Friday, April 5, 2013

Tips Untuk Mengurangkan Sembelit Anak Dan Bayi


Tips Untuk Mengurangkan Sembelit Anak Dan Bayi | Seorang bayi akan sembelit jika dia tidak mendapat cecair yang secukupnya. Jika masalah ini berlarutan, anda mesti membawanya untuk pemeriksaan; mulanya, doktor akan memastikan bahawa bayi tidak menghidapi penyakit atau sembelit itu akibat fisur dubur.

1) Galakkan anak untuk lebih bergerak. Jika anak sudah pandai merangkak, biarkan anak merangkak dengan kerap. Jika anak anda masih belum merangkak, cuba urut bahagian kaki anak. Bila anak berbaring, gerakkan kaki anak dalam gerakan membulat seperti mengayuh basikal.

2) Urut perut bayi. Gunakan jari anda dengan lembut cuba urut perut bayi lebih kurang 3 cm dibawah pusat bayi. Tekan dengan lembut dan perlahan selama lebih kurang 3 minit.

3) Jika bayi anda minum susu formula, tanya doktor jika bayi perlu menukar susu formula. Sesetengah bayi kurang sembelit dengan susu formula berasaskan soya

4) Tukar Cereal beras kepada cereal berasaskan barli atau oat, atau tambah puri buah atau sayur. Kurangkan makanan yang menyebabkan sembelit seperti beras, pisang, dan lobak merah. Cuba campurkan menu bayi dengan jus epal atau jus prun.

5) Tambah air dalam pemakanan harian bayi untuk mengekalkan najis yang lembut.

6) Berjumpa dengan doktor jika masalah berterusan.

No comments:

Post a Comment