Tuesday, April 2, 2013

Khasiat Susu Soya Untuk Ibu Mengandung


Khasiat Susu Soya Untuk Ibu Mengandung | Sebahagian besar khasiat yang terkandung dalam susu soya merupakan sumber khasiat yang sangat diperlukan untuk membantu proses pertumbuhan janin dan untuk mempertahankan keadaan kesihatan ibu hamil. Antaranya khasiat tersebut adalah protein dan vitamin B.

Protein merupakan bahan penting untuk membentuk pelbagai sel baru. Pembentukan sel baru pada janin sudah tentu merupakan sebahagian daripada proses perkembangannya. 

Sementara vitamin B, khususnya B6 diperlukan oleh janin dalam membentuk saluran penghantar isyarat atau pesan daripada otak melalui sistem saraf iaitu neurotransmitter. Bagi ibu sendiri, vitamin B dapat mengurangkan bahkan mencegah masalah mual dan muntah di awal kehamilan.

Selain itu vitamin B1, B2 dan B3 yang terkandung di dalam susu soya juga berfungsi membantu proses pembentukan tenaga baik untuk janin mahupun ibu hamil sendiri. Sementara asid folik yang juga terdapat dalam susu soya bermanfaat untuk mencegah berlakunya kelainan atau kecacatan dalam kandungan.

Nilai Tambahan
Sebagai sumber zat gizi, susu soya memiliki sejumlah manfaat bagi kesihatan tubuh anda selama proses kehamilan.

Hanya mengandungi protein unggulitulah sebabnya susu soya boleh menjadi sumber protein bagi ibu hamil vegetarian.

Tidak mengandungi laktosa – apabila anda tidak mampu mencerna laktosa(lactose intolerance) maka susu soya adalah jalan penyelesaiannya.

Tidak mengandungi hormon seperti susu lembu maka ia tidak berisiko untuk mengganggu kerja sistem hormon ibu hamil mahupun janin anda.

Banyak mengandungi isoflavon- khasiat yang merupakan fitoestrogen ini berfungsi membantu menurunkan kadar kolesterol. Selain itu unsur ini juga membantu memperkecilkan risiko terkena kanser, antaranya adalah kanser payudara.

Salah satu sumber kalsium- susu soya yang tersedia di pasaran umumnya diperkaya dengan kalsium sehingga boleh menjadi sumber keperluan kalsium yang sangat penting ketika hamil. Kalsium diperlukan untuk membina tulang dan gigi yang kuat, pembentukan otot, jantung, sistem saraf, pembekuan darah dan pelbagai aktiviti enzim.

Jangan Minum Berlebihan
Segala yang berlebihan pastinya akan kehilangan manfaatnya. Begitu juga kalau mengambil susu soya. Kandungan unsur estrogen di dalam susu soya iaitu isoflavon dikatakan dapat menekan penghasilan hormon tiroid, khususnya bila diambil sehingga 40 miligram sehari.

Selain itu kajian juga ada menyebut bahawa pengambilan soya dalam bentuk tofu dan susu soya sebanyak dua kali seminggu selama 30 tahun akan mempercepatkan proses penuaan sel-sel otak (4tahun lebih cepat).

Pengambilan susu soya secara berlebihan juga dapat mengganggu penyerapan beberapa zat nutrisi. Ini terjadi akibat tingginya kadar unsur fitat. Unsur ini akan menghalang penyerapan mineral dan penguraian protein.

Jangan Abai Sarapan Walau Asyik Muntah
Anda mengalami 'morning sickness' dan tidak mahu berdaya untuk bersarapan kerana asyik muntah? Jangan begitu. Kajian membuktikan sarapan sangat penting terutamanya buat ibu hamil.

Sarapan akan membantu tubuh dalam menstabilkan kadar gula darah sebagai tenaga untuk menjalani proses metabolisme di seluruh tubuh anda serta pelbagai lagi kegiatan sebelum tiba waktu makan tengah hari.

Perlu anda perhatikan ketika trimester pertama aspek kualiti gizi dari makanan yang anda ambil jauh lebih penting berbanding aspek kuantitinya. Jadi ambillah makanan untuk sarapan mahupun makan tengah hari dengan variasi menu yang kaya dengan gizi.

Sekiranya minum susu membuatkan anda mual, pengambilan susu tetap boleh anda penuhi dalam bentuk pelbagai jenis makanan olahan yang mengandungi susu seperti puding, ais krim dan yogurt.

No comments:

Post a Comment