Showing posts with label Fuh Menarik. Show all posts
Showing posts with label Fuh Menarik. Show all posts

Friday, April 5, 2013

Fuh Menarik! Inilah Ikan Tertua Di Dunia


Fuh Menarik! Ikan Tertua Di Dunia | Gambar diatas merupakan senarai ikan-ikan yang tertua di dunia. Arowana pun merupakan ikan yang tertua dan sudah wujud di zaman Jurassic. Patutlah ikan tersebut mahal.

Antara ikan-ika tersebut yang kita jarang dan tidak pernah jumpa kan.

1. Hag Fish. Ikan yang ditemui di perairan yang dalam ini telah wujud sejak 300 juta tahun. Merupakan haiwan yang aneh dengan memiliki tengkorak tetapi tanpa tulang belakang. Memiliki 2 otak dan hampir buta.

2. Lancet FishIkan yang sudah wujud di zaman prasejarah ini mempunyai gigi yang nampak keluar dan tajam serta sirip pada punggungnya. Ditemui di kebanyakan lautan dan boleh membesar hingga 2 meter.

3. ArowanaIkan ini sudah wujud di zaman Jurassic dan boleh melompat sehingga 2 meter untuk menangkap serangga. Sekarang dipelihara sebagai ikan hiasan.

Sunday, March 31, 2013

Fuh Awesome!! Kucing Comel Berbulu Kening Ditemui


Fuh Awesome!! Kucing Comel Berbulu Kening Ditemui | Seekor kucing menjadi popular selepas menarik perhatian para pengguna internet di seluruh dunia. Ini kerana kucing comel bernama Sam ini memiliki 'kening' di atas matanya. Bentuk lucu kening hitam dibahagian mukanya yang putih itu membuat Sam jadi selebriti di dunia maya.

Sebuah akaun instagram milik tuannya itu, menyiarkan wajah kucing comel tersebut dengan bulu di atas matanya bewarna hitam sehingga kelihatan seperti kening.

Wajah kucing yang comel tersebut menyababkan dia menjadi sangat popular hingga ramai yang mengakui menyukai wajah Sam yang kelihatan seperti sedih dan seperti kelihatan terpinga-pinga gara-gara 'kening' yang dimilikinya itu.

Kucing jantan ini dilaporkan tinggal di New York bersama tuannya dan telah memiliki 11 ribu follower di Instagram kerana wajahnya yang kelihatan lucu itu.

Setiap foto yang dimuatnaik ke instagram telah pun berjaya mengumpulkan sekurang-kurangnya seribu Like bagi setiap gambar kucing comel tersebut. Hingga kini sudah ada 48 gambar foto yang di 'upload' ke internet dan mendapat pelbagai pujian dari seluruh dunia.

Friday, March 22, 2013

Kisah 4 Lilin Yang Sangat Menarik Di Baca

Kisah 4 Lilin Yang Sangat Menarik Di Baca | Artikel ini adalah kiriman e-mail dari Liyana Hamid pemilik blog yanasakura.my. Lepas baca ni jgn lupa terjah blog beliau, banyak cerita menarik di sana :)


Ada 4 lilin yang menyala, Sedikit demi sedikit habis meleleh. Suasana begitu sunyi sehingga terdengarlah percakapan mereka. 

Yang pertama berkata: “Aku adalah Damai.” 
“Namun manusia tak mampu menjagaku: maka lebih baik aku mematikan diriku saja!” 
Demikianlah sedikit demi sedikit sang lilin padam.

Yang kedua berkata: “Aku adalah Iman.” 
“Sayang aku tak berguna lagi.” 
“Manusia tak mau mengenalku, untuk itulah tak ada gunanya aku tetap menyala.”
 Begitu selesai bicara, tiupan angin memadamkannya.

Dengan sedih giliran Lilin ketiga bicara: “Aku adalah Cinta.” 
“Tak mampu lagi aku untuk tetap menyala.” 
“Manusia tidak lagi memandang dan mengganggapku berguna.”
“Mereka saling membenci, bahkan membenci mereka yang mencintainya, membenci keluarganya.” 
Tanpa menunggu waktu lama, maka matilah Lilin ketiga.

Tiba-tiba…

Seorang anak kecil itu masuk ke dalam bilik, dan melihat ketiga Lilin telah padam. 
Kerana takut akan kegelapan itu, ia berkata:
“Ehh apa yang terjadi??
Kamu harus tetap menyala, Aku takut akan kegelapan!”
Lalu ia mengangis tersedu-sedu.

Ketika itu dengan terharu Lilin keempat berkata:
Jangan takut, Janganlah menangis, selama aku masih ada dan menyala, 
kita tetap dapat selalu menyalakan ketiga Lilin lainnya:
“Akulah HARAPAN!”
Dengan mata bersinar, si anak mengambil Lilin Harapan, lalu menyalakan kembali 
ketiga Lilin lainnya.

Apa yang tidak pernah mati hanyalah HARAPAN yang ada dalam hati kita….dan masing-masing kita semoga dapat menjadi alat, seperti si anak kecil tadi, yang dalam situasi apapun mampu menghidupkan kembali IMAN, DAMAI, CINTA dengan HARAPAN-nya!

Andalah SINAR HARAPAN Keluarga Mu. 

Jadikan Diri Mu Sebagai ‘LILIN’ yang Sentiasa Menyinari Kegelapan Hidup Ini!

Moral of the story : Jangan berputus asa dalam melayari bahtera kehidupan yang penuh onak dan duri ini. Jangan cepat mengalah sebelum mula berjuang. Jadikan diri kita seperti LILIN yang sentiasa menyinari kegelapan hidup ini! (^_^)v

Anda mahu artikel-artikel menarik anda disiarkan di fuh.my?? Hantarkan segera ke fuhdotmy@gmail.com

Tuesday, March 19, 2013

Fuh Menarik! Inilah Kampung Paling Sejuk Di Dunia


Fuh Menarik! Kampung Paling Sejuk Di Dunia | Sebuah kawasan perkampungan terpencil di Rusia yang merupakan kawasan penempatan manusia paling sejuk di dunia itu kini semakin sejuk dengan suhu mencecah -71 ° Celsius (C), lapor akhbar Daily Mail.

Keadaan cuaca sejuk ekstrem itu menyebabkan pesawat tidak dapat mendarat di kawasan tersebut pada musim sejuk.

Perkampungan Oymyakon yang terletak di timur laut Rusia itu juga dikenali sebagai Kutub Beku dengan suhu purata sepanjang Januari lalu berada pada takat – 50°C.

Sebelum ini, pada tahun 1924, perkampungan tersebut pernah mencatat rekod suhu mencecah -71.2°C.

Tidak banyak hidupan terdapat di situ. Selain beberapa spesies ikan air sejuk, penduduknya banyak bergantung kepada makanan daripada daging rusa kutub dan daging kuda sebagai sumber makanan.

Namun, mereka tidak pernah menderita kekurangan nutrien.

Penduduk tempatan juga terpaksa menghidupkan enjin kenderaan mereka sepanjang hari kerana bimbang enjin itu rosak kerana membeku dan tidak boleh dihidupkan lagi.