Thursday, April 4, 2013

Tips Untuk Membawa Bayi Menaiki Kapal Terbang


Tips Untuk Membawa Bayi Naik Kapal Terbang | Terdapat beberapa tips untuk para ibu bapa yang akan membawa bayi menaiki kapal terbang untuk pertama kali. Supaya ibu bapa tidak panik ketika diatas kapal terbang. Yang penting tips ini akan mengurangkan resah atau memberi panduan untuk ibu bapa mengatasi masalah tersebut.

Kemungkinan ada bayi yang kurang selesa atau meragam ketika penerbangan. Terdapat perkara yang kita tidak boleh jangka yang akan berlaku.

Semoga tips ini dapat membantu ibu bapa pada masa akan datang kelak.

1. Pastikan bayi anda diberi tali pinggang keledar bayi yang mana sambungan kepada tali pinggang anda.
2. Jika anda boleh memilih kerusi penerbangan, sila ambil ruangan yang selesa seperti ruangan depan atau tengah pesawat. Pastikan anda berada di barisan tepi laluan untuk memudahkan anda jika perlu ke tandas.
3. Sediakan susu atau makanan kegemaran semasa dalam penerbangan.
4. Sediakan juga mainan jika anak anda telah bosan atau rasa tidak selesa. Ini bertujuan untuk menarik perhatiannya.
5. Bawa juga bersama plastik muntah sebagai persediaan jika anak anda mabuk kapal terbang.
6. Pakaikan pakaian lebih tebal atau bawa selimut untuk mengelak dari kesejukan.
7. Gunakan penutup telinga anak anda untuk mengelakkan sakit telinga semasa berlepas atau mendarat. 8. Perubahan tekanan akan menyebabkan telinga berdengung.
8. Jika anak anda tidur, lebih mudah untuk anda menaiki pesawat.

No comments:

Post a Comment