untuk menyikat rambut agar rambut kelihatan kemas. Selain fungsi yang paling asas ini, sikat juga berfungsi untuk membentukkan pelbagai jenis gaya fesyen rambut. Oleh itu, sikat merupakan alat yang paling rapat dengan rambut. Dengan ini kita dapat melihat kepentingan memilih sikat yang sesuai agar rambut dapat dipelihara semasa seseorang mendandankan rambut mereka. Sikat yang berlapis teflon dan mempunyai gigi yang luas adalah dicadangkan bagi tujuan tersebut kerana gigi yang luas dapat mengurangkan kerosakan yang akan terjadi semasa gigi sikat melalui rambut kita. 


3 Memilih berus yang mempunyai bentuk bulat pada hujung gigi

Alat yang kedua yang sentiasa menjadi pilihan oleh orang ramai untuk mendandankan rambut adalah berus. Justeru, memilih berus yang sesuai juga adalah penting sekali untuk menjaminkan kesihatan rambut. Berus sentiasa digunakan untuk mengeringkan rambut tanpa mengira rambut yang lurus atau kerinting. Bagi tujuan mengurangkan geseran antara gigi berus dan rambut maka jenis reka bentuk berus yang dikenali sebagai blow-drying brush adalah digalakkan. Hal ini kerana berus tersebut mempunyai ruang yang mencukupi antara gigi pada berus tersebut. Di samping itu, terdapat juga lubang pada papan berus agar angin panas yang dihasilkan oleh pengering rambut dapat dilepaskan. Berus jenis ini mempunyai bentuk bulat pada hujung gigi yang dapat mengurangkan geseran antara rambut dan gigi berus malahan reka bentuk sebegini juga dapat melindungi kulit kepala daripada cedera

4. Mengelakkan menyikat rambut semasa rambut basah

Rambut adalah lebih lemah pada masa basah berbanding dengan semasa kering. Oleh itu, rambut adalah lebih mudah patah atau putus semasa basah sekiranya dibandingkan dengan keadaan kering. Memandangkan keadaan menghadapi rambut yang basah merupakan keadaan yang tidak dapat dielakkan oleh setiap orang maka cara yang digalakkan untuk mengemaskan rambut semasa dalam keadaan basah adalah menyikat dengan jari sendiri. Walaubagaimanapun cara memelihara yang paling digalakkan adalah menyikat rambut pada keadaan yang kering atau hampir kering. Kelakuan ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kerosakan yang akan terjadi.

5 Membiarkan rambut kering secara semula jadi dan elak penggunann pengering rambut 

Seperti yang diterangkan di atas, rambut adalah lemah pada keadaan panas maka menggunakan pengering rambut akan merosakkan rambut dengan lebih mudah. Angin panas yang dihasilkan oleh pengering rambut akan merosakkan struktur protein bagi rambut kita maka rambut kita akan menjadi rapuh dan mudah putus. Sekiranya penggunaan pengering rambut adalah sangat diperlukan maka pengguna harus menjarakkan pengering rambut sekuarang-kurangnya 12 inci daripada rambut sendiri. Selain itu, suhu angin panas tersebut harus dimulakan pada suhu yang rendah dan meningkat secara perlahan-lahan. Tambahan lagi, suhu yang terlalu tinggi adalah tidak digalakkan untuk mengenakan terhadap rambut agar tahap kerosakan dapat dikurangkan.

Cara penjagaan rambut yang tepat adalah penting bagi setiap orang. oleh itu, tips yang dibincang pada edisi ini diharapkan dapat memberi panduan bagi orang ramai agar dapat memiliki rambut yang cantik dan sihat.

Cara Mengatasi Masalah Tidur Malam - Petua Pemakanan


Cara Mengatasi Masalah Tidur Malam - Petua Pemakanan | Masalah tidur malam atau lebih dikenali dengan nama insomnia sering dihadapi oleh semua lapisan masyarakat terutamanya golongan remaja. Terdapat banyak faktor yang menjadi punca kepada masalah ini. 

Antaranya adalah disebabkan mengamalkan pemakanan yang tidak sihat. Jadi apakah makanan yang mungkin dapat membantu anda mengatasi masalah ini?

Roti - Makanan yang berkabohidrat kompleks seperti roti, bijirin gandum, dan oat membantu meningkatkan kadar hormon serotonin yang berfungsi untuk melambatkan aktiviti saraf, menenangkan otak dan merehatkan seluruh badan. Ini secara tidak langsung akan membantu mempercepatkan proses tidur seseorang kerana berasa seluruh anggota badan berada dalam keadaan selesa. Anda dinasihatkan untuk memakan sekurang-kurangnya 1 keping roti sebelum tidur.

Teh/Susu - Pernahkah anda melihat seseorang akan meminum segelas susu atau secawan teh terlebih dahulu sebelum masuk tidur? Ia sebenarnya membantu anda mengatasi masalah tidur malam yang mungkin anda alami. Ini kerana bukti saintifik menunjukkan bahawa kedua-dua minuman tersebut membantu untuk menghasilkan rasa tenang atau relax terhadap tubuh badan anda.

Cheese/Keju - Sekiranya anda berada di dalam keadaan yang terlalu lapar atau terlalu kenyang. ia sebenarnya memberi masalah terhadap tidur malam anda. Dengan memakan sekeping cheese sebelum tidur sudah cukup untuk membuatkan tubuh anda berada dalam keadaaan selesa. Ia kerana makanan ini mengandungi protein yang secukupnya untuk anda tidur dan juga amat cepat untuk dihadamkan.

Tuesday, March 26, 2013

Fuh Petua! Petua Menghilangkan Lebam Bawah Mata Menggunakan Kentang


Petua Menghilangkan Lebam Bawah Mata Menggunakan Kentang | Terdapat pelbagai cara yang digunakan untuk menjaga kesihatan. Sama ada rambut, muka, badan dan sebagainya. Kali ini admin ini berkongsi petua yang melibatkan mata.

Dikatakan juga orang yang cantik jelita ialah seseorang yang turut mempunyai pandangan mata yang bercahaya dan berseri-seri. Jadi memang penting sekali untuk kita menjaga kecantikan mata ini. Jadi kita kena tahu bagaimanakah cara untukmenghilangkan lebam bawah mata agar ia tampil berseri

Potong sebiji kentang dan hiris kepada beberapa kepingan nipis.Lepas tu lekapkan hirisan kentang tu pada sekeliling dan kedua-dua belah mata. Biarkan selama 10-20 minit lepas tu barulah dibilas dengan air bersih.

Cuba amalkan selalu kerana dikatakan kandungan enzim dalam kentang bukan sahaja dapat membantu mengurangkan lingkaran hitam kat mata malah boleh mencerahkan kulit.

Wednesday, March 13, 2013

Cara Menyimpan Dan Menggunakan Susu Ibu Dengan Betul

Cara dan teknik menyimpan susu ibu

Cara Menyimpan Dan Menggunakan Susu Ibu Dengan Betul | Seperti yang kita ketahui, susu ibu merupakan susu terbaik buat anak-anak yang baru lahir. Para ibu digalakkan menyusu anaknya 100% sehingga berumur 2 tahun tanpa memberikan susu lain.

Terdapat beberapa tips penyimpanan susu ibu yang diperah supaya ianya tahan lebih lama dan tidak membahayakan kesihatan anak. Tips ini adalah untuk panduan ibu-ibu muda di luar sana yang belum tahu cara penyimpanan dan penggunaan susu ibu yang betul. 

Untuk keselamatan bayi dan kualiti susu terjamin berkhasiat, pastikan susu yang diperah selamat untuk diminum mengikut cara penyimpanan dan pemanasan yang betul.

Menyimpan Susu Ibu:
  • Botol susu kecil amat sesuai digunakan.
  • Bekas kedap udara daripada gelas atau plastik yang keras dan tahan dalam peti sejukbeku. termasuklah bekas dadih.
  • Bag sejukbeku khas untuk susu ibu juga boleh digunakan, terdapat jenama Medela, Avent, Gerber, Playtex.
  • Jangan menggunakan plastik aiskrim kerana ia tidak bersih dan boleh merosakkan susu.

Membersihkan Bekas Penyimpanan:
  • Basuh bekas menyimpan susu dalam air panas bersabun dan bilas dengan air panas.
  • Biarkan bekas kering di tempat yang bersih.
  • Anda juga boleh mensteril bekas dengan menggunakan tablet sterile yang dijual di kedai bayi atau farmasi.

Panduan Menyimpan Susu Ibu:
  • Sejukkan susu dalam masa 1 jam selepas diperah.
  • {mosimage}Labelkan bekas dengan tarikh dan masa perahan.
  • Simpan susu dalam kuantiti kecil (2-4 oz) dalam setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.
  • Sejukkan susu yang baru diperah dahulu sebelum mencampurkannya dengan susu yang sudah sedia sejuk.
  • Jangan isi susu terlalu penuh di dalam bekasnya, tinggalkan 1 inci untuk susu mengembang semasa proses sejukbeku.

*Jika bayi anda tidak cukup bulan atau ditahan di wad, minta nasihat jururawat tentang cara yang sepatutnya anda gunakan untuk menyimpan susu dan membersihkan bekas menyimpan susu.

Ketahanan susu ibu bergantung kepada cara bagaimana ia disimpan:
  • Suhu bilik, atas 25°C: 4-6 jam
  • Bekas penyejuk (Cooler, icepack): 12-24 jam
  • Peti sejuk 1 pintu

Panduan Menyimpan dan Memanaskan Susu Ibu:
  • bahagian fridge 4°C: 7 hari
  • bahagian freezer -15°C: 2 minggu
  • Peti sejuk 2 pintu
  • bahagian fridge, 4°C: 5 hari
  • bahagian freezer, -18°C hingga -20°C: 3-6 bulan
  • Deep freezer -20°C: 6 bulan

Penting:
  • Susu ibu hendaklah disejukkan jika ia tidak digunakan dalam masa 4-6 jam selepas diperah.
  • Tempatkan bekas susu di bahagian paling sejuk peti ais (jauh daripada pintu).
  • Jika telah melampaui masa simpanan, jangan sayang untuk membuangnya.

Menyahbeku Susu Ibu:
  • {mosimage}Susu ibu yang asalnya beku dan telah dicairkan, boleh digunakan dalam masa 24 jam jika disimpan di dalam peti ais.
  • Susu ini tidak boleh dibekukan semula selepas dicairkan.
  • Semak tarikh pada bekas penyimpanan. Gunakan susu yang lama dahulu.
  • Nyahbekukan susu beku dengan meletakkannya di bahagian fridge selama 4 jam atau
  • Lalukan bekas susu yang beku tadi di bawah air paip yang sejuk. Setelah ia mula cair, lalukan atau rendam dalam air suam pula untuk terus mencairkannya.
  • Jangan cairkan pada suhu bilik. Suamkan susu tadi dengan merendamkannya di dalam mangkuk yang berisi air panas.
  • Jangan mencairkan atau memanaskan susu di dalam ketuhar gelombang mikro, oven atau di atas api.

Panduan Memberi Susu Ibu:
  • Goncang perlahan susu yang telah suam dan rasa kepanasannya dengan tangan anda sebelum menggunakannya.
  • Pegang bayi semasa memberinya susu perahan.
  • Jadikan penyusuan menyeronokkan; bercakap dan senyum dengan bayi.
  • Sendawakan bayi selepas memberi susu perahan.
  • Gunakan susu ini dalam masa 1 jam. Buang selebihnya.

Tips Untuk Hilangkan Mengantuk di Tempat Kerja


Tips Untuk Hilangkan Mengantuk di Tempat Kerja  | Kali ini admin berkongsi petua di tempat kerja. Untuk menghilangkan mengantuk ditempat kerja terdapat pelbagai cara. Kita boleh pilih mengikut kesesuaian sendiri. Tidak salah untuk mencuba.

1. Bau-bauan - Anda tidak perlu minum kopi. Bau aroma akan membantu anda untuk berasa segar. Aroma minyak boleh membantu - eucalyptus atau mint. Setiap aroma yang kuat sekurang-kurangnya boleh digunakan untuk beberapa waktu membuat anda tetap terjaga.

2. Urut - Ada beberapa teknik untuk sistem tubuh anda kembali segar. Urut di bahagian telapak tangan, muka dan kepala. Dalam masa beberapa sahaja, anda akan berasa segar dan aktif semula.

3. Cahaya – Ketika keadaan gelap di sekeliling anda, satu isyarat akan membawa ke otak anda bahawa tidur adalah pilihan yang baik. Pastikan ada cukup cahaya di bilik atau pejabat anda. Pergi ke tempat terang atau banyak cahaya matahari untuk beberapa minit. Jika pejabat anda tidak ada jendela, pastikan cahaya di sekeliling cukup terang. .

4. Jangan duduk terlalu lama di kerusi anda. - Mengubah kerusi atau banyak berjalan akan mengaktifkan anda semula.

5. Makanan - Jangan biarkan diri anda lapar. Jangan makan terlalu banyak. Makanan ringan lebih baik. Jika perut anda sudah penuh, dan kepala anda berkabut dari tidur tidak cukup, ini suatu alas an untuk rasa hendak tidur.

6. Muzik - Muzik boleh membuat anda tetap terjaga. Mainkan muzik yang mempunyai rentak “up-beat”, supaya anda lebih segar dan bermotivasi positif.

7. Berjalan-jalan - Jika anda tidak boleh pergi ke luar, anda boleh berjalan-jalan di kawasan pejabat anda sambil berinteraksi dengan rakan-rakan sepejabat.

8. Air - Minum air suam selalu untuk menyegarkan minda dan tubuh anda.

9. Bersihkan meja - Jika anda masih tidak dapat menumpukan perhatian pada pekerjaan anda, buat sesuatu kerja yang bermanfaat seperti membersihkan meja. Dengan cara ini anda tidak akan hanya duduk diam sahaja. Meja yang bersih dan teratur mencerminkan imej positif. Anda sendiri akan berasa puas dan selesa. yang dapat menggembirakan.

10. Tidur - Sewaktu rehat, tidur di meja anda. Tidur atau meleapkan mata selama 20 minit sudah mencukupi untuk menyegarkan anda semula.

Friday, March 8, 2013

Petua Hilangkan Tanda Hitam Dan Eye Bag Di Bawah Mata


Petua Hilangkan Tanda Hitam Dan Eye Bag Di Bawah Mata | Anda mengalami masalah tanda atau lingkaran hitam di bawah mata? Mata anda kelihatan seperti panda akibat kurang tidur atau keletihan.

Jom atasi masalah anda dengan petua-petua di bawah:
1. Campurkan perahan jus lemon dengan sedikit air suam. Sapukan ke bahagian bawah mata dua kali sehari. Lakukan setiap hari sehingga mendapat hasil yang memuaskan hati.

2. Basuh uncang teh yang telah digunakan dan simpan ke dalam peti sejuk selama 10-15minit. Letakkan uncang teh yang sejuk di atas mata. Biarkan selama 15-30 minit. Lakukan sebelum dan selepas tidur.

3. Kupas, bersihkan dan potong kentang nipis-nipis. Lekapkan pada mata. Biarkan selama 20 minit.  Lakukan sebelum dan selepas tidur.

4. Sapu air sejuk dari peti ais di bahagian bawah kelopak mata setiap pagi selepas bangun dari tidur.

5. Bancuh sebiji kuning telur dengan sedikit madu dan perahan lemon. Sapukan adunan tersebut pada sekeliling mata terutama pada bahagian bawah mata. Lakukan sebelum tidur dan bilas dengan air bersih keesokan paginya.

6. Sapukan minyak sapi pada sekeliling mata terutama pada bahagian bawah mata. Biarkan selama 15 minit dan kemudian cuci muka hingga bersih. Amalkan selalu sebelum tidur.