Showing posts with label Fuh Fakta. Show all posts
Showing posts with label Fuh Fakta. Show all posts

Wednesday, April 3, 2013

Fakta 7 Sebab Utama Kenapa Anda Selalu Rasa Letih


Fakta 7 Sebab Utama Kenapa Anda Selalu Rasa Letih

Sebab 1: Kekurangan darah

Sekiranya anda masih muda dalam usia reproduktif dan mengalami haid yang 'heavy' setiap bulan, atau anda baru sahaja melahirkan anak beberapa miggu yang lepas, atau anda di diagnoskan mengalami fibroid, kehilangan darah mungkin penyebab terhadap keletihan anda. Pendarahan haid atau faraj mengurangkan sel-sel darah merah yang membawa oksigen dari paru-paru ke sistem dan organ badan anda yang lain. Kekurangan oksigen pada organ menyebabkan anda cepat letih dan tidak bermaya. 

Lain-lain sebab yang yang mendorong kepada kekurangan darah termasuklah: kekurangan vitamin seperti zat besi, folik dan vitamin B. Kekurangan darah juga mungkin berasal dari penyakit buah pinggang. Gejala kekurangan darah yang lain termasuk: pening, kesejukkan dan rasa mudah terganggu. Ujian darah dengan senang dapat membuat diagnosa ini. Rawatan termasuk makan sayuran hijau seperti brokoli, bayam dan daging merah dan supplement yang diberi oleh doktor.

Sebab ke 2 : Kekurangan Hormon Tiroid

Sekiranya anda terasa lembab secara fizikal atau mental dan sedikit murung, anda mungkin mengalami hypotiroidism, satu masalah kekurangan hormon tiroid yang mengurangkan metabolisma badan dan memperlahan sistem badan untuk beroperasi. Dikatakan 17% wanita mengalami hypotiroidism dan mereka langsung tidak mengetahuinya. Ujian darah T3 dan T4 dengan mudah dapat mengesan masalah ini dan selepas rawatan, anda akan merasa bertenaga semula.

Sebab ke 3: Jangkitan Kuman air kencing (UTI)

Walaupun kebanyakkan dari simtom lebih kepada sakit semasa kencing dan kerap ke tandas, keletihan memanjang juga merupakan salah satu gejala kencing berkuman. Tidak semua yang mempunyai simtom yang jelas seperti pedih semasa kencing dan segelintir yang lain mungkin tidak mengalami gejala langsung. UTI disebabkan oleh jangkitan bakteria yang mungkin terdorong oleh amalan penjagaan faraj yang tidak sihat. Hubungan seks juga meninggikan risiko UTI kerana kuman dari faraj mungkin ditolak ke salur kencing semasa seks. Ujian air kencing adalah mudah dan cepat dalam membuat diagnosa dan rawatan termasuklah ubat anti-biotik. Sekiranya simtom berulang, anda mungkin mengalami masalah UTI kronik. Berbincanglah dengan doktor tentang pencegahannya.

Sebab ke 4: Terlebih caffeine

Sesetengah orang menganggap caffeine boleh memberi rasa cergas, tapi bagi sesetengh wanita, caffeine boleh memberi kesan yang sebaliknya. Caffeine bertindak sebagai stimulant tetapi sekiranya mengambil terlalu banyak, ia akan menyebabkan keletihan. Cara untuk mencegah adalah dengan mengelakkan caffeine sebanyak mungkin, bukan sahaja kopi malahan tea, coklat, minuman ringan atau apa-apa ubat yang mengandungi caffeine.

Sebab ke 5: Alahan makanan.

Makanan selalunya memberikan tenaga tetapi bagi sesetengah orang yang alah kepada makanan, ia boleh memberi kesan sebaliknya. Keletihan mungkin salah satu mereka alah kepada makanan. Sekiranya anda mengesaki yang makanan punca mengantuk dan keletihan anda, cuba elak makanan yang anda syakki itu dari suapan harian anda.

Sebab ke 6: Sleep Apnea

Sekiranya anda tidak mendapat tidur yang cukup, ada kemungkinan ia penyebab masalah anda. Tapi apa kata kalau anda sendiri tidak menyedari yang anda tidak cukup tidur?
‘Sleep Apnea adalah satu keadaan dimana anda secara tidak sengaja berhenti bernafas semasa tidur, yang menyebabkan anda terbangun secara tiba-tiba tetapi cukup lama untuk menganggu kitaran tidur anda. Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang berbadan gemuk dan berkait rapat dengan tidur yang berdekur. Sekiranya anda pengidap ‘Sleep Apnea’ doktor selalunya akan menyarankan pengurangan berat badan dan menasihatkan anda berhenti merokok. Dalam kes serius, pembedahan mungkin diperlukan untuk memastikan laluan pernafasan udara yang baik. Sekiranya tidak dirawat, Sleep Apnea boleh meninggikan risiko stroke dan serangan jantung.

Sebab No 7: Lemah Jantung

Sekiranya anda merasa cepat penat selepas aktiviti ringkas yang selalunya senang dibuat, mungkin ini masa yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor. Keletihan selalunya bukan tanda awal sakit jantung tetapi sekiranya ia keterlaluan sifatnya selepas aktiviti ringkas dan anda dapati tiada jawapan jelas terhadap masalah tersebut, jumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut. Rawatan awal boleh menyelamatkan anda dari serangan jantung yang lebih serius.

Monday, April 1, 2013

Mitos Dan Fakta Tentang Rambut Yang Anda Tidak Pernah Ketahui

petua penjagaan kesihatan rambut

Mitos Dan Fakta Tentang Rambut Yang Anda Tidak Pernah Ketahui | Pasti anda pernah mendengar bahawa ramai bercakap jangan mengikat rambut ketika rambut basah kerana takut nanti rambut akan berbuah. Tanpa usul periksa, anda terus menganggap apa yang dikatakannya itu fakta.

Tetapi anda perlu tahu bahawa tidak semua informasi itu benar. Jadi di sini kami inginkan kongsikan yang mana fakta dan yang mana satu mitos

Perapi rambut boleh memperbaiki rambut bercabang
  • MITOS - Tidak kiralah seberapa banyak iklan perapi yang mengaku boleh memperbaiki rambut bercabang, kenyataannya tidak sedemikian. Perapi sememangnya boleh memperbaiki rambut bercabang, namun hujung rambut yang telah bercabang tetap ada. Cara untuk menyingkirkan hujung rambut bercabang adalah memotongnya secara teratur setiap empat hingga enam minggu. 

Jangan tidur dengan rambut basah kerana kurap akan tumbuh
  • MITOS - Anda sebenarnya boleh tidur dengan rambut basah tanpa risau kurap atau bakteria akan tumbuh di kulit kepala. Kulit kepala tidak akan didatangi kurap atau sebarang bakteria sekiranya anda rajin merawat dan menjaga kulit kepala agar sentiasa bersih. 

Rambut akan tumbuh lebat dengan bersikat 100 kali sehari
  • MITOS - Fikirkan semula tentang perkara ini. Bagaimana hanya dengan bersikat rambut 100 kali sehari boleh menumbuhkan rambut? Bersikat secara berlebihan sebenarnya boleh merosakkan kulit kepala, apa lagi jika kamu menggunakan sikat yang salah. 

Berkongsi sikat boleh menyebarkan penyakit
  • FAKTA - Setiap orang harus punya sikatnya tersendiri. Sejumlah parasit seperti kutu boleh hidup pada sikat dan ia dengan mudah akan menular dari satu kepala ke kepala yang lain. 

Lebih banyak bersyampu membuatkan rambut akan lebih bersih
  • MITOS - Tidak kisahlah seberapa banyak syampu yang anda gunakan, asalkan ia telah membersihkan keseluruhan rambut hasilnya akan sama sahaja. Jangan membazir syampu dan gunakanlah dengan jumlah yang secukupnya. 

Makanan mempengaruhi kualiti dan kesihatan rambut
  • FAKTA - Apa yang anda makan memiliki kesan terhadap kualiti dan kesihatan rambut. Pola makan yang seimbang ditambah pula dengan suplemen multivitamin akan membuatkan rambut anda tumbuh lebih sihat dan bersinar. 

Mengikat rambut dengan tegang dan ketat boleh menyebabkan kebotakan
  • FAKTA - Mengikat rambut tegang atau tertarik boleh menyebabkan Alopecia. Situasi ini terjadi apabila anda sering mengikat rambut secara ketat tanpa membiarkan rambut berehat. Alopeciamemang boleh mengakibatkan rambut gugur dan kebotakan.

Saturday, March 30, 2013

Tahukah Anda Mengapa Air Laut Itu Masin?


Tahukah Anda Mengapa Air Laut Itu Masin? | Semua jenis air termasuk air hujan, mengandungi kimia pelarut yang dipanggil garam. Tetapi bukan semua air mempunyai rasa masin. Para saintis menganggarkan bahawa laut mengandungi lebih kurang 50 kuadrilion ton bahan-bahan pelarut. Sekiranya garam di laut boleh dikeluarkan, ia dapat membentuk sebuah permukaan tanah yang besar daripada yang sedia ada. Permukaan garam itu nanti boleh mencapai ketebalan kira-kira 500 kaki dan ketinggian yang sama dengan bangunan yang mempunyai 40 tingkat.

Air laut diklasifikasikan sebagai pepejal larut dalam cecair yang sangat lemah. Kebanyakan garam dalam laut wujud akibat proses pemecahan batu-batu igneus yang disebabkan oleh cuaca dan hakisan. Bahan-bahan mineral ini akan dibawa ke laut apabila hujan turun. Terdapat juga garam secara semulajadi di lantai laut akibat proses pereputan. Sumber-sumber lain adalah daripada sisa-sisa letupan gunung berapi.

Sungai Mississipi, Amazon dan Yukon akan mengalir ke Teluk Mexico, lautan Atlantik dan Pasifik yang dipercayai mempunyai tahap kemasinan yang tinggi. Kenapa air laut tidak seperti air sungai? Tahap kemasinan laut adalah disebabkan beberapa pengaruh dan proses.

Pada permulaannya laut tidaklah begitu masin tetapi apabila hujan pertama melanda dunia lebih kurang berjuta-juta tahun dahulu menyebabkan proses pemecahan batu-batan. Kemudian batu-batan ini terus diangkut ke sungai dan laut oleh aliran hujan dan menyebabkan tahap kemasinan air laut bertambah. Sungai yang mengalir dari Amerika Syarikat dipercayai membawa bahan-bahan pelarut sebanyak 225 juta tan ke dalam laut. Kiraan terbaru juga menunjukkan kira-kira enam tan dari Australia dan 120 tan dari Eropah yang mengalirkan bahan pelarut.

Ini bermakna sungai akan membawa empat bilion tan garam pelarut ke dalam laut. Laut juga menerima jumlah garam pelarut yang sama daripada proses-proses semulajadi yang berlaku di dasarnya. Laut mengalami kekurangan bahan-bahan mineral. Tetapi laut akan sentiasa menerima bilangan input dan output secara seimbang.

Para saintis telah menjalankan kajian ke atas air laut lebih berkurun lama dahulu, tetapi masih tidak memahami tentang kandungan bahan kimia yang terkandung dalam laut. Ini kemungkinan daripada kurangnya kaedah yang tepat dan prosedur untuk mengukur juzuk air laut. Masalah yang dihadapi oleh para saintis ialah saiz laut meliputi lebih 70% permukaan bumi. Manakala kandungan bahan kimia semulajadi air laut juga mempengaruhi juzuk air laut. Sebanyak 72 elemen kimia telah dijumpai dalam air laut, tetapi dalam bilangan yang kecil sahaja. Elemen-elemen ini bergabung dalam pelbagai bentuk unsur yang mudah larut di lantai lautan. Bahan yang mendap daripada larutan juga mempunyai kaitan dengan perubahan kemasinan laut.

Ahli jurutera marin melaporkan tahap kemasinan dan larutan kimia dalam air laut terdiri daripada klorida, sodium dan magnesium. Tahap kemasinan diukur dengan simbol o/oo. Tahap kemasinan laut akan berubah mengikut peredaran masa dan mengambil masa yang lama. Fenomena ini disebabkan oleh faktor-faktor seperti pencairan ais, pengaliran air sungai, proses sejatan, hujan, salji, angin, arus ombak dan perubahan laut apabila berlaku pencampuran garam secara melintang dan menegak.

Laut Merah dan Teluk Parsi mempunyai jumlah kemasinan yang paling tinggi kira-kira 40 o/oo, di mana kadar proses sejatannya amat tinggi. Lautan Atlantik Utara juga mempunyai tahap kemasinan yang agak tinggi kira-kira 37.9 o/oo. Antara bahagian yang paling masin di Atlantik Utara adalah lautan Sargasso yang terletak di Pulau Canary. Laut Sargasso merupakan kawasan yang mempunyai rumpai laut terapung di permukaan laut dikenali sebagai “sargassum”. Laut ini mendapat nama sempena rumpai laut terapung itu. Tahap kemasinan laut Sargasso adalah berpunca daripada suhu air terlalu tinggi kira-kira 83F. Suhu tinggi akan menyebabkan kadar proses penyejatan yang tinggi kerana tidak ada aliran air biasa.

Kemasinan paling rendah hanya terdapat di lautan Antartik dan Artik. Lautan Baltik pula mempunyai tahap kemasinan kira-kira 5 hingga 15 o/oo. Manakala tahap kemasinan Laut Hitam pula adalah lebih kurang 20 o/oo. Tahap kemasinan perairan Miami, Florida akan berubah daripada 34.8 o/oo pada bulan Oktober dan meningkat ke 36.4 o/oo pada bulan Mei dan Jun.

Kadang-kadang air sungai akan mengalir dan bercampur dengan air laut. Ini ditunjukkan dalam pengumpulan data daripada kajian yang dijalankan di Sungai Columbia. Dengan menggunakan penyurih radioaktif, saintis daripada Universiti Oregon dapat mengesan jumlah aliran air sungai ke laut.

Kawasan perairan laut terbuka bebas daripada pengaruh permukaan tanah. Biasanya jumlah kandungan garam adalah kira-kira 33 o/oo hingga 38 o/oo. Purata tahap kemasinan air laut pula kira-kira 35 o/oo. Purata tahap kemasinan diperoleh pada tahun 1884 oleh William Di Eemar yang menjalankan kajian analisis kimia dengan mengambil 77 sampel air laut di seluruh bahagian dunia.

Hidupan laut juga memainkan peranan penting dalam laut. Laut bukan sahaja agen garam tetapi juga bertindak sebagai pembekal bekalan gas oksigen kepada hidupan laut. Contohnya tiram, kerang, dan kepah mendapat kalsium daripada laut untuk membentuk rangka dan kulit. Hidupan laut seperti ketam, udang, udang kara dan tetirip memerlukan sejumlah besar garam galian untuk membina badan. Terumbu karang dibentuk dengan bantuan kalsium karbonat lebih kurang berjuta-juta tahun dahulu. Plankton juga memerlukan kandungan mineral laut untuk hidup dengan subur.

Sunday, March 24, 2013

Fuh Fakta! 7 Pemainan Video Game Yang Pernah Membunuh Manusia Secara Reality


Fuh Fakta! 7 Pemainan Video Game Yang Pernah Membunuh Manusia Secara Reality | Permainan video bukan sahaja menjadi permainan yang digemari oleh kanak-kanak, namun juga oleh sebilangan orang dewasa..Walaupun, pengaruh yang kuat daripada permainan video ini mungkin boleh memberi impak negatif terhadap kehidupan seseorang contohnya seperti membunuh..Nak tahu beberapa jenis kematian disebabkan oleh pengaruh permainan video, meh baca kat bawah ni..

1. Membunuh Polis Akibat Terpengaruh Permainan Video "Grand Theft Auto: GTA"

Seorang lelaki, Devin Moore telah membunuh seorang anggota polis mencuri kenderaan peronda polis berkenaan akibat terpengaruh dengan sebuah permainan video bercorak ganas, "Grand Theft Auto: GTA". Moore dikatakan telah merampas pistol daripada salah seorang anggota polis tersebut sebelum menembak 3 anggota polis lainnya dan merampas kenderaan peronda mereka. Semasa dia ditangkap, dia sempat berkata sesuatu kepada pihak polis yang berbunyi, "Hidup umpama sebuah permainan video,bila tiba masanya kau pasti akan mati."

2. Anak Perempuan Berusia 2 Tahun Dipukul Sampai Mati Dengan Alat Kawalan Jauh Game

Darisabel Baez, anak perempuan kepada Neida E. Baez (19 tahun) yang berusia 2 tahun telah dipukul sehingga mati dengan menggunakan alat kawalan jauh permainan video oleh teman lelakinya, Harve L. Johnson pada April 2008. Anehnya, si anak tadi telah dibawa kepada ibunya dalam keadaan basah kuyup selepas si teman lelaki cuba menyedarkannya kembali di bilik mandi. Harve menolak untuk menjelaskan motifnya berbuat demikian kepada pihak polis.

3. Remaja Bunuh Ibu Kandung Kerana Permainan Video "Halo 3"

Setelah ibu dan bapanya merampas permainan video 'Halo 3' daripadanya, Daniel Patrick, berusia 17 tahun telah menemui permainan video yang disorokkan ibu bapanya bersama dengan sepucuk pistol 9mm. Dia kemudiannya mengambil permainan video tersebut bersama dengan pistol 9mm menuju ke arah ibu bapanya. Dia sempat meminta ibu dan bapanya menutup mana kononnya dia mempunyai "kejutan" untuk mereka sebelum melepaskan tembakan. Si ayah terselamat dengan keadaan kritikal manakala si ibu mati di tempat kejadian.

4. Lelaki Bunuh Anak Perempuannya Kerana Rosakkan Konsol Xboxnya.

Tyrone Spellman, 27 tahun bermain dengan Xbox nya ketika anak perempuannya yang berusia 17 bulan menarik beberapa kabel dan menterbalikkan konsol Xbox nya itu ke lantai sehingga rosak. Tyrone menjadi sangat marah dan telah memukul anak perempuannya itu dengan "kekuatan yang mampu meretakkan tengkorak" berulang-ulang kali. Proses bedah siasat juga menemui keadaan lengan anaknya itu yang patah yang tidak diketahui pekerja sosial 2 minggu sebelum kematian mangsa.

5. Remaja 13 Tahun Bunuh Wanita Tua Demi Mendapatkan Duit Langganan

Pada 2007, seorang remaja berusia 13 tahun bernama Dinh The Dan telah membunuh seorang wanita berusia 81 tahun dan mencuri duitnya demi membayar wang langganan sebuah permainan video online. Pihak polis Vietnam melaporkan bahawa Dan telah mengikat wanita tua sebelum membunuhnya dan menyorokkan mayatnya dibawah timbunan pasir di hadapan rumah mangsa. Kerana usianya yang masih muda, dia tidak dihantar ke penjara tetapi dihantar ke sebuah kem pemulihan dimana dia hanya akan dibebaskan sekiranya berkelakukan baik.

6. Remaja 13 Tahun Bunuh Diri Gara-Gara Permainan "World of Warcraft"

Xiao Yi yang ketika itu berumur 13 tahun melompat terjun daripada sebuah bangunan 24 tingkat. Pesan yang dia tinggalkan untuk ibubapanya telah ditulis berdasarkan sudut pandang karakter game yang dimainkannya. Lebih parah lagi, pesan tersebut turut menyatakan hasrat Xiao Yi untuk menemui tiga teman gamenya itu dalam kehidupan selepas mati. Sebelum kejadian, orang tuanya pernah mempersoalkan ketagihannya itu dan dia menjawab yang "dirinya sudah diracuni oleh permainan video dan tidak dapat mengenali siapa dirinya lagi"

7. Bunuh Diri Angkara Permainan Video "Everquest"

Kisah pembunuhan ini masih diperdebatkan, namun faktanya adalah Shawn Wolley yang berusia 21 tahun dikatakan telah bermain permainan video online 'Everquest' selama berjam-jam lamanya sebelum menembak mati dirinya sendiri di hadapan komputer miliknya. Ibunya menemui mayat anaknya itu dengan pesan tertentu pada katilnya berhubung permainan video yang dimainnya, namun tidak ada satupun yang menjadi bahan bukti.

Monday, March 18, 2013

Tahukah Anda Bahawa Jakarta Adalah Antara Kota Yang Palig Di Benci Di Dunia?


Tahukah Anda Bahawa Jakarta Adalah Antara Kota Yang Palig Di Benci Di Dunia? | Menjelang sambutan ulang tahun ke-485 Jakarta, imej ibu negara Indonesia itu dicemari dengan keputusan kaji selidik terbaru mengenai kota raya paling dibenci di dunia.

Laman sesawang percutian CNNGo menyenaraikan Jakarta di tempat ketujuh daripada 10 bandar raya paling tidak disenangi di dunia.

Penilaian itu dibuat berdasarkan tahap pengurusan penempatan yang lemah sehingga menyukarkan orang awam dan pelancong.

Jakarta juga dinilai sangat buruk daripada aspek kesesakan jalan raya dan pencemaran alam sekitar.

Keadaan diburukkan lagi dengan jurang perbezaan ketara antara kemiskinan dan percambahan pusat beli-belah di situ.

Justeru, calon Gabenor Jakarta mewakili Parti Keadilan Sejahtera, Hidayat Nur Wahid, menyatakan kebimbangannya.

“Tanggapan itu dibuat oleh pelancong yang berasa Jakarta sebagai bandar raya yang dicengkam masalah kesesakan, pencemaran dan kemelaratan sesetengah penghuninya,” katanya.

Menurut Hidayat, semua pihak perlu berusaha bersungguh-sungguh mengubah persepsi itu.

“Kita memerlukan perspektif baru dalam membangunkan Jakarta,” katanya.


Bagi Hidayat, Jakarta mesti dibangunkan sebagai bandar moden yang menyediakan persekitaran sejahtera untuk penghuninya, selain mempertahankan budaya tempatan.

Katanya, ia boleh dilakukan dengan perubahan kepemimpinan di situ.

“Itu sebabnya kita perlukan pemimpin baru,” katanya. Tijuana di Mexico menduduki tempat pertama sebagai bandar raya paling dibenci, diikuti Sydney dan Melbourne (Australia), Paris (Perancis), Timbuktu (Mali), Los Angeles (AS), dan Lima (Peru). Bandar raya yang berada di kedudukan lebih baik berbanding Jakarta ialah New Delhi (India), Kaherah (Mesir) dan Belize City (Belize). - Kompas.com

15 Fakta Mengenai Gunung Everest Yang Kita Tak Penah Tahu


15 Fakta Mengenai Gunung Everest Yang Kita Tak Penah Tahu | Umum mengetahui yang Gunung Everest merupakan gunung yang paling tinggi di dunia. Disebabkan ketinggiannya itu dan kecantikan pemandangan di situ ramai pendaki di seluruh dunia cuba untuk menawan puncaknya. Berikut merupakan 15 fakta mengenai pendaki-pendaki gunung everest.

1. Rakyat Malaysia yang pertama berjaya menawan Everest: N. Mohandas dan M.Magendran.

2. Pendaki termuda dari Asia Tenggara: Mohamed Muqarabin dari Malaysia - 23 tahun

3. Pendakian pertama: Edmund Hillary - 1953

4. Wanita pertama berjaya mendaki: Junko Tabei dari Jepun - 1975

5. Mendaki Menggunakan Basikal: Goran Krop - Dari Kanada - 1993

6. Orang kurang upaya pertama: Tom Whittaker - 1998.

7. Paling muda: Tembe Tsheri - Mendaki pada usia 15 tahun.

8. Paling tua: Yuichiro Miura - 70 tahun 222 hari.

9. Paling pantas sampai ke puncak: Pemba Dorjie Sherpa - 8 jam 10 min - 2004

10. Everest mempunyai 2 laluan memanjat iaitu dari Nepal dan dari Tibet.

11. Ada teori menunjukkan Everest semakin tinggi disebabkan pergerakkan plak tektonik.

12. Cuaca yang ekstrim boleh menyebabkan tangan dan jari- jari membeku. Sebab itu ramai pendaki yang kehilangan jari akibat masalah frost.

13. 1.3% yang mendaki Everest menemui ajal.

14. 212 orang telah maut di Gunung Everest dari 1921-2006 ketika cubaan mendaki.

15. Hanya terdapat 36% Oksigen di puncak Everest.

Beza Buang Air Besar Duduk Dan Bercangkung, Mana Lebih Bagus


Beza Buang Air Besar Duduk Dan Bercangkung, Mana Lebih Bagus | Apa jenis jamban yang anda pakai di rumah? Kalau kita duduk di taman perumahan biasanya ada dua jenis jamban. Satu jenis bertinggung secara tradisi turun temurun yang diajar oleh tok nenek kita dan satu lagi jenis duduk sambil baca surat khabar yang diperturunkan oleh Barat.


Kalau yang biasa dikampung membesar dalam suasana hulu, berak bertinggung adalah perkara biasa. Bertinggung atas batang kelapa dan melepaskan bom masuk ke dalam sungai di pagi yang nyaman cukup mengasyikkan.

Sama ada kita perasan atau tidak, aksi duduk bertinggung atas batang nyior yang melintang atas sungai dengan gaya yang cukup selamba dan selesa merupakan satu keajaiban jika dipandang olah orang barat. Kalau tak percaya suruh seorang mat saleh yang anda kenal pergi buat aksi tersebut. Kemungkinan besar dia akan terlentang masuk dalam sungai itu.

Bagi kita rakyat asia, bertinggung sudah dilatih sejak kecil maka ia menjadi normal dan bersahaja. Ini bukanlah satu posisi biasa bagi orang barat.

Cerita asalnya di sini adalah untuk mengingatkan kita agar kembali kepada posisi asal berak kita secara tradisi. Buang saja jamban jenis duduk dari rumah kita dan gantikan dengan jenis bertinggung. Sebabnya adalah lihat rajah yang dilampirkan.


Berak duduk membuatkan usus tercekik dan najis tidak dapat dilepaskan dengan lancar. Ini membuatkan banyak kesan kekotoran dan keracunan tertinggal dan di serap semula ke atas. Lebih parah lagi jika sering diamalkan akan ada kebocoran pada organ lain.

Mungkin kita perasan dengan angka mereka yang terkena kanser usus yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini di negara asia yang pada suatu masa dahulu adalah tersangat-sangat jarang berlaku. Kanser usus dulu-dulu hanya banyak berlaku dikalangan orang barat. Sebabnya mereka berak duduk dan kita berak bertinggung.

Bagi mereka dah terbiasa amalkan berak duduk sejak sekian lama, kembalilah ke pangkal jalan. Lihatlah perbezaan kesihatan anda selepas menukar posisi berak. Anda akan dapat rasakan tahap kesihatan yang jauh lebih baik hanya selepas seminggu mengamalkan berak berringgung.

Ajarlah anak-anak berak bertinggung. Tak payah nak perkenalkan cara berak duduk sebab ia sedikitpun tak ada faedah untuk kesihatan.

Saturday, March 16, 2013

Tahukah Anda Mengapa Piring Astro Mengadap Arah Kaabah (Kiblat)?


Tahukah Anda Mengapa Piring Astro Mengadap Arah Kaabah (Kiblat)? | Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada ‘piring para bola’ untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?

KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.

Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.

“Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

“Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.

Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.

“Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini,” jelasnya

Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di “Centre of the earth”. Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.

Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah… Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini.

Thursday, March 14, 2013

Tahukah Anda Menonton TV Terlalu Lama Boleh Menjejaskan Sperma Lelaki


Tahukah Anda Menonton TV Terlalu Lama Boleh Menjejaskan Sperma Lelaki | London – Pemuda yang menonton televisyen cuma tiga jam sehari berisiko kehilangan kualiti sperma sehingga separuh.

Kajian menunjukkan kualiti sperma terjejas kerana kurangnya seseorang itu melakukan aktiviti fizikal.

Lelaki yang suka lepak pasti kalah kepada orang sederhana aktif, menurut kajian Universiti Harvard yang diterbitkan dalam Journal of Sports Medicine di sini.

Pakar berkata, kesannya boleh disebabkan kurang bersenam atau kepanasan melampau buah zakar disebabkan duduk lama.

Lelaki yang mahu memiliki anak kini digalakkan tidak memakai seluar ketat untuk menjaga kualiti sperma. Pemandu dan penunggang basikal juga berisiko berdepan masalah kesuburan.

Dalam kajian terbaru Sekolah Kesihatan Umum Harvard (HSPH), lelaki yang menonton televisyen lebih 20 jam setiap minggu memiliki kadar sperma 44 peratus lebih rendah berbanding mereka yang hampir tidak menonton televisyen langsung.

Lelaki yang bersenam 15 jam atau lebih seminggu pada kadar sederhana dan kuat memiliki bilangan sperma 73 peratus lebih tinggi berbanding mereka yang bersenam tidak sampai lima jam seminggu. Senaman ringan tidak menjejaskan kualiti sperma.

Koleksi Tandatangan Gabenor Bank Malaysia Untuk Tontonan Umum



Koleksi Tandatangan Gabenor Bank Malaysia Untuk Tontonan Umum | Menurut peruntukan di bawah Seksyen 15 (1) Akta Bank Negara Malaysia 2009, jawatan Gabenor dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Gabenor pula dilantik oleh Menteri (yang menguruskan portfolio kewangan). Semenjak Bank ditubuhkan pada tahun 1959, tujuh Gabenor telah dilantik.

Senarai nama-nama gabenor Bank Negara Malaysia serta tandatangan mereka. Di bawah admin sediakan maklumat ringkas dan padat mengenai gabenor-gabenor BNM. . Siap dengan contoh tandatangan setiap Gabenor pada wang kertas.


Gabenor sekarang
Bertugas mulai Mei 2000
Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz

September 1998 - April 2000
Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman

Mei 1994 - Ogos 1998
Tan Sri Dato' Ahmad bin Mohd Don

Jun 1985 - Mei 1994
Tan Sri Dato' Jaffar bin Hussein

Julai 1980 - Jun 1985
Tan Sri Abdul Aziz bin Taha

Julai 1962 - Julai 1980
Tun Ismail bin Mohamed Ali

Januari 1959 - Julai 1962
Tan Sri W.H. Wilcock

Wednesday, March 13, 2013

Fuh Info! Fakta Tentang Nyamuk Yang Anda Tak Pernah Tahu


Fakta Tentang Nyamuk | Bila sebut pasal nyamuk, mesti ramai yang tidak suka. Suka mengganggu masa untuk tidur. Tetapi jom kenal sedikit fakta berkaitan dengan nyamuk. Tidak kenal maka tidak cinta kan. Cinta ke?

1. Mempunyai 100 mata di kepalanya.
2. Mempunyai 48 gigi.
3. Mempunyai 3 jantung yang lengkap di perutnya.
4. Mempunyai 6 pisau di belalainya yang mempunyai fungsi berbeza.
5. Mempunyai 3 pasang sayap.
6. Dilengkapi alat pengesan haba yang berfungsi seperti infrared untuk memudahkannya mencari mangsa pada waktu malam.
7. Mempunyai alat pembius agar manusia tidak terasa sakit ketika dihisap darah.
8. Dilengkapi alat pemilih darah, nyamuk tidak menghisap sebarang darah.
9. Dilengkapi alat pengalir darah yang mengalirkan darah melalui jarum penghisapnya yang sangat sempit dan lembut.
10. Hasil penemuan moden, terdapat banyak serangga yang sangat kecil hidup di punggungnya, hanya boleh dilihat melalui mikroskop.

Saturday, March 9, 2013

Tahukah Anda Berapa Harga Air Mineral Paling Mahal Di Dunia?


Tahukah Anda Berapa Harga Air Mineral Paling Mahal Di Dunia? | Fillico Beverly Hills, itu nama air mineral termahal di dunia yang di hasilkan dari air kaki gunung Roko,Kobe Jepun. Di keluarkan oleh syarikat yang bernama Vieluce di Osaka Jepun. Air ini hanya di hasilkan 5,000 botol bersaiz 750ml setiap bulan. Air ini di jual pada harga RM350 iaitu lebih 100 kali ganda harga air mineral biasa yang bersaiz 1.5l.

Friday, March 8, 2013

Ketahui Kenapa Wanita Sukakan Warna Pink


Ketahui Kenapa Wanita Sukakan Warna Pink | Warna merah jambu atau pun pink begitu sinonim dengan anak perempuan. Jika ada bayi perempuan lahir, maka semua aksesorinya diberi warna pink. Kalau lelaki, maka warnanya biru. Andai ada lelaki pakai baju pink, maka akan diejek, “Ah! jambu betul kau ni, macam pondan!”. Mengapa warna pink dikaitkan dengan perempuan? Pakar psikologi daripada University of Newcastle dalam jurnal Current Biology memaparkan sebab musabab ilmiahnya. 

Dipimpin oleh Dr Anya Hurlbert, pasukan ini melakukan ujikaji terhadap 200 orang lelaki dan perempuan berusia 20-an. Majoriti perempuannya menjawab bahawa mereka suka warna gabungan biru dan merah, tapi benci warna hijau dan kuning. Mereka terdiri dari dua jenis bangsa berbeza, Inggeris dan China. Ternyata selera warna tidak dipengaruhi oleh budaya etnik, melainkan faktor biologi.

Evolusi menyebabkan perempuan menyukai warna kemerahan. Mereka cenderung memilih buah warna merah, wajah kemerahan. Budaya juga memberi impak yang di dalamnya, “ kata Dr Hurlbert. Boleh jadi ini akibat peranan kaum wanita sejak dulu adalah memilih bahan makanan untuk keluarga. Kebiasaan turun temurun untuk mencari buah matang yang begitu identikal dengan warna merah, menyebabkan sampai saat ini “anak cucu” Hawa itu meyukai warna merah atau kemerahan. 

Sedangkan lelaki cenderung suka warna biru sebab memang tugas mereka sejak lama adalah mencari sumber air bagi keluarga atau sukunya. Warna biru dikatakan lebih identikal dengan sumber air yang baik, boleh diambil. Mereka juga menganggap bahawa langit biru cerah adalah petanda cuaca yang bagus untuk memburu.

Kajian ini mencetuskan Yazhu Ling, rakan Hulbert, untuk mengadakan penyelidikan lanjutan. Ia akan melakukan kajian pada anak-anak dan menyelidik hubungan antara pilihan warna dan tahap kemurungan mereka.

Thursday, March 7, 2013

Fakta Yang Perlu Anda Tahu - Bandar Yang Akan Tenggelam Di Malaysia Tak Lama Lagi


Fakta Yang Perlu Anda Tahu - Bandar Yang Akan Tenggelam Di Malaysia Tak Lama Lagi | Beberapa bandar di negara ini yang terletak di kawasan rendah, terutama berhampiran pantai berkemungkinan ditenggelami air laut dalam tempoh sembilan tahun akan datang berikutan fenomena paras air laut yang semakin meningkat akibat pemanasan global.

Jika fenomena itu berterusan secara konsisten dan tiada langkah pencegahan dirangka dari awal, antara kawasan berisiko tinggi ditenggelami pada tahun 2020 kelak ialah Batu Pahat, Melaka, Pulau Pinang, Miri, Klang, Selangor dan Pekan.

Kemungkinan mengenai kejadian itu ditemui pakar Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) hasil analisis data paras air laut yang direkodkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sejak 2004.

Prof Ir Dr Abdul Aziz Abdul Samad yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) universiti itu, berkata data paras air laut yang dianalisis Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Air dan Persekitaran, Dr Tan Lai Wai, mendapati sejak 2004 sehingga awal tahun ini, paras air laut negara meningkat secara purata 10 sentimeter (cm) setiap tahun.